Assalamualaikum heyyo kengkawan. Saje nak kabo kat engkorang, sabtu yang lalu bersamaan 19hb Januari kami dari Kelab Hoki UTeM telah mengadakan satu aktiviti santai yang bertujuan untuk mengeratkan lagi tali siraturrahim walaupon sebenarnya dah tersedia erat. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah main volley ball pantai, baling selipar, tabur tebung, dan malam pula aktiviti BBQ dan game soal dan jawap.
Pertama sekali, kami naikkan khemah buat golek2 kalau tersemput nanti. Gituuu kemain kak ai kakak puaka kita bawak khemah.
Tempat, biasalah. Pantai Princess. kekke.
Kumpulan A dan B, pasukan paling hebat dunia dalam sukan Baling Selipar. Kemain gelak sakan macam nak tercabut anak tekak. dengan suasana angin yang sepoi sepoi bahasa. berlari lari anak, pergh macam dalam cerita hindustan dia punya feeling.
Tepung timeeee :D kali ni bebudak yang lahir bulan Januari dan Februari memang tak lepas lah. Dayah, Kakchik dengan Fadhli. Kesian sebenarnya, dengan telur atas kepala tambah tepung. berlari tercungap-cungap jadi buruan orang ramai. kahkah just to say, SORRYYY WE DID IT. :DD
part paling bangang aku rasa masa tengah main sepak-sepak bola. bola sampai ke pantai kemudian di bawa pantai ke tengah lautan. aku yang kejar bola jadi kaget tak tau buat ape sebab aku takot laut dalam. kahkah. dah masuk suku, patah balik. okay, aku tak mampu. nasib baik akak cute kita, kak yut berani pergi amek bola tu sebab beliau pandai berenang. kuikui thanks yut.
cerita dia, aku dah lama tak mandi laut. maka perasaan tu lain macam sikit. XD
Ce skodeng gambar-gambar kat atas ni, style bak ang! macam nak goreng sekor-sekor. kahkahkah. happy belated birthday dayah n fadhli. n happy birthday kakchik. semoga korang berjaya dalam hidup dan dapat jadi pemain hoki berjayaaaaa satu hari nanti. XD
taraaa, ni la muka-muka geng puaka yang aku sayang bangattttt *tangan ke dada mata ke atas* sebenarnya tema petang tu warna merah tapi aku buat-buat takde baju merah. yang ade merah jambu aje. kehkeh
nampak tak 'troll face' tu? haaa macam harom kan, aku tau. tengok gambar atas kanan. nampak tak nampak tak kak ai tengah bahagiaaa. terkinja-kinja perangai. hahaha (cakap orang padahal)
lepas mandi-mandi dan sembahyang dalam khemah, aktiviti seterusnya pon bermula. aku terkejut sebenarnya sebab bekass ayam kemain besar buat isi ayam peram 8 ekor. banyak okayy. nak termuntah aku rasa makan banyak2 gitu. Alhamdulillah, rezeki :D
sambil tunggu ayam dibakar, kami sempat bergosip kejap. jemah tak jemah katanyaaaa. haha. sambil sambil layan petikan gitar dari acap. syahdu syial, seronok!
Malam sempat jugak main volleyball. sampai lebam-lebam tangan.
aktiviti terakhir adalah main soal jawap. aku lupa apa natang nama game tu. tapi lebih kurang mcm ni lah cerita dia. sorang buat soalan, pasang muzik dan bila muzik diberhentikan orang yang kat tangan pegang piring kertas tu mesti jawap soalan yang tertulis atas piring tu. memula mcm slow jugak game. lama-lama kemain enjoyy. hahhaa
soalan pon boleh tahan mencabar. contoh mcm 'berapa pointer sem ni?' haa cilaka nama dia kalau kene kat aku. mampus aku tak bagitau. ahhaha.
tapi soalan yang aku kene dari fadhli tu mmg padu jugak sebenarnya. sebelum sampai piring tu kat aku, dia dah siap berdoa biar soalan dia kene kat aku. demmm! nak tau apa soalan dia? haa soalan bangang dia bebunyi 'apa sebab clash dan berapa banyak kali kaple?' bangang kan? hahahahaha. tak? k
last sekali, thanks untuk jawatankuasa yang bertukus-lumus peram ayam dan beli barang itu dan ini sampai terlaksananyaaa semua aktiviti. terima kasih banyak2. kepada yang sudi datang, lagi2 senior kami kak tek dan pendi juga hannan thanks. hehe. thanks sebab menceriakan hari aku. k cukup. karang menangis pulak.
thanks a lot korang!! love teammates semuaaaaa =)
No comments:
Post a Comment