Tabung

Friday, October 12, 2012

Ukhwah Hoki Dewan Masum (SEPT 2012)


gua bakal update benda yang dah lama terkubur dari ingatan engkorang rasanya. gua menulis pasal perkara2 yang lepas ni bukan ape. saje gua nak buat hilang rindu.

pada 21 sept 2012, gua dan teammates sekali lagi berkumpul utk bergabung tenaga. ecewahh. kali ni di UPSI!


bachakkkkk! 


malas sebenarnya nak cerita banyak2. cukup lah engkorang tau yang kitorang kalah dengan UPM & UiTM. owh pelish. mereka cempian n runner up masum tahun ni ok. malas nak cerita kepuakaan grouping yang macam tut. maka, kami mengambil keputusan utk buat buat korek idong kalau engkorang tnye 'cammane game?'. bluergh. btw, thanks UPSI for that grouping =D


tak sah hukum gua main hoki kalau tak jumpe fitrah. fitrah dan nisah teman hoki gua dari sekolah rendah lagi. sama2 main skuad negeri dulu. bila dah sekolah menengah, masing2 merantau dan gua dah tak join mereka dan mereka lah yang masih kekal mewakili ngori den tercinto sampai lah habis sekolah. hebat kan diorang ni. nak kenal, PM gua. kekeke


yang ini teammates gua yang sungguh puaka. takde dalam gambar; kak miera cantik.


keceriaan puaka2 sexyyy ladiesss!

memang kalau boleh nak sangat ade game lagi dengan puaka2 sekalian. tapi entah bilaaaaa. kak memiau (3 dari kiri), dah pon bergelar engineer dan akan grad tak lama lagi. yang kakchik, kapten gua dari mula gua main hoki dulu( 2 dari kanan), dah praktikal dah dan akan grad tahun depan. yang kak mira cantik pon sedang praktikal. 

kak bella, one of the star pon dah nak grad dah. kak pika, kak azie =(. maybe gua akan hilang semangat yang gua amat2 kagum. kagum sebab entah macammana gua boleh fall in love dengan diorang. entah. sedih gua ni sampai tak terkata mcmmana nak luahkan.

besar harapan gua untuk kekalkan ukhwan ni. yang ada skrang ni, mon,yut, aja, daya, ikha, kak syuk, kak ai, shida.... gua harap engkorang  sayang gua mcmmana gua sayang engkorang. ehhh. ahhaha kbai


Tuesday, September 4, 2012

Kenapa Gua Benci Longkang UTHM




Longkang. cukup sinonim dengan gua. bak kata teman, longkang UTHM tu adalah sahabat sejati gua. memang sejati sangatlah gua rasa.. memang




petang tu sedang rancak perlawanan UPM vs UTHM walaupon mendung. 15 minit perlawanan berlangsung, kami menonton dengan kusyuk. atetibe hujan turun dengan lebat bagai air paip pecah. selebat lebat alam. UPM leads 4 gol. venue di stadium hoki uthm.

kami sepasukan menggenlincek dari panahan bias hujan. tinggi betul cari tempat duduk semata-mata ingin berteduh. alah bukan hujan dari neraka pon. 


hujan takde tanda tanda nak berhenti. sedang asyik gua perhatikan hujan sambil berangan ala2 hindustan, encik rahim (jurulatih gua) panggil. gua da syak, dia memang nak buli gua punya. muka gua ni muka selalu kena buli dengan jurulatih. dari dulu. gua tak tau tang mane specialnya gua ni. ecewah.

ok. task gua kali ini adalah utk ambil payung beliau dalam kereta. yang terletak agak jauh nun di sana. gua terima dengan hati terbuka. seperti biasa. bukan susah mana pon task beliau. beliau pass kunci ke gua dengan sengih2 kerang. gua pon sengih tanpa ade apa2 clue masa tu. gua gagahkan diri lalui hujan yang agak menjunam juga panahannya. 

