Tabung

Sunday, September 14, 2014

Part 1 : Langkawi Island

Salam chuols. 


Dah berminggu aku dengan geng travel pergi Langkawi, baru ada masa nak hapdate sini. Dua hari lepas balik dari vacation, arwah Atok tenat. Sama-sama sedekahkan Al-fatihah ye, terima kasih. Hmm tak sempat nak buat trobek ketat dekat instagram mahupon dekat blog. 


So kat mane nak mula ni? Aku mmg ada masalah nak buat intro. Masa sekolah dulu kalau buat karangan boleh la jugak start dengan ‘setiap orang ada impian, impian aku adalah ingin ke Pulau Langkawi’. Tapi zaman Eina Azman umur 19 jadi Datin Paduka, kawen dengan orang kaya tua ni memang tak dapat lah kau nak buat intro macam tu. Jengkel je nanti. 



Aku nak mulakan dengan sejarah nama Langkawi dululah. Weols ni berada pada zaman tak kenal sejarah. Erti kemerdekaan pon mencungap nak jawap. Jadi, Langkawi ni asal namanya diambil dari perkataan ‘helang’ dan ‘kawi’ yang menjadi simbul lambakan burung helang yang berada ni pulau ni yang juga berwarna kawi iaitu merah hati. Sebut punya sebut, jadilah Langkawi. Pulau yang banyak simpan mitos, Mahsuri misalnya. Yang mitos2 gini, engko boleh google sendiri la ye. Karang jadi karangan sejarah pulak entry aku ni.


Kami memulakan perjalanan dari Kuala Pilah pada pukul 10 pagi dan bergerak ke Taman Desa Mewah, Kajang sebagai persinggahan pertama. Sebab nak ambil Jue dan gerak ke Nilai terus. Dah namanya perempuan, sempat juga selfie sehelai dua. 

langkawi trip 5 of us gitew kau punya hashtag




Kami gerak ke KLIA 2 dalam jam 2 petang dan makan/solat sana terus sebelum check in. Bila dah ready dengan tiket (print out RM10 sekeping sebab kiosk tak function, K), get thru the security, get to our gate dan fly fly away.




Tak sampai 45 minit perjalanan kami menaiki penerbangan Air Asia where the hot chicks in red alive, kami pon tiba di Langkawi International Airport. Nak sembang pasal level chick flight attendants ni sebenarnya tak berapa nak pandai. Tapi aku perati je sorang ni masa dalam perjalanan nak balik sbb muka dia jambu habis, bergetar jiwa woi hahahha jahanam betul. 

Sampai airport, terus kami cari kereta sewa yang dah di usha dari awal. Dapat lah student price (dibaca harga kenyit2 mata) RM50 satu hari, kereta viva yang boleh tahan muat2 je dengan kami berlima. Kahkah. Perjalanan kami dalam 3 hari gitu so tong tong sorang dalam RM40 include duit minyak pon dah cukup. Destinasi pertama adalah mencari Chenang Rest House. Pasal kereta sewa dengan penginapan ni Jie yang uruskan sebab ade kenalan di sana tambah pulak bos rest house ni orang Senaling. Tu deh, jumpo orang kampong kek Langkawi fefeeling ohsem bona tekauuu. Manakala pasal tiket flight, Jue dengan Nisak yang uruskan. Power tak power lah depa ni. Aku dengan poepoe bawak bontot je kot. Hmmpp. Eh silap, poe merelakan ipong 5s dia jadi hak kami semua dekat sane. So semue orang ade function kahkahkah

Malam pulak kami jalan jalan cari makanan siap swarm kauuu nak cari restaurant nearby. Lepas bengkakkan perut, terus kami ambil peluang jalan-jalan sekitar rest house untuk bengkakkan kaki pulak. Mat salleh ramai nokharommm. Feeling oversea sangat iols dekat sane. Mat arab pon ramai tp mostly dengan family dan couple so macam tak turn on sangat. KAH!



Moment paling awkward bila kau nak beli kebab dekat brader Turkish ni dan kau pon mulalah ‘give me one chicken shawarma (kebab in some arabic-speaking countries)’ ala ala village people berlagak nak speaking mat salleh bila travel dan tiba2 dengan muka pelik tak berapa dengar apa yang aku order, mula lah dia tanye balik. ‘ayam or daging’. Perghhh dia punya malu time tu. Aku tergelak depan foreigner dengan poe sambil jawap ‘ayam bungkus’. Boleh brader ni cakap melayu rupanya. -.-

Bermula aktiviti pagi di hari pertama kami iaitu ke Pantai Chenang yang betul2 depan rest house. Air laut taklah berapa jernih macam Perhentian kan tapi dia punya tenang, perghh. Pesen yang suka laut ni kalau nampak laut mmg zaited sikit. So berpuluh ratus lah gambar yang sempat kami snap.


