Tabung

Wednesday, February 12, 2014

Part 3 : Perhentian Island

So part 3 ni aku akan cuba habiskan sampai ke hari balik. Aku cuba k, at least aku cuba. Kehkeh. Bermulalah hari terpenting dalam trip kali ni iaitu hari kedua. Apa yang penting bukan kerjasama tapi hari kami turun laut untuk snorkeling! Bangun tido dalam pukul 9 pagi rasanya, lepas kesejukan yang teramat dan perut yang mula keroncong. Masing2 bersihkan mulut dan tuka pakaian basah, get ready untuk journey pagi tu.  

Dah serupa power rangers kuning dan purple.



Semua muka excited je nih. So kitorang gerak dalam pukul 10.30 pagi ke laut. Memandangkan snorkeling dah termasuk dalam pakej percutian kitorang, dengan lagaknya masuk boat sambil kenyit mata ke abang Man selaku tour guide kita hari tu. Perasaan?  TERUJA NOKTAH

Destinasi pertama kami adalah Turtle beach dimana ia merupakan tempat kami belajar asas untuk snorkel. Kira training centre lah, pasal bila abang guider tanya sape tak pernah snorkeling maka jawaplah gadis2 kepoh sekalian….

‘TAKKKKKKKK’ pastu satu boat gelak. 

Training centre


Adalah dalam 15 minit juga training itu ini. Boleh tahan tersedut juga air masuk mulut bagi yang first timer macam aku nih. Lama lama train, dah relax siap pandai berenang sekali. Kakaka eleh pakai life jacket boleh lah ye dok.

Next, bermulalah snorkeling kitorang bukan cubaan. Tempat pertama kitorang pergi Coral Garden. Di sini kitorang dapat lihat batu karang yang oh mai gaddddddd cantiknyaaaaa. Ikan lalu lalang depan mata bagai tidak kenal erti penyesalan dan obor2 yang tergedik-gedik sini sana menghiasi mata kami.  Tengoklah sendiri keindahan dasar laut ni.
Ini nama dia eksited occayy!

Comelnya ikan aumm aumm.






Lan to dakk pon ade! Dah puas, kami ke destinasi seterusnya iaitu Turtle Point. Dalam memburu penyu ni, fitness betul2 diuji. Masing2 kejar penyu sebab nak pegang dan bergambar bagai. Yang paling best, aku dapat pegang itu penyuuuuu. Kakakaka. Kulit kesat. Diorang ni tinggal di tempat yang tak berapa dalam dan takde batu karang. Clean dan selamat. Jadi turtle point ni boring sikit sebab dapat tengok turtle je, takde benda lain. Yang ada pon mungkinlah dapat tengok mat saleh dan negro menyelam dengan bumper ke kiri dan kanan. Heh!




Seterusnya kami ke Shark Point. Ye, kami berdepan sendiri dengan shark adalah dalam 3 ke 4 ekor. Dalam research aku sebelom ni, (amboi kemain research kau) kabonya baby shark je yang muncul. Aku punya lah bayangkan baby shark tu besar ibu kucing. Rupanya adalah dalam sedepa tangan aku. Akkaka. Sempat juga Nisak buat kelaka dia supaya cepat2 log out media sesial semua. Mana lah tau, arwah pulak kejap lagi kene baham shark. Hakhak. Ini mmg sumpah kelaka aku gelak tersembur air liuq. Orang tengah kecut perut nak turun, dia boleh main gila buat lawak ye.


Dikjie orang paling last naik boat, suka betul dia dengan shark. Siap shark lalu bawah perut dia. Aaa bestnyaaa.




Aku datang dekat dengan shark ingatkan boleh lah buat pegang ke mende, tapi silap besar lah. Shark ni kabonya 50-50 je jinaknya. Abang guider siap bawak panah air untuk get ready kalau anything happen. Ahh bunyi macam scary je kan. Aku dengan jie gigih kejar shark, last2 shark melulu ke arah kami teruih tobat. Aku naik boat bila sumorang dah mcm give up dekat shark point ni. Dah lah kelaparan, kene kejar shark pula. Lagi tambah bangang, boleh aku tersungkur masa nak naik boat sampai jadi perhatian pulak dari boat sebelah. Ahh setan betul. Malu nak mampos.





Bukan aku je jatuh, Dikjie juga dah kene sebelom aku. Dia lagi extreme, nak naik tangga boat boleh tangga boat tertanggal dan mengeluarkan bunyi yang kuat. Kakakaka dia punya merah muka. Jahanam betul lah bila takde skill naik boat dengan aman ni. Tapi bagus juga, ada jugak bahan ketawa atas boat kakaka.

Tudia fisherman village dia kemain cantikkkkk!

Next, kitorang ke Fisherman Village. Di sini kami lunch sebelom gerak ke  next point iaitu Light House. Haa dekat sini paling aku suka sebab coral dia masyaAllah, cantik bebeno. Ada coral yang besar sangat sampai boleh berdiri atas dia dan tetiba ada celahan coral yang terdapat banyak ikan2 berwarna-warni. Sumpah cantik sangat dan malangnya kamera dah kehabisan bateri masa ni. So tak dapat guna waterproof camera. Pandangan dasar light house dia pulak fuhh gaya titanic karam bak kata Fatin Liyana. Ngeri kalau tengok dekat2.


Sebenarnya masa datang ke pulau ni, aku tertanya-tanya jugak. Kerajaan negeri ada supply electricity ke pulau ni ke tidak, bila disiasat rupanya takde. Yelah sedia maklum underground cable mahal pulak kalau nak tarik dari darat malahan boleh jejaskan batu karang yang ada. So dekat pulau tu guna generator je. No wonder lah life dekat pulau ni hard and tough kalau takde keperluan asas macam elektrik dan air. Aku nak kaitkan dengan cable light house je sebenarnya. Masa menyelam tengok sekeliling, nampak jugaklah cable panjang menjela menghala ke tempat penginapan kami.  Perasaan aku macam oh mai gaddd, self service je semua kat pulau ni.

Belakang tu sekolah.

Dekat fisherman village pon macam kawasan perkampungan yang cukup serba serbi aku peratikan. Ada sekolah, ada balai polis, dan balai bomba. Sekolah? Ye, ade kengkawan. Sekolah kebangsaan. Aku perati bebudak situ relax je pergi sini sane tak pakai selipar dan naik basikal. Pakcik bermotor 3 roda pon ada hokayyy. Terkejut juga. Tapi makanan dia boleh lah makan. Lagi2 lassy mango. Lassy tu macam ