Tabung

Thursday, July 26, 2012

#Blovel Jatuh Hati Atas Turf

Penulis : Hana Zainal


*blovel bersiri daripada saya. =)
*tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.

------------------------------------------------------------------------------------

hari mendung. gua ada match penting untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya. jantung kemain ligat mengepam darah dek kecelaruan untuk berjuang..


apa pon hati perlu kental, sebab gua handsome..
hari tu jugak gua pakai baju jersi biru universiti.. 
entah keberapa kali kami sarung jersey biru.. rasanya institut gua memang ada 2 jersey je kot. tak biru, kuning. 

walaupon hari tu berlawan dengan team ayam, tapi ayam ayam mereka pon, mereka adalah tuan rumah. alah, takde lah ayam sangat pon. cuma mereka baru je menubuhkan pasukan hoki wanita. peluang nak training je tak lama, kalau mereka training hard dari pagi ke petang macam gua, rasanya mereka lebih hebat dari kapten pasukan hoki institut gua. tak payah cerita pongpang sangat lah, gua ni pon macam hawau jugak main. gituuu

nak dijadikan cerita, tengah hari tu gua main agak kelam kabut jugak sebenarnya. mungkin sebab ramai yang menonton. ya, saat tu team sorak yang terdiri dari atlit2 institut gua sendiri, tak ada game dan mereka datang ke padang turf. gua pemalu lah kalau ramai2 ni.

gua berlagak relax atas padang.. game bermula, gua senyum. baru start bola dah berjaya naik ke atas. penyerang institut gua terbaik! ok kejap. gua lupa nak bagitau. gua main posisi defend. right defend. dan ironinya kalau main dengan team ayam, defend super saver jadi model ayam kat line 50. 

tengah gua berangan sambil lari2 anak ikot flow bola, tiba2 bola datang menerjah ke arah gua. omakkkau. jerit gua dalam hati. lantas gua hulurkan stick buat gaya menahan dan pihak lawan tak dapat melepasi gua. dan saat tu sumorang kat tempat kerusi penonton bersorak! gua buat2 kaber handsome lalu gua passing bola yang gua tahan tadi ke kak yoni (bukan nama sebenar).

gua dengar ada yang jerit nama gua. gua buat cool je lah. sbb mmg ada pon kawan gua sorang yang menonton. mungkinlah kot kawan gua ni yg bersorak bg semangat ke gua. nazri namanya (bukan nama sebenar).

main punya main. makin galak pulak satu suara ni berteriak nama gua. ahh sudah. bola masuk gol pon dia sorak nama gua. walhal bukan gua yang jaringkan. budak ni mmg betul2 damn! gua jumpe kau mmg kene!! yang gua kenal nazri ni bukan kaki bising. takkan dia.

sampai satu tahap, dia panggil nama gua. panggil betul, bukan panggil gaye nak bagi semangat. panggil macam kau panggil kawan kau sebab nak mintak pinjam charger laptop. gitu.

maka, gua pandanglah. dah orang panggil cenggitu. atas turf, masih berstick. nak jugak gua pandang muka. hensem tak hensem? tiba2 angin bertiup nipis ke arah muka gua. salji malaysia turun buatkan muka gua sejuk sejuk mayat. 
#soundtrack keluar


papppp! mata gua terpaku tengok sang punya suara. muka dia.. macam... dan gua lemparkan senyuman paling manis atas padang turf. ya, itu gila. hahaha! gua terjatuh hati. ter, gua bukan sengaja. 10 saat mungkin, tak lama mata gua terpandang dia and that moment segalanya berubah! sambil dia buat jakun dia sorak2 nama. bila gua senyum, gua dapat dengar yang lain turun bersorak. =.- 

engko boleh bayangkan tak dalam ramai2 orang kat tempat duduk penonton tu, gua hanya nampak dia. gua hanya dengar suara dia. ? ini silakeh.


engko boleh bayangkan lagi tak yang gadis kental macam gua ni boleh jatuh hati pandang pertama? kemain jauh lagi tempat gua berdiri tegak atas turf dengan tempat kerusi penonton, mcmmana gua boleh nampak dia dan muka dia melekat kat hati. owh pelish, bukan style gua jatuh2 feeling ni. engko tak percaya, pergilah tanya budak kelas gua. dalam 2 sem ni, sorang je budak kelas yang gua minat. tu pon gua tak layan sangat feeling tu, hanya kawan2 yang tau. minat tengok muka, thats all.