Langkawi Permata Kedah tu yang power tu





Dalam pukul 2 kami island hoping dgn boat sewa hanya kami berlima. Kalau dulu pergi perhentian kene share dengan pengantin2 baru tp kali ni group kami ja. Macam vvip pon ade. Tapi kami cool. Pakai shades, acah foreigner dan meneruskan perjalanan. Island hopping kami RM27 ja, bab harga ni aku respect betul dekan Jie. Dah lah boat satu khas untuk kami ja, entah mcmmana dia letak ayat sampai boleh dapat RM27 per person, kalau nak dibanding dengan harga biasa RM35. Part ni aku kagumlah. Patut pon dia dengan Kicap bercinta nak dekat 8 tahun lamanya. Kahkahkahkah

Destinasi pertama kami adalah bergambar di hadapan Star Cruise. Sebenarnya kalau kau nak feeling on board pergi Langkawi naik kapal pon boleh asalkan kau berduit sebab Star Cruise ni banyak pelabuhan dia.



Lepas tu kami pergi Eagle Feeding tapi masa kami sampai helang semua dah kenyang so no feeding. Nak bergambar pon sombong. Hiks. Seterusnya kami ke Pulau Beras Basah dimana kat sini air lautnya tenang dan biru sikit dari Pantai Cenang.


Sempat juga kami bermandi dan berendam sambil bergambar dan bervideo. Hah. Layankan aje. Haahha. Tapi standard pulau lah kan, meggi secawan dekat RM4. Lepas tu nak kene hadap orang tempatan punya longhat mak oi ganasnya sembang. Orang kedah an an. Kasar2 pon orang rumah kite Kedah juga. Eh

nah, belanja gambar sekeping siked


Lepas seronok2 dekat Beras Basah kami ke Tasik Dayang Bunting pulak. Real betul puteri cantik ni baring. Kalau ikot mitos, memang macam2 versi. Yang paling ingat sampai la ni, kalau minum air tasik ni yang susah nak mengandung boleh mengandung. Haa gituew. Tapi kami tak minum lah. Sapa nak menjawap baby tanpa papa keluar nanti nih.



nampak tak buntingnya si dayang atas kami tu?



Air tawar, tak sejuk tak panas. Just naisss gituew. Jadi kami sewa life jacket selai RM10 pakai sampai puas sebab memasing tak reti berenang kau tauuu. Haha. One day kite kene belajar berenang lah rasanya. Mana boleh tiap tahun pergi pulau tapi part nak menyelam guna jacket. Tak macho langsung. Kenns.


Dayang Bunting Marble Geoforest Park



Lepaih tu kami pergi hmmp sebenarnya idea tengah kering. Apa kata kita sambung lepaih ni untuk part 2. Hokay? Lama sangat simpan draf ni. k terima kasih sudi baca kehkeh

Sunday, June 8, 2014

5 Tips Kurus

Assalamualikum dear friends!

Lama dah sebenarnya nak buat post ni tapi masa tak izinkan. Terlalu banyak kerja yang kene aku siapkan. Last update pon pasal birthday hehehe. So here we go!

Where to start eh? Okaylah mcm ni. Aku ada idea nak share tips untuk kurus ni bila ramai dah kawan2 tanya mcmmana aku buat. Penat kan nak jawap sorang2, hihi. Tak cukup dengan itu, kawan2 yang rapat pon dihujani dengan soalan ‘weh mcmmana hana boleh kurus’. Hahaha. Sorry to my girlfriends so kali ni aku buka rahsia yang lama jugak aku simpan. *ecewahhhhh

nak menangis tengok diri sendiri 2 tahun dulu. tskkkk! =(
ini berat yang paling berat pernah capai. wow

Sebenarnya takde la kurus sangat pon sekarang ni uols. Cukuplah buat aku nampak sihat dan berat aku turun sampai 10kg. Percaya atau tak, memang 10kg lost lepas beberapa bulan. Aku tak perasan pon, kawan-kawan sekeliling yang tegur. Jadi bila aku timbang berat, ya. Ianya turun sikit demi sikit. Hihi. Syukor. Alhamdolela

nah gambo, bagi pembuka bicara.

Yakin betul gambar aku nih. haha! 
Ada sejarah sebenarnya disebalik 10kg aku hilang nih. Kau ingat hidayah untuk kurus tu datang tiba2? Tidak. Hidayah tu datangnya dari seorang kawan aku yang menjadi perantaraan dan aku panggil dia Sifu! Dia bukan kurus mana pon tapi ilmu kurus dia banyak so dia share dgn aku sejak aku balik dari UMK indoor game bulan 10. Dalam masa 2 bulan dia sentiasa call aku tanya mcmmana perkembangan. Dia guide aku gila gila punya sampai kalau aku makan lebih, boleh rasa serba salah dekat dia. Panggil aku dugong tiap hari dan banyak kali suruh pukul2 perut aku sambil jerit 'memalukan memalukan'. Hahahhaa. Nak dijadikan cerita, sebabkan mulut dia yang boleh tahan nak kene cabai nilah yang buatkan aku berfikir, why not kurangkan berat supaya aku boleh perform dengan lebih baik dalam sukan? Kan?