baiklah sebenarnya gua lari dalam hujan. kekonon nak gegedik. tapi bukan ade siapa pon gua nak usha. entah kenapa bangsat sangat gua boleh jatuh dalam longkang masa gua tengah beriya berlari. ini puaka!

ya, memang puaka. kaki gua sebelah terkubur dalam longkang tinggi depan stadium hoki uthm tu. air longkang boleh tahan paras betis gua. engko boleh bayangkan tak kaki gua sebelah je masuk yg sebelah lagi maintain atas daratan? ade rasa terkoyak tak celahan gua ni? engko boleh bayangkan tak air tengah deras gila babi sambil hujan turun mencurah curah? engko rasa taik anjing, ayam, kuda, babi ade tak dalam air deras penuh hitam tu? engko rasa macammana? gua rasa palat.

gua pandang sekeliling. fuh alhamdulillah. takde sape berhampiran tempat kejadian. gua gelak2 kejap. fikirkan ape lah nasib gua ni. ye betul. bukan gua gila gelak ditimpa musibah. tapi gua gelak sebab first time gua rasa gua bodoh. kahkahkah. 

ok lah. nak dijadikan cerita. gua angkat kaki kiri gua perlahan lahan. naik dari longkang dan teruskan perjalanan. gua mmg dah lencunn dah masa tu. pakai pulak baju putih. gua doa takde je lelaki miang berhampiran. da nak sampai kereta encik rahim. gua reraba kocek. sudahhhh. kunci mane kunci? gua ngomel. engko boleh bayangkan gua tengah lencun tu mcm silakeh punya kelam kabut cari kunci?

gua patah balik ke longkang. nak tak nak, gua kene menyelam dalam longkang tu utk cari kunci kereta. ye, gua ketepikan kegojesan gua. gua celup air longkang dengan tangan gua. raba2 di dasar longkang. masa tu setan semua tengah gelakkan gua mencarut macam babiy. memang bangang. alhamdulillah, jumpa. nasib baik kunci berat jatuh atas dasar longkang. kalau tak dah hanyut dah. 

terus gua balik ke stadium dengan payung 3 kaki gua rembat dari kereta encik. sesampai je gua terus tanggalkan kasut kiri. gua da agak dah bebudak ni mesti tanye punya. memasing gelak macam puaka lepas gua bgtau gua jatuh longkang. memang longkang lah diorang ni.

akhirnya gua balik dengan kaki bau longkang. stoken bau hampeh. seminggu gua kena bahan baikk punya! itulah sebabnya gua benci gila longkang uthm. 




Friday, July 6, 2012

Speed Trap Pertama Dalam Hidup Gua




hanjin betullah. gua baru nak hidup dalam dunia yang kelin (clean) dari saman2 ni. kena speed trap pulak!!  tak memasal mak gua memekak dalam fon. 2 bulan yg lalu punya cerita. alih2 dapat surat saman je. ahh silakeh.

12.30 pm
mak call. gua cakap 28 may rasanya gua tak pakai kereta yg kena saman tu. gua try petik nama ayah. kot2 ayah pakai ke sebab 28 hari isnin woi. 

mak kemain back up ayah, mak cakap ayah tak pernah bawak laju. gua senyap. tak lalu makan hidangan depan mata. betul jugak cakap mak, fikir gua. 


bukan awek litar bai

1.45 pm
gua jinakkan mata untuk tidur. baru balik training lah katakan.. sekali mak call. gua dah agak ni, mesti mak dah tau sapa pelaku sebenar. gua relax. buat suara konon2 baru bangun tido. 

mak terus membebel marahkan gua tanpa pedulikan posisi gua. sesekali tu bingit jugak telinga. walaupon mak gua comel tp sekali sifat keibuan dia mengganas, sakit jugak telinga ni. keke. gua senyap je sambil tangan usap2 bantal busuk. 

fon landing jauh sikit dari telinga. 

ahhh. silakeh ape ni. gua drive pagi isnin tu takde la laju mana. tapi mungkinlah lebih had kot. gua kena time tu nak ke kelas c++ kot dari moncheh. 