tapi gua sbgai perempuan melayu terakhir abad ni, rasanya tak perlu gua nak buat 1st step. gua senyapkan aje.

ok, gua ade tugas nak dilaksanakan. makanya, gua teruskan bermain dengan pihak lawan. act like a hero. tapi setiap pukulan short corner gua tak menjadi. damn!!

akhirnya, menang jugak. alhamdulillah. melangkah ke pusingan kedua.

dalam perjalanan pulang ke tempat kencing berak gua dan rakan2, pergi singgah makan dulu. tak makan macammana nak berak kan. kat tempat makan gua rasa macam tak selesa bila diperhatikan. mungkin, anak mata gua tak menipu. 


naik bus kembali. lantas gua buat muka innocent bila manager kami, kak Akon (bukan nama sebenar) pandang2 gua lepas tu pandang budak kulit putih tu. ya, dia satu bus dengan kami. gua buat2 tak paham. ok, gua panggil dia budak kulit putih lah ye. 

balik, kene merempuh dulu kolej2 kediaman lain. dalam tak sedar ada teammate sorang ni cakap kawan dia panggil kat blkang. gua tanya siapa? lantas gua pon toleh. lah, budak kulit putih ni rupanya. gua buat2 cool. jalan kepenatan. buat2 tak layan.

padahal.. engko tau tak apa feeling gua time tu? hormon gua semua tak tentu arah collide each other. 

tiba2 dia mintak nombor. salam tak bagi. nama tak bagitau tiba2 mintak nombor. gua kaget. gua malu. sebab time tu satu team ada situ. and not sure lah kalau dorang dengar.

gua taknak bagi. buat ape? gua kena jugak jual mahal. eccccece. padahal hati dah kembang semangkuk. dia mintak stick gua. jakun lettew nak tengok stick budak power. dia ambil, gua bagi. belek2 stick gua. gua jalan je. tak toleh dia pon.

"awak, boleh la nak nombor"
"er. tak payah lah. saya tak pakai phone"
"alah awak tipu. nak lah",buat muka comel
"lenkali lah." 
"ok kita buat sistem bater. awak bagi nombor, saya pulangkan balik stick awak"
"eh janganlah macam tu. ni kan stick saya. bater mendenya"
"alah boleh laaaa"
"eh saya ade training petang ni. nak guna stick"
"alaaaa"

sampai depan kolej gua yang penghuninya adalah perempuan, gua ambil stick gua kat tangan dia. sempat dia pesan ambil nombor dia kat laili, teammate yang panggil gua mula2 tadi. gua hanya mencibir. taknak. jawap gua

sampai kat bilik, badan rasa penat gila. entah kenapa. gua online twitter. update tweet seketul dua. tiba2 ada sorang yang tak familiar follow gua. macam biasa gua ignore je kalau tak kenal ni.

sekali lagi yang mengejutkan, dia mention gua. tanya mananyaaa?
gua melopong. tengok profile. lah, budak kulit putih ni lagi. ape dia nak ni? hurm..

#bersambung

Tuesday, July 10, 2012

Friendly Match

Friendly match.
Official Result 
UTeM 10-0 UTHM


Friendly je bai. 


Astroturf UTHM. lovely place to visit often. hewhew

with peluh peluh


sempat lagi kannnn

cant wait this 13 of july! gonna be there for masum =)

Friday, July 6, 2012

Speed Trap Pertama Dalam Hidup Gua




hanjin betullah. gua baru nak hidup dalam dunia yang kelin (clean) dari saman2 ni. kena speed trap pulak!!  tak memasal mak gua memekak dalam fon. 2 bulan yg lalu punya cerita. alih2 dapat surat saman je. ahh silakeh.