Macammana? Ade 5 tips, tapi depends jugak dekat tahap metabolisma korang macammana. Ini yang aku buat, simple dan tak seksa diri. Lain orang, lain cara.

1.       Tahan maki
-   Yang ini kau kene kuatkan iman dan hati supaya kau boleh focus untuk terus kurangkan lemak kau. Kawan-kawan keliling aku memang ramai yang perangai celaka sikit hihi. Celaka yang bilamana diorang takde, aku rasa hidup tak menentu. Haa gituew. So bila diorang keep bashing kau, di sini kau kene tahan makian dan terima kenyataan yang kau tu gemok. Dari makian-makian ini membuatkan kau semangat nak kurus. Makian yang menimbulkan semangat so thanks friend yang jujur macam ni. Walaupon pedih nak dengar, kau kene terima.

2.       Research
-    Bila kau dah kene maki hari-hari takkan la kau tak sedar lagi kan? Nak tidur dengan lemak je ke? Mana boleh kan. Kau mesti rasa tercabar jugak. Apa yang aku buat, aku follow guideline yang Sifu aku bagi. Side info aku cari dekat google and keep refreshing the tips by myself tak pon dekat kawan rapat aku supaya aku sentiasa ingat benda neh. Kadang-kadang tu boleh sampai buat group discussion pasal makanan apa yang kau perlu apa yang tak.

3.       Jaga makan
-       Bermulalah tips yang akan aku utarakan dengan lebih detail.
-     1st, setiap pagi ambil satu gelas besar air mineral dan minum sebelum kau buat benda lain misalnya morning text ke boyfriend/girlfriend.
-      2nd , breakfast sikit dalam pukul 9-10 pagi. Ambil la apa apa, nasi lemak ke biskut ke tak apa. Kau pernah dengar quote ‘eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar’ ? di sini lah aplikasi kepada quote ni. Kau makan lah sebanyak mana pon di pagi hari sebab kau akan gunakan banyak tenaga sepanjang perjalanan hari kau.
-   3rd, makan nasi sebelum pukul 2 petang. Ini yang berat sikit nak buat sebab kadang-kadang kau terlepas breakfast lepas tu kau jadi zombie kelaparan dan take too much rice in a plate. Aku selalu mcm ni. Nasi kau kene kurangkan, kalau boleh satu senduk sahaja. Ya, memang payah. Tapi kau kene paham satu benda. Orang gemuk memang banyak buat alasan. So, wake up!
-      4th, minum petang. Ini aku selalu skip sebab selalunya petang-petang aku habiskan masa melagha ataupon pergi bersukan. Paling tidak pon aku jogging atas katil. Kah! Pasal workout ni aku cerita kejap lagi.
-    5th, makan malam sebelum jam 8 malam. Awal sangat? A.ah memang awal dan kalau makan lewat memang untuk orang- orang gemuk. So tukar masa makan kau supaya senang perut kau nak proses berak. Kakaka
-   6th, dalam antara pukul 8 ke waktu tidur kau, kau hanya boleh makan benda berbuah sahaja. Jangan ambil benda berminyak misalnya kau nak makan ayam goring sahaja. Takmo okay, kau pergilah cari yogurt atau buah2 dekat mydin sana bagi mengisi kekosongan perut kau yang dah berkali-kali tukar ringtones.
-    7th, sebelum tidur minum air sebanyak yang kau mampu. Ini penting, air masak memudahkan kau berak, memudahkan system penghadaman kau lah maknanya. Air membantu mengurangkan kolestrol dalam badan dan boleh meningkatkan kadar metabolism badan kau juga. Jadi jangan malas, minumlah air sebanyaknya! Paling kurang 8 gelas sehari, paling banyak 3 ke 4 liter sehari.
-    8th, jangan tidur lewat. Ini permainan saiko bila kau tidur lewat, kau rasa lapar dan nak makan. Bila dah makan rasa mengantuk, lepas tu tidur dengan perut yang kenyang. Tak sempat perut kau nak hadam kau dah mengangkang tidur dan seteruskan kau skip breakfast dan rasa lapar balik bila bangun tidur. Mulala kau nak ambil nasi sebab terlalu lapar. Ahh panjang betul recycle hidup kau yang tak sudah-sudah nak makan je! Hahahah *ckp depan cermin*

4.       Workout
-     Ini part yang paling orang gemok susah nak buat termasuklah aku. Kalau member ajak jog, seboleh-bolehnya nak tutup mata sebelum pukul 5 petang dengan harapan tertido! Hahahha. Nampak kan perangai tu. Sebab tu turunnya hanya 10kg je, kalau hari hari jog ni aku rasa boleh lawan lah kurusnya seorang Erra Fazira. Kahkah.
-      Okay serius, kau kene keep running! Jangan malas. Favorite track aku semestinya Taman Botanikal Ayer Keroh lah, sebab itu paling dekatnya pon. Hiks. Dalam seminggu tu adalah dua kali aku pergi, slow jog 10000 langkah. Jangan tamak, jangan laju. Kau relax je, buat apa yang mampu. Mula-mula kau target non-stop running. Lepas tu baru kau up kan speed kau. Itu ja, tak banyak. Nak kata aku buat constant, tak jugak. Banyak keje meh, mana sempat pon nak pergi hari-hari. *still creating a reason, Nampak?*
-   Rajinkan berjalan. Pergi parking jauh2, misalnya kelas kau dekat FTK dan kau parking lah belakang bangunan hijau FKM. Boleh? *ideology bagi bebudak kampus industry*
-     Workout, kau pergi lah google sana. Aku bukan pakar pon. Cukuplah tips yang aku pernah buat ni syukor turun la sikit berat.