niat fisabillillah lagi. kalau mati tengah jalan pon syahid la jgk. rasanya tak berdosa gua pecut. kan?

ok sekarang gua kena fikir macammana nak survive 2 minggu lagi. kompem duit poket gua kena tolak. bala bala


Monday, July 2, 2012

Result Semester 2




Alhamdulilah. 


bertemu kita sekali lagi dengan limpah Rahmat dan kurniaNya. 
kuatkan speaker kuatkan speaker.
hana nak berhujah ni habak hanggggg~ 

ehem.. hai yuoollsss.
kabare?? waras? #takat tu je ilmu aku in jawa language sebenarnya.

semoga korang semua sihat fizikal dan mental.
musim result is coming up ni memang kadang2 tak period pon boleh jadi period.
sebulan boleh datang dua kali period. ahh gelojoh
yang iman kuat janji taknak marah2 pon boleh tergelincir sikit mulut tu sebut 'damn! apahal gred teruk cam lahanat?'
eleh macamlah itew tak tauu.

speakong of final sem result (bercakap tentang keputusan akhir semester), nothing i really can do except, redha. yeah, you know me well kan kawan. i am never score 4 flat and dont worry i wont beat uoollsss.

even me dont feel like i am stupid enough when i get this and that. well said, pointer is a number. just number. =)

ilmu yg nak disampaikan tu yg penting, awak dapat ke tak apply dalam kehidupan awak dan macamana awak belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada depan awak.

but alhamdulillah, getting better than last sem. syukur. the best part in this chapter of my life, my unofficial pointer is really close to my target. owhh well. i dont put high target in mind. pelishhh. target i setakat second class pointer je. kahkah. and its really 0.05 more to achieve that target. how sad?



its ok, as long as my parents is okayyy =)
i told my mom and she was happy! yeah, maybe she knows well how hard engineering course is. ok2, actually, i dont have any target as you know i ni jenis yg buat keje asalkan berjaya. not so berjaya pon takpe asalkan berjaya. haa, paham tak ayat i? 

actually that target my mom yg bagi. dia nak i lepas target tu and its close. Allah plans it for me. i just give my full effort. 

kalau Allah kata 'engkau dapat A'. takkan lah termampu kudratku nak tukarkan nya kepada B. Allah's plan is secret and gonna be awesome at the end of your life, insyaAllah.

Allah tak marah kita tak dapat pointer bagus, tapi Allah marah kita tak pergi belajar. =)

thanks to lecturers for being the man yang sudi sampaikan ilmu Allah kepada insan haus ilmu macam saya ni. thanks a lot lot for being so nice in teaching. sorry if anything i done without realizing it. i never want to do wrong and hurt any feelings. =)

i am here to be loved and loving people around. i dont have time to hate anyone bebeh. to friends, thanks for everthing!!! tak terkira berjuta juta pertolongan dari korang. really appreciate that. 

special thank goes to suhailah (rumate yg sgt caring), shu (kawan yg sgt supportive), paly (the one yg bantu buat lab dari dulu), syud (teman yg baik dan suka happykan org), ater (teman gelak masa gila), ada, kak diha, kak tomen, kak nurul, kak ayu, kina, bibi and semua lahhhh! ponat lah den nak sobut satu2 woi

thanks btekians =)

and not forget, my parents!! thanks for being my everything!! <3 =)

#macam ucapan budak 4 flat pulak. heh

endofstory

ketap bibir.





Saturday, June 2, 2012

Let Start the Fire

salam 
hey JUNE. I LOVE U =)

first day on study week, not so boring. study while listening to Zain Bhika Nasheed songs. so tenang, home alone. but home alone is not bring happiness sometime when over than 12 hours you never speak to anybody.