12.30 pm
mak call. gua cakap 28 may rasanya gua tak pakai kereta yg kena saman tu. gua try petik nama ayah. kot2 ayah pakai ke sebab 28 hari isnin woi. 

mak kemain back up ayah, mak cakap ayah tak pernah bawak laju. gua senyap. tak lalu makan hidangan depan mata. betul jugak cakap mak, fikir gua. 


bukan awek litar bai

1.45 pm
gua jinakkan mata untuk tidur. baru balik training lah katakan.. sekali mak call. gua dah agak ni, mesti mak dah tau sapa pelaku sebenar. gua relax. buat suara konon2 baru bangun tido. 

mak terus membebel marahkan gua tanpa pedulikan posisi gua. sesekali tu bingit jugak telinga. walaupon mak gua comel tp sekali sifat keibuan dia mengganas, sakit jugak telinga ni. keke. gua senyap je sambil tangan usap2 bantal busuk. 

fon landing jauh sikit dari telinga. 

ahhh. silakeh ape ni. gua drive pagi isnin tu takde la laju mana. tapi mungkinlah lebih had kot. gua kena time tu nak ke kelas c++ kot dari moncheh. 

niat fisabillillah lagi. kalau mati tengah jalan pon syahid la jgk. rasanya tak berdosa gua pecut. kan?

ok sekarang gua kena fikir macammana nak survive 2 minggu lagi. kompem duit poket gua kena tolak. bala bala


Monday, July 2, 2012

Result Semester 2




Alhamdulilah. 


bertemu kita sekali lagi dengan limpah Rahmat dan kurniaNya. 
kuatkan speaker kuatkan speaker.
hana nak berhujah ni habak hanggggg~ 

ehem.. hai yuoollsss.
kabare?? waras? #takat tu je ilmu aku in jawa language sebenarnya.

semoga korang semua sihat fizikal dan mental.
musim result is coming up ni memang kadang2 tak period pon boleh jadi period.
sebulan boleh datang dua kali period. ahh gelojoh
yang iman kuat janji taknak marah2 pon boleh tergelincir sikit mulut tu sebut 'damn! apahal gred teruk cam lahanat?'
eleh macamlah itew tak tauu.

speakong of final sem result (bercakap tentang keputusan akhir semester), nothing i really can do except, redha. yeah, you know me well kan kawan. i am never score 4 flat and dont worry i wont beat uoollsss.

even me dont feel like i am stupid enough when i get this and that. well said, pointer is a number. just number. =)

ilmu yg nak disampaikan tu yg penting, awak dapat ke tak apply dalam kehidupan awak dan macamana awak belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada depan awak.

but alhamdulillah, getting better than last sem. syukur. the best part in this chapter of my life, my unofficial pointer is really close to my target. owhh well. i dont put high target in mind. pelishhh. target i setakat second class pointer je. kahkah. and its really 0.05 more to achieve that target. how sad?



its ok, as long as my parents is okayyy =)
i told my mom and she was happy! yeah, maybe she knows well how hard engineering course is. ok2, actually, i dont have any target as you know i ni jenis yg buat keje asalkan berjaya. not so berjaya pon takpe asalkan berjaya. haa, paham tak ayat i? 

actually that target my mom yg bagi. dia nak i lepas target tu and its close. Allah plans it for me. i just give my full effort. 

kalau Allah kata 'engkau dapat A'. takkan lah termampu kudratku nak tukarkan nya kepada B. Allah's plan is secret and gonna be awesome at the end of your life, insyaAllah.

Allah tak marah kita tak dapat pointer bagus, tapi Allah marah kita tak pergi belajar. =)

thanks to lecturers for being the man yang sudi sampaikan ilmu Allah kepada insan haus ilmu macam saya ni. thanks a lot lot for being so nice in teaching. sorry if anything i done without realizing it. i never want to do wrong and hurt any feelings. =)

i am here to be loved and loving people around. i dont have time to hate anyone bebeh. to friends, thanks for everthing!!! tak terkira berjuta juta pertolongan dari korang. really appreciate that. 

special thank goes to suhailah (rumate yg sgt caring), shu (kawan yg sgt supportive), paly (the one yg bantu buat lab dari dulu), syud (teman yg baik dan suka happykan org), ater (teman gelak masa gila), ada, kak diha, kak tomen, kak nurul, kak ayu, kina, bibi and semua lahhhh! ponat lah den nak sobut satu2 woi

thanks btekians =)

and not forget, my parents!! thanks for being my everything!! <3 =)

#macam ucapan budak 4 flat pulak. heh

endofstory

ketap bibir.