5.       Jangan give up
-  Pentingnya konfiden level di saat kau gemok dan rasa tak mampu nak kurus. Jangan give-up. Aku dulu pon bukannya terus turun mendadak. Aku pernah kene gelak bila pergi jog most of the time, tp bila timbang berat turunnya 1kg je. Apa aku buat, aku tak give up. Aku yakin, lemak ni degil mcmmana pon tak lah sedegil aku yang nak lose weight. Haks.
-  Ignore perangai kawan-kawan yang selalu ajak kau makan malam2. Kau kene kuatkan iman, kau nak kurus ke tidak? So, tak payah layan. Diorang tu semua dah kurus, engko je berlemak. 


Ini post untuk kurangkan 10kg lemak dibadan ye, kalau kau nampak aku gemok macam dulu balik engko keep running je. Jangan persoalkan kenapa sebab manusia ni berubah. Boleh jadi hari ni aku hilang 10kg tapi besok lusa gain 20kg pulak. Hiks. So, sama2 kita jaga hokayyyyy! nanti kita sembang lagi



29 May 2014
p/s sebelum ni malu nak mengaku aku main hoki untuk utem, sebab mana ada atlet gemok macam hana. hahahahha okay bai.

Wednesday, May 7, 2014

Part 1 : Big day 28 April

I just cant believe that i am still awake, late night and burn my midnight oil just to finish up my final year project report. hurghh this is sooooo not me! not as struggle as this before and ahhhh. baru ada masa nak coret kat sini. 

where to start eh? okay lah mcm ni. kita cerita in point form je

27 april 2014

1- #bithdayhanapart1 katanya, my bebi zanariah belanja KFC sebab dia baru dapat elaun futsal circuit selatan kahkah, what a great lunch treat.

2- parents aku datang melaka melawat anak mereka yang manja ini *ehem* atas sebab kebizian melampau aku siapkan kerja tertunggak dan tak sempat pulang ke kampung ahh gitok. padahal setiap weekend ada gemencheh. member2 dah tak payah tanya weekend aku dimana, arif betul dah. ahaha 

so weekend nih aku tak balik, then they came, surprised me, buy me something and i was like a little girl yg terkinja-kinja kegembiraan. hihi

sempat selfie tahu takkkkk haha


then, aku siap siap dah nak balik. tiba-tiba ayah cakap nak belanja makan. Amboi, hehe hilang diet kakna malam tu. Mak ayah bawak makan dekat Parameswara Ikan Bakar, Umbai. Dia punya bahagia, Allah je tahu. Fav aku kat sana, udang butter. Alhamdulillah, tak henti2 ucup syukur. 

28april2014
1- and guess who was the first to give me a wish?
taraaaa, 

My beautiful mammahhhh!

TEPAT 12 PAGI ye. tskkk *nangis*

Menitik juga satu dua air mata, sebab i know my mak well. Dia takkan stay lewat, there must be something really important to be done kalau pukul 12 malam still tak tido, and i love her so much. thanks Allah for this lovely and special person you've created. ='( the moment aku dapat mesej ni, my world was so cold and frozen. she will always be my first birthday wisher, dari dulu dan kakna terharu *lap hingus* =(



my ayah dah tido la tu, subuh2 baru dia wish ke anak dia. hihi. 

2- and korang jangan nak expect big day kali ni berjuta orang wish.takde pon =( hurmm. konspirasi ape entah tp my housemate semua diam dan tido awal. jahanam betul. hahaha

then, bermula lah hari yang sangat membosankan hokay lepas dapat wish dari mak dan friends yang ingat. another nightless night, baring-baring but i couldn't sleep. golek kira kanan, kira wish yang masuk KAH! boring night, i know. 

3- pagi kelas pukul 8 dan tiada apa yang menarik selain mata panda dan natural bad mood yang ada due to monday blues. bluergh sangat rasa class was soo boringgg haha

4- everyone was like ignoring me, sampai bad mood level turns to the max! haha pandai belakon masing2. heh sangat.

5- petang baru keluar and i didn't expect anything else melainkan just having a bowl of eskerim, dengan housemate. yelah bad mood dah turn on kan! tiba-tiba, haaaaa datang lah all my beautiful bitches bawak kek pelangi buat surpriseeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee. hmmp *mcm tak punchline je story kat sini* ahha

aku menggigil. tu je nak kabo.