happy study friends =)



if anything i do wrong and hurt yourself, with honor i beg your forgiveness..
if anything i owe you, please ask me to pay you back..
if anything i promise and i don't fulfill it yet, let me know..
if anything... please please please let me know and forgive me..
i am just a human being..
i can't satisfy all the hearts..
but 1 thing you should know, i just love you all for who you are and i don't hate people =)

salam

Monday, May 28, 2012

UTeM Juara Hoki MTUN 2012





alhamdulilahh. dah 20 tahun 1 bulan saye hidup kat muka bumi ni. dimurahkan rezeki olehNya. dipermudahkan segala kerja dan usaha dan hari ni hana masih bangkit meneruskan hidup dengan lebih bersungguh-sungguh. aicehh, dah nak final exam mmg ayat gini ke?

melalui kehidupan yang semakin 'tough' adalah perkara biasa untuk para pelajar tika ni. saat report harus dipersiapkan. melayan karenah presentation yang tah kemana sudahnya. assignment yang boleh tahan juga keterpaksaan menirunya, ahh biasa. itu semua biasa bagi pelajar pada minggu2 terakhir ni. 

dalam kesibukan ni, sempat juga aku luangkan masa seminggu dua ber'training'. owhh ye, baru2 ni ade karnival MTUN Sports Meet 2012. secara rasminya aku join sekaki. main hoki. ape lagi aku boleh main kan. alhamdulillah, result yang sangat menterujainyapon. dapat kalahkan UTHM dengan 6 biji gol disumbatkan. sekali gus menjanjikan kami gold medal bg kategori hoki perempuan =) alhamdulilah. 

kredit gambar kepada kakak amira nasir

tak sia sia turun training. kahkah. gambar2 lain masih menunggu. teringin nak tengok gambar ramai2. =)

gambar sekitar majlis perasmian MTUN 2012 (25 May)





keriangan bersama teammates mmg tak dapat dinafikan. insyaAllah akan berusaha dengan lebih gigih lagi masa depan. 

nak meneruskan perjalanan hakiki seorang pelajar, siapkan report =)
bila lagi ada masa free macam ni..
wish me luck. May Allah bless you all. May Allah opens our heart. May Allah helps us. amin



Monday, March 19, 2012

Hoki Uniten Dan Dot Dot Dot





assalamualikum. 
hey you all. ahaaa. coming up with my new story of life. need to sleep a bit late last night sebab taknak fell tu hilang lah. tapi, dapat publish baru la ni. hahahampeh! owh well, you know what people, aku nie pelupa. macam mana nak cerita detail kalau dah berhari tak flashback. ok2. let start. :)

Kejohanan Hoki Uniten - KPT 6's & 7's Sebelah 2012

boleh aku bercerita dengan gambar? maklum lah, da lama tak buat karangan bergambar. herher.

ok, kat bawah ni.. my bestfren. mmg sejak azali lagi kami main hoki dalam perut mak masing2. tak tak. ni fairus. dari form 2 sampai lah sekarang, still keep in touch. nasib baik je sekali sama-sama masuk UTeM setelah berpisah di matrik dulu. kat sekolah dulu, dia wing kanan. aku centre. so connection, mmg kuat. connection? bonding lahh nana.



lepas makan kat abrar, kami gerak ke pusat sukan. lebih kurang pukul 12.30 sampailah. then gerak naik superman. 
taraaaaaaaaaaaa. sekejap je da sampai bangi. ni lah homestay kami!

tingkat 15 beb. macam haram pulak gayat gua datang!



punya lah cantik dan comfortable! econ each room. asyik blackout je pulaks. sebab tuan rumah guna single phase ahha. 

nak tengok muka toya hana zainal? ni haaaaaaaaa. dengan jersey but not fully dress lah. i meant, time main tak pakai macam ni, ahaks! :D



check this out! tak upload mana2 lagi broo. 






sorry, gambar mcm tak ikot susunan. whatever ah loser. time dalam bus. main message dengan orang tu. ahaks.


satu group dengan :
UM A
UPNM
UNITEN Muadzam
UPSI
PUO

keputusan adalah seperti berikut
UM A : Seri
UPNM : Loser !
UNITEN Muadzam : Menang
UPSI : Loser !
PUO : Seri 

tak layak ke 2nd round bebeh. but its ok. teammates did their best! walaupon saya reserve je, ye. jangan tak percaya. saya reserve je! HAHHA. cerita macam nak gempak kat sini, rupanya reserve jeeeee. well, not bad la tu brooo. im junior ok. kene lah hormat senior.
no no. mmg i ni reserved player je. but every game i main kot escape main dgn UPNM. so, no more reserve goyang kaki dah sekrang ni macam kat sekolah aku dulu. kehkeh. 