5- malam, dinner treat by nyunyoh. BAHAHHHA thankssss

okay simplenya cerita. malas nak type, so layan gambo senyap senyap.







speechless betei, tak tau hamba nak cakap macammana sebab hamba ni pesen tak reti nak express perasaan yang terlampau dalam hati ni. fikir nak kopipes ayat google je tapi apa pulak rasa dia tiru hasil orang? kah!

entah lah, tak tau mcmmana nak cakap. i love them all!

terima kasih dekat semua yang tag hana dekat ig, wished me on my big day. yang sanggup buat surprise dekat hana walaupon hana ni hanya seekor panda yang boring. tsk. 

all my girlfriends, actors on board. 

shu
zana
sue
ada
bibi

housemates,

ater
tomen
syud
kak diha
farah 


and everyone! ahhh kene sebut satu satu ke? hmmpp

entah, speechless. cane nih hahahahhaha *a week dah berlalu, still speechlesssss

whatever it is, you guys make my day and bring so much happiness in my life. yes, God gave me a great life so far surrounded with beautiful hearts. they give me light, on my eyes. they make me swing, make me annoyed, make me bluerghh-ed, make me what i am today. and entah lah, shu, bebi zana, sue and evryone here kehadiran korang sangat menyentuh perasaan and i swear korang are the best girlfriends i ever had! 

dengan perangai masing masing macam cuaca di malaysia, kejap mendung kejap cerah kejap ribut taufan, kejap lagi buat perangai mcm gempa bumi dekat jepun. but still, i love you the way you are dear girlfriendsssss. *emo again

tsk.

rasa macam nak buat part 2, nak limitkan pictures in this entry. so see you guys lainkali! more pictures will be uploaded and the story behind the scene. *hek elehhh bajetnyeeewww -,-






Saturday, April 26, 2014

How PSM affects my life.

Assalamualaikum. hello thereeeee

whatsup? ahh lama tak jenguk sini. dan aku tak yakin ada orang nak baca lagi entri post sini hahhaa

first of all nak greeting my self, happy PSM-ing hana banana! owh god i still cant believe that week 10 is just passing the time and i have to present my bachelor degree project on week 12. how pathetic i am, for not using my time properly and now pon still can update on blog! hahahaha *flips hair*




oh please everyone, pray for me. my PSM title is Vibration Measurement System Analysis by using Piezoelectric. And for everyone yang pernah involve in this project, with my big heart (berbesar hati lah), come and help me. I will appreciate your helps guys. =)

greeting for my coursemates also, wehhh wake up. presentation is around the corner and just dont belok2. kakaka! *hambar an*

and my preparation is still on, i keep on reading some of related journals and books. well yehh, i went to library as my usaha tangga kejayaan. padahal nak jejak kaki ke sini setahun sekali pon belom tentu ada probability tu woi. even 1 out of 10 times lalu depan library sumpah tak pernah ada niat nak stay sana. what psm did to me, THIS! pergi library.




this is not easy man, i went deeply, through all the days on finding on what i want what i do not need. i learn so hard to figure out everything as fast as i can do and luckily i know myself even better. alhamdulillah for those days ya Allah. 

u know what, final degree year is not playful part to be enjoy with. kau kene lalui banyak benda such as problem with your surrounding people, lack of spending time with family and the bigger loser is the time for yourself! frankly speaking, i am not enjoying my time gila2 mcam dulu lagi. every week must be a progress in this project and sure with the helps of my supervisor, abang cam. hehe and what u need the most now is the FAITH. 

i cant go out easily, i cant be a slut with my bebi zana haha *this part i cant deny*, i cant be a child seeking an attention from my parents anymore, i cant be everything that i used to be. now, jadi budak nerd yang strong and rajin membaca. hihi



i am not going to blame myself on my own 'takde mase untuk diri sendiri', i am here just to cheer myself up and show you guys how PSM taught me for my whole life. 

eh relax, not that scary pon lah adik2. PSM tak scary like kalau fail rasa macam nak bunuh diri. no, its not like that. go with the flow insyaAllah everthing will be fine. =)

cukup la tu, belanja selfie sekeping. how tired i am. gambar atas ni was captured at my fav cafe lepas taklimat PSM on how to write in english haa gito. So muka quiet lapaarrr. hahaha okay enough here. great day everyone. xoxo

Thursday, February 13, 2014

Part 4 : Perhentian Island


Hello guysss. Amacam? Terhibur ke tidak dengan part 1, 2 dan 3? Atau mungkin bosan sebab cerita detail nak mampos? Entah, aku suka share cerita. Kalau datang mood aku, memang tepi kain sendiri pon nak cerita. Aku ni pendiam tau sebenarnya. Ahaks.

Dapnya sotong aumm aumm



Sambung dari kitorang BBQ malam terakhir kitorang kat situ. Alah ade dua malam je pon, jangan nak terakhir sangat. Usai subuh, masing2 dah tak senang duduk sebab dah kena balik ke negeri tercinta. Aku paling beriya lah kononnya nak pergi Long Beach lagi sekali sebelom gerak balik. Bullshit, niat je lebih tapi bontot masih bergesel dengan tilam sampai pukul 10 pagi. Punya malas.

Aku edit dengan tambah 'contrast' sikit je, tak terjejas warna laut ni. Cantik bukan?

Dalam pukul 11.30 pagi kitorang siap2 nak check out. Sempat juga pekena Maggie sepukul. Engko jangan peliklah. Aku yang paksa diorang makan Maggie pasal aku bawak banyak gila nokhareyy punya nafesu bajet nak makan itu je kat pulau tu. Tipu, engko tak payah lah bawak makanan banyak2. Engko bukan selera pon nak makan makanan segera ni. Tak feeling langsung pergi bercuti kalau makan makanan segera., tak ORANG KAYA gayanya. Kakaka. Apa salahnya tempat indah kau makan indah sikit.



So kitorang pon keluarlah dari pulau pukul 12.30 tengahhari. Perasaan dia macam tergigit peria. Pahit. Tapi nak buat macammana, realitinya kau harus juga melangkah pergi. Yang indah tak selalunya ada, yang pahit perlu ditelan jua. Haa gitokkk kemain persis sasterawan.

Nak dijadikan cerita, sampailah kitorang ke bus stand kecil depan jeti untuk bertanyakan bus. Malangnya bus ke Kuala Terengganu hanya ada pada pukul 8 malam. Gila apa nak tunggu berejam situ. Decide nak naik taxi tapi satu taxi RM80, tak kosser lah jemah2 sekalian. Baik naik bus. Kitorang pon dengan senang hati tunggulah bus dekat satu bus stop nih. Tunggu punya tunggu, bus tak kunjung tiba. Dekat 3 jam juga. Celanat betul, macam tunggu kucing bertanduk. Penat punya penat, bebudak ni terjumpa pulak nombor ‘Perkhidmatan Van’ dekat tepi tiang bus stop. Kental tak kentak lah hati seorang backpacker untuk cari altenatif lain untuk sampai ke destinasi. Kami pon call pakcik nih.



Tak sampai 15 min van sampai, naiklah kami berenam dengan aman dan tiada ragu sebab pakcik ni muka innesen je pulak kekeke. Yang aku kesalkan, kenapalah tak dari awal lagi engkorang jumpa nombor van nih. Kakakaka. Nasib baik ada jalan, time nih aku dah bad mood sbb powerbank aku buat hal, so aku tak amek port sgt berapa jam masa berlalu. Bajet gilaaa.

Adalah 2 jam setengah sampai ke Kuala Terengganu. Sempat juga mintak pakcik van singgah nak beli kopok lekor di Setiu kakaka sempoi pakcik nih. Ikot je karenah kami. Sampai KT dah maghrib,ahh sudah. Tak dapat nak pergi Pasar Payang. Redha dengan ketentuan, kami pon berangkat balik ke tempat masing2. Nak menangis rasa, tapi gagahkan jua. Dalam bus tido je keje aku. Penat nak mamps pulak. Sedar2 dah sampai Kuala Pilah. Dari Kuala Terengganu ke Kuala Pilah, nama je seakan akan kuala tapi jauh dia ada lah dalam 8 jam juga.




So, aku akan terangkan bajet kami ke sana lah dengan rela hati. Sebab penat sangat nak jawap sorang2 punya soalan.

Firstly aku nak bawak bincang pasal total duit yang keluar dulu.

  1. Pakej percutian HBTE : RM 150 (include bilik takde ekon, boat transportation ke pulau pergi balik dan snorkeling) 
  2. Tiket bus : RM44 (Hentian Putra- Kuala Besut) + RM40.20 (Kuala Terengganu-Kuala Pilah). Bus ni depends ke korang lah nak naik dari mana, nanti berhenti di Perhentian Island. 
  3. Makan: RM25 (BBQ satu malam) + RM80 (makan sepanjang percutian).
  4. Souvenir adalah dalam RM50 sebab kedekut. ahaks.

Total habis RM400, kira okay lah tu kan? Murah sangat bajet kitorang kali ni. Bilik tu nasihat aku tak payah lah nak beriya sangat berekon segala sebab banyak buat aktiviti luar so jumpa bilik bila nak tidur je. Tapi kalau korang niat memang betul2 nak ‘honeymoon’, up la sikit bajet kehkeh.

Belanja selfie sikek.


Secondly aku nak bagi tips sikit. Ecewahh, bajet sangat nih.