lepas game, kak eqin bawak kami jalan2 ke pasar malam bangi. i'm not so sure lah kat mana the real venue. sebab gua tertido dalam bus walaupon 15 min perjalanan. penat lah gilerrrr.



satu benda yang buat aku pelik. ada pulak player hoki gemuk macam aku kannn. ni haa, nak jawap. sebenarnya bukannya gemuk. tulang je tu. baka besar. kbai# lari pecut



aksi berangan depan kamera! mesti ade.


and the hard feeling ending ever.. terpaksa berpisah dengan teammates. owh well, aku dah sayang sangat dgn teammates. tolonglahhhh, terasa bond tu. lagi2 kak kechik yang comel, kak ai yang peramah, kak yani yang sweet, kak syud dan kak mira yang baru kenal. dayah, adik star, hehe kak pikaa, fairus. wahhhh. kak eqin, en rahim my coach.. memang semua the best laaaa. harap2 mereka tak jumpe blog aku ni. -.-' 
aku dah sayang korang weh :'(






dan berakhirlah kisah hidup aku pada 17,18 march.




p/s : gambar combine sbb banyak gila. 
p/s lagi : fell so sad tak dapat amek gambar dengan feat lavinge (hot gurl UPNM star, kwn senegeri dulu) hehe.
p/s lagi dan lagi : story tah macam hape. macam takde sape nak bace je. ahaks
p/s last, serius last : sorry kalau aku tetiba jadi guaaa. lejen press punya pasal lah. salahkan linglung. HAHA. ok2 bai

Wednesday, March 14, 2012

Sperma Cinta Milik Aku


Assalamualikum boys and gugurls. eceh, macam ramai je nak baca blog ni! 

actually the pictures had been publish on last night. gara2 shu, tertekan kot. haha. so sorry if you opened my link but there is nothing to story. sorry sorry! 
just wanna tell you that i had used my another RM 50 voucher on this ! bertempat di Pusat Persatuan Pelajar, UTeM. check this out!!!




my new hobby! minat baruuuu! LEJEN PRESS. what is lejen press? ia adalah sebuah
Syarikat Penerbitan Bumiputera Oleh 2 Anak Melayu Yang Lejen. pertama kali aku follow @terfaktab kat twitter dan aku rasa mereka ni mampu memutuskan urat kentutku dan kembali mnyambungnya semula. bermulalah hari2 aku dengan tweet dari terfaktab dan lejen press. retweet dari kawan2 pon aku layan. nawaitu mmg nak habiskan voucher. so alang2, best jugak ni kalau ada seketul dua buku lejen..



nak try la konon. try punya try, pergh menggelupur pulak aku gelak gila vav* ! kwn2 sekeliling aku paham lah kenapa aku gelak klau dok pegang buku sperma cinta ni!


what? SPERMA CINTA? does it sound soo lucah? haha. this is not lucah man. this is what people call AWESOME! 

woww. seriuslyyyy. baca punya baca, the 1st page of the book make me laugh like devil! even though i am an angel. hehe. 

im falling in love with this SPERMA CINTA, written by Aku Linglung. broo, you win broo. no other book can make me laugh like that broo. macam nak menangis dalam kegembiraan tau baca tau tak! hahaha.please guys, get it one. 100% sure you will not be regret :)

yang lain tak baca lagi, so i can't promote them to you.



the way he express his feeling is just like cool! aku suka penulisan yang begini walaupon penulisan pertama linglung bertajuk Keluarga Saya mendapat kritikan hebat daripada guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan rakan sedarjah beliau. sumber : bekas guru beliau. 