  1. Baik engko keluarkan duit siap2 sebab nak jumpa bank dekat situ mungkin jauh dari jeti. Dekat pulau tak payah cerita lah, takde ATM.
  2. Lepas tu, tak payah bawak baju banyak sangat sebab satu hari aktiviti kau akan ke laut, so bawak baju nak pakai malam je. Malam pon pergi makan, tak payah lah beriya nak bawak baju ala princess. Takde sape pandang pon.
  3. Sediakan sunblock bagi gigirl sebab cuaca memang terik betul sekarang ni, lagi2 kalau kene air laut masin cepat betul terbakarnya.
  4. Powerbank penting sebab kat sini kau boleh lihat betapa boringnya life kau di malam hari kalau takde penghibur macam tweetfamous dekat twitter. Kaitan?
  5.  Pakai selipar.
  6. Plugs! Ini penting sebab kau bila ramai2 nak charge itu ini lepas tu plug dalam bilik disediakan satu je.  Nanti bergadoh tak jadi pulak vacation engko.
  7. Water resistance bag, sebab atas boat nak snorkeling nanti banjir dengan air so get ready.
  8. Underwear/bras secukupnya pasal kau takde masa nak jemur dan sidai nak buat recycle.
  9. Camera waterproof, kalau kau nak show off dekat stegram takdelah risau sangat sebab kau ade stock gambar bawah laut juga kekeke.
  10. Connection. Orang pulau baik2, kau perlu ada connection sikit je. Lepas tu kau akan rasa pulau tu syurga dunia buat kau. Kakkaka. Ini macam nasib2 je kot. Kau friendly, kau dapat lah.

Bagi penggemar buku, boleh check this out hehe

Dikesempatan ini, aku dengan rendah hati nak memohon maaf kalau ada salah silap selama percutian kita. Rasanya macam takde. Pasal aku jarang buat silap ni. Akkakaka. Joke. Dan berbesar hati nak ucap terima kasih dekat korang semua yang sudi ajak bercuti bersama. Untuk orang pulau juga, korang best walaupon kene ulang cakap beberapa kali baru kitorang pahe. Ekkeke.

Tak lupa juga untuk mak ayah kami yang beri keizinan untuk merantau jauh. Jauh angat hana.
Lastly, nah video kitorang. Enjoy!!




Part 1 : Pulau Perhentian
Part 2 : Pulau Perhentian
Part 3 : Pulau Perhentian

Wednesday, February 12, 2014

Part 3 : Perhentian Island

So part 3 ni aku akan cuba habiskan sampai ke hari balik. Aku cuba k, at least aku cuba. Kehkeh. Bermulalah hari terpenting dalam trip kali ni iaitu hari kedua. Apa yang penting bukan kerjasama tapi hari kami turun laut untuk snorkeling! Bangun tido dalam pukul 9 pagi rasanya, lepas kesejukan yang teramat dan perut yang mula keroncong. Masing2 bersihkan mulut dan tuka pakaian basah, get ready untuk journey pagi tu.  

Dah serupa power rangers kuning dan purple.



Semua muka excited je nih. So kitorang gerak dalam pukul 10.30 pagi ke laut. Memandangkan snorkeling dah termasuk dalam pakej percutian kitorang, dengan lagaknya masuk boat sambil kenyit mata ke abang Man selaku tour guide kita hari tu. Perasaan?  TERUJA NOKTAH

Destinasi pertama kami adalah Turtle beach dimana ia merupakan tempat kami belajar asas untuk snorkel. Kira training centre lah, pasal bila abang guider tanya sape tak pernah snorkeling maka jawaplah gadis2 kepoh sekalian….

‘TAKKKKKKKK’ pastu satu boat gelak. 

Training centre


Adalah dalam 15 minit juga training itu ini. Boleh tahan tersedut juga air masuk mulut bagi yang first timer macam aku nih. Lama lama train, dah relax siap pandai berenang sekali. Kakaka eleh pakai life jacket boleh lah ye dok.

Next, bermulalah snorkeling kitorang bukan cubaan. Tempat pertama kitorang pergi Coral Garden. Di sini kitorang dapat lihat batu karang yang oh mai gaddddddd cantiknyaaaaa. Ikan lalu lalang depan mata bagai tidak kenal erti penyesalan dan obor2 yang tergedik-gedik sini sana menghiasi mata kami.  Tengoklah sendiri keindahan dasar laut ni.
Ini nama dia eksited occayy!

Comelnya ikan aumm aumm.






Lan to dakk pon ade! Dah puas, kami ke destinasi seterusnya iaitu Turtle Point. Dalam memburu penyu ni, fitness betul2 diuji. Masing2 kejar penyu sebab nak pegang dan bergambar bagai. Yang paling best, aku dapat pegang itu penyuuuuu. Kakakaka. Kulit kesat. Diorang ni tinggal di tempat yang tak berapa dalam dan takde batu karang. Clean dan selamat. Jadi turtle point ni boring sikit sebab dapat tengok turtle je, takde benda lain. Yang ada pon mungkinlah dapat tengok mat saleh dan negro menyelam dengan bumper ke kiri dan kanan. Heh!




Seterusnya kami ke Shark Point. Ye, kami berdepan sendiri dengan shark adalah dalam 3 ke 4 ekor. Dalam research aku sebelom ni, (amboi kemain research kau) kabonya baby shark je yang muncul. Aku punya lah bayangkan baby shark tu besar ibu kucing. Rupanya adalah dalam sedepa tangan aku. Akkaka. Sempat juga Nisak buat kelaka dia supaya cepat2 log out media sesial semua. Mana lah tau, arwah pulak kejap lagi kene baham shark. Hakhak. Ini mmg sumpah kelaka aku gelak tersembur air liuq. Orang tengah kecut perut nak turun, dia boleh main gila buat lawak ye.