haha. kepuasan! ya, aku puas giler. dah tak tau nak guna ayat apa lagi ni. -.-

sambil2, jom usha gambar!! gambar aku & shu kat sekitar bangunan FTK. 



kenapa nampak kurus ni? haha joke

shu, kami kumpul minat yang sama

shu with angus himself book!

shu beli buku ni hari isnin. start tu lah jatuh hati kat linglung bila dia tego kitorang. dia yg tegur taw,. macam kitorang lak celebriti. dia tak. haha. punya peramah. kitorang tak tegur sbb kitorang maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. aw!


baju kurung gambar semalam. the fact is, kami pergi ke booth lejen press isnin, selasa dan rabu! nak usha linglung punya pasal!!

 and the most bestiest part is this


bergambar dengan linglung dan isteri, cikgu Vee.
so sweet taw mereka ni!!!!
balik sumpah aku senyum lebar gila dan sepanjang perjalanan, me and shu tak sudah bercerita tentang dia. ahaks. gelak laju2 sebab kitorang happy tahap menjerit-jerit dalam kereta. #ahhkebenaran kadang2 memalukan utk dipertonton di sini

 

dan yang ini, mahal! :)
engko hado?
susah nak jumpe. dont jeles. bahhahah

: end :




Tuesday, February 14, 2012

Gara-gara Zack Zukhairi (18SX)


hari ni terik betul. panas membahang. mood nak duduk dalam bilik je, sejukkan badan. lepas solat maghrib tadi, aku mensocial kan diri di laman twitter dan facebook. 


layan twitter tak habis2 tweet pasal artis gaduh dengan ipar. off twitter, lari ke facebook. tak ade ape yang menarik, yelah facebook baru buat. baca gosip sedas dua kat beautifulnara. 


pergi dapur minum air jap. tekak kering dari petang. lastly, layan blog Zack Zukhairi sambil2 tangan balas mesej boy.

terkekeh kekeh jugak aku baca cerita beliau ni. tah ape jampi dia pakai duk pakat aku jadi biul baca entri dia.

sedang syok melayan,
tiba2 mak aku tanya dari luar bilik..

'kakna, dah cari fail yang mak suruh tu?'
maklumlah, bilik ni bukan kalis bunyi. kucing beranak kat dapur pon aku boleh dengar.

aku jawap selamber yayanya, 'belom mak!' sambil teruskan membaca blog zack dengan khusyuknya tak perhati keadaan sekeliling.. alah, baca balik entri lama2 beliau. nak tunggu beliau update sehari 5 entri jangan harap lah! tuihhh

sesaat lepas aku jawap, tiba2 pintu bilik aku terbukak. muka da pucat, mata aku dah buntang. kali ni memang masak aku! tak pernah aku tak kunci pintu bilik. separuh mati aku nak cover diri aku yang.. ahhhh



 1st time aku melukis pkai mouse.
lukisannya hodoh mcm tuannya jugak.


mak jerit 'kenapa kakna macam ni? kalau adik masuk nanti?' muka mak terkejut, aku pon!

terkuis kuis tangan aku duk capai sesuatu untuk cover yang itu. punyalah aku terkejut kalah dari beruk terkejut.

garu2 kepala.. 'kakna lupa nak kunci pintu!' jawap aku acuh tak acuh sambil ambil bantal busuk pooh cover. 

adik aku seorang lelaki tulen dan aku seorang gadis yang 'alah-dalam-bilik-sendirian-berhad-apedehal-nak-pakai-apepon'. paham2 sendiri lah kan. aku tak suka lukis lucah2 kat gambar atas tu. remaja katakan.

dengan muka masam aku, mak ngerti. mak terus keluar tanpa banyak tanya. malu lettew. #sama2 malu

lepas ni aku janji, takkan baca blog zack lagi malam2 sebab takot aku terlupa nak kunci pintu bilik. 


p/s : siap kau zack!

Saturday, February 11, 2012

Disebalik Tabir Family Day LEADS0509 [1.0] #3



i take two days to end up the part 3 family day LEADS. but i have no idea. blank. no word can describe how sad i am. yes, i am sad to clear this thing up. if i ended up this part 3, i would not talk about LEADS anymore. but i should to do so..... It's the way i’m feeling.. i just can't deny.. but i have to let it go...

call me a doctor, i need a doctor...  to bring me back to life..

ok, call a doctor tu takde kena mengena..
no story, just klik here to read more.  >ASY FARO, blogger yang hensem<







kenapa kepala saya besar? sebab badan saya nampak kecik kan?

to LEADS. i love you all. no friends can make me smile like you all did..i just can melt for you LEADS. 

all LEADS, i just can put you at the top of my carta hati.. 
you all are awesome, gojes, handsome and as smart as the official name of us, LEADS.
bukan untuk LEADS yg sempat hadir je, but to all LEADS 2005-2009..
thanks a lot for enlighten my life with so much wonderful memories, sweet or bad memories hehe

thanks for helping me to grow up for who i am now. as gojes as you can see. erkk
thanks for tangan2 yang memeriahkan hari keluarga ni..
thanks for everythinglah. i gonna die if i list it all here. thehhiii!
hope kita akan tetap kuat macam ni :)

sorry, my words are not like a poet but apa yang aku tau, korang batch terbaik yang pernah aku jumpa! 

nampak tak yang link blog aku kat semua gambar tak sama besar n color. you know why? ok, thanks sebab paham... bye eh jap, weh, can you please just ignore my grammar? im here to right anything that come up in my mind. not the grammar, but the point. aku malas nak buat ayat sastera bahasa melayu dan juga ayat essay english. so forgive me for any grammar error here. my bad. k thanks. assalamualikum


P/S : what is LEADS0509? da mention kat post2 sebelom ni.. just repeating... 
LEADS 0509 - League of Educated Amalgamated and Dominating STJrians (LEADS) is the name of batch 2005-2009, SM Sains Tuanku Jaafar (STJ)


PART 1
PART 2
photos credit to Chung Ho Naqiudin.

like kalau suka, komen kalau nak cakap sesuatu :)

Tuesday, February 7, 2012

Disebalik Tabir Family Day LEADS0509 [1.0] #2

Sabtu 4 Feb


8.00 pm
bacaan yassin selepas solat maghrib. para imam.




8.30 pm
berkumpul di tapak parking kereta. gosip2 sikit sedas dua. 





9.00 pm
aktiviti berBBQ bermula..
angin sepoi sepoi bahasa mengirai shawlku. kekiriiii. kekanan... bulu2 muka semakin deras menari menyikut rentak angin malam (kecuali bulu hidung. kat dalam, angin susah nak lalu) aku perhatikan sekeliling. indahnya laut ciptaan Allah, indah juga orang2 disekelilingku.. tak sangka aku berpijak di bumi melaka. bersama LEADS. background music : you da one, rihanna


9.30 pm
khik, khik, khik, bunyi api nyalaan para imam. bukan senang nak hidupkan bara tepi pantai. dengan sabar, dugaan angin yang terlebih indah malam tu. usaha giat dijalankan. yang para mak2 mulakan aktiviti lain. bergambar bancuh air, potong buah, settle barang. akhirnya, angin pasrah. api menang! bara menjadi, alhamdulilahh. 




marinate chicken pilihan kami. gaul punya gaul, sekali nampak ulat dalam ayamm. ueeeeeeeee.

ok, joke! mane ade ulat. hewheww




nyumnyum. nampak menyelerakan. engkorang tak jeles?





ajk air, manis airnya seperti orang yg membuatnya juga. awas, jangan tertipu dengan insan yg pegang cawan itu, kernaaaaaaa... dia datang hanya selepas lensa qiu dihalakan ke tong bekas air. bukan nak tolong buat air pon.. theehiii :P
*cuba teka, kenapa popoe pegang botol seolah olah nak tuang air ke bekas air tapi sebenarnya botol tu tertutup. any idea? haha


sambil sambil, dihiburkan dengan band kampung hujung. (kenapa kampung hujung?
.....