Dikjie orang paling last naik boat, suka betul dia dengan shark. Siap shark lalu bawah perut dia. Aaa bestnyaaa.




Aku datang dekat dengan shark ingatkan boleh lah buat pegang ke mende, tapi silap besar lah. Shark ni kabonya 50-50 je jinaknya. Abang guider siap bawak panah air untuk get ready kalau anything happen. Ahh bunyi macam scary je kan. Aku dengan jie gigih kejar shark, last2 shark melulu ke arah kami teruih tobat. Aku naik boat bila sumorang dah mcm give up dekat shark point ni. Dah lah kelaparan, kene kejar shark pula. Lagi tambah bangang, boleh aku tersungkur masa nak naik boat sampai jadi perhatian pulak dari boat sebelah. Ahh setan betul. Malu nak mampos.





Bukan aku je jatuh, Dikjie juga dah kene sebelom aku. Dia lagi extreme, nak naik tangga boat boleh tangga boat tertanggal dan mengeluarkan bunyi yang kuat. Kakakaka dia punya merah muka. Jahanam betul lah bila takde skill naik boat dengan aman ni. Tapi bagus juga, ada jugak bahan ketawa atas boat kakaka.

Tudia fisherman village dia kemain cantikkkkk!

Next, kitorang ke Fisherman Village. Di sini kami lunch sebelom gerak ke  next point iaitu Light House. Haa dekat sini paling aku suka sebab coral dia masyaAllah, cantik bebeno. Ada coral yang besar sangat sampai boleh berdiri atas dia dan tetiba ada celahan coral yang terdapat banyak ikan2 berwarna-warni. Sumpah cantik sangat dan malangnya kamera dah kehabisan bateri masa ni. So tak dapat guna waterproof camera. Pandangan dasar light house dia pulak fuhh gaya titanic karam bak kata Fatin Liyana. Ngeri kalau tengok dekat2.


Sebenarnya masa datang ke pulau ni, aku tertanya-tanya jugak. Kerajaan negeri ada supply electricity ke pulau ni ke tidak, bila disiasat rupanya takde. Yelah sedia maklum underground cable mahal pulak kalau nak tarik dari darat malahan boleh jejaskan batu karang yang ada. So dekat pulau tu guna generator je. No wonder lah life dekat pulau ni hard and tough kalau takde keperluan asas macam elektrik dan air. Aku nak kaitkan dengan cable light house je sebenarnya. Masa menyelam tengok sekeliling, nampak jugaklah cable panjang menjela menghala ke tempat penginapan kami.  Perasaan aku macam oh mai gaddd, self service je semua kat pulau ni.

Belakang tu sekolah.

Dekat fisherman village pon macam kawasan perkampungan yang cukup serba serbi aku peratikan. Ada sekolah, ada balai polis, dan balai bomba. Sekolah? Ye, ade kengkawan. Sekolah kebangsaan. Aku perati bebudak situ relax je pergi sini sane tak pakai selipar dan naik basikal. Pakcik bermotor 3 roda pon ada hokayyy. Terkejut juga. Tapi makanan dia boleh lah makan. Lagi2 lassy mango. Lassy tu macam ice blended. Kenapa panggil lassy entah.


Tudiaaaa Romantic Beach


Jadi destinasi kami yang terakhir adalah ke Romantic Beach. Tengok sekali memang romentik sungguh. Dalam kepala asyik terbayang tengah romentik habis dengan bakal husbeng. Tapi yang pelik tak nampak pulak muka husbeng tu macammana hahaha. Kami sampai petang, so terik dia memang membakar jiwa.  Bakar muka jangan cerita lah. Dah sunburn habis ni. Puas bergambar sakan, aku swim kejap ke laut. Katanya ada nemo tapi tak jumpa pon. Dalam pukul 5 petang kitorang gerak balik chalet. Fuhh what a day and what a long long storyyyy!





Perasaan lepas snorkeling? PENAT DAN PUAS. KALAU BOLEH NAK LAGI DAN LAGI. 





Okay sikit lagi sikit lagi. Malam kedua kami ada BBQ. Lepas makan pusing2 pantai, berangan sikit2 acah jiwang dan seterusnya balik bilik. Jalan jalan pusing pantai sambil bincangkan masa depan kalah Anwar berbincang dengan Mahathir. Lepas tu nak jugak aku cerita kat sana ada sekor kucing hitam ni. Dia punya suara macam tertelan batu karang, punya menakutkan. Tapi bila aku ajak naik atas kerusi, amboi teruih tido atas riba. Kemain seronok engko ye. Agak agak boring berborak sambil main kucing, aku main pasir pulak. Ahh what a night. Main pasir dan pandang ke depan. Kakaka.


Macam kene sambung part 4 je ni? Ahhh lecehh lahhhhh jadi seorang hana, pesen pandai elaborate cerita ni kahkahkah. Okay part 4 aku akan cerita detail pasal pakej kitorang dan cerita kandas kitorang kat Kuala Besut. Stay tuned! Terima kasih sudi baca :D