ok, aku suka jugak gambar ni. comel tak buat aksi harimau? konon2 macam nak tiru gaya Lisa Surihani tapi... fine, dia jauh lagi comel dari aku kan? whateverrr


love this pic. nampak tak keakraban tu? sapa kata LEADS tak boleh bersatu dalam satu event walaupon sebenarnya LEADS tak punya jiwa yang satu. take it or leave it. yang join, mungkin paham la apa yang aku cuba sampaikan ini. paan miqdad ada sebut malam tu. tepuk dada, tanya hati.. aku ni LEADS sejati ke? khas untuk mereka2 yang sengaja ignorekan notification kat fb korang bila someone post kat group kita.. jap!. HANA NI DAH APAHAL NAK SERIUS SANGAT? MACAM LA KAU SEJATI SANGAT ? TAKE IT AS CHALLENGE TAK BOLEH KE? NAK MELALAK KAT BLOG NI PASAI APA? hahha, relax. minority je yang macam tu. yang lain, semart ! takde masalah. ada problem, xpe. next event kita kasi kaw kaw punya :) saje nak panas line. sama2 kita renungkan. selamat beramal. hewhewww



masing masing dah lapar. terutama, cikgu intan! hahhaa. ok, aku pon lapar juga. sambil memerhatikan lelaki mem'BBQ'... aku pasrah.. eh, menyerah. aku serahkan semua pada mereka. aku? hanya goyang kaki dan bergambar. ehh



ni aku nak merajuk ni. tangan aku mana?


11.00 pm
siap semua sampai dan ayam/sosej pon dah masak. haik, lapaaaa tau tak! makan time! 

jabar muka sedap. faroq muka mcam tahan nak membuang je? haha. joke

muka cileq tak boleh bla menahan kenikmatan BBQ

dan yang ini...., #$&*@! (mencarut)




alalaaa, seronoknyaa milo n ijek ni




chakkkkkkkkkkkkkkk! tanjat boboy



ramai yang berpuas hati dengan BBQ. kenyang. menyelerakan. sedap. urmmmm. ape lagi nak puji ni. weh, sape punya tangan yang gaul ayam ni? sedap laa. ape rahsia? thehiiii! :P




apo buek ni jang. aduihhh


pakcik alip mendendangkan beberapa lagu lama. paan miqdad sebagai penyanyi sambilan. shahdu rasa hati. tenang. angin berlalu dan datang kembali. menyapa kami di sini. sungguh indah rasa hati bila LEADS kini di hati.


AHAD 5 FEB 

1.00 am 
aktiviti seterusnya... the best part ever! ala ala ice breaking. buat satu bulatan besar. setiap orang kena bagitau, nama, perkembangan terbaru, status, nama boyfren/girlfren (yg ni aloy punya idea, mentang2 dia single cis).. 

dan ramai la yang kantoi di sini. hahahaha. termasuk la aku T__T sobs. rupanya ramai yg dah berpunyaaaa insteads of single. awww, welcome to twentyyy friends :DD *tetiba apahal?. semoga berkekalan hingga ke syurga. insyaAllah. 

zassss, tangg.. saaa, borgg!

dan dan dan. belom habis lagi..... kami dihidangkan pula dgn aktiviti yang PERGH-SERONOK-GILER-TAHAP-HILANG-LETIH-DI BADAN-BOLEH-TAK! naik kejang pipi aku duk ketawa gelagat budaks ni. 

HAHAHAHAHAHA (gelak besar sebab tiba2 teringat aksi 'DEM' masing2).

.....


dalam ramai2 yang join, tinggallah yang berdua ni je berlawan '7-UP'. sweet tau!
3.40 am
bersurai. 




ni ade lagu sikit, bintang kehidupan khas untuk rakan2 semua. dengar suara je la. memandangkan kualiti kemara fon diragui. 


pictures credit to : Chung Ho's Photography & Syafiq Saleh (shafoq)
kembali ke PART 1 
terus ke PART 3

like kalau dah habis baca. komen kalau anda ingin katakan sesuatu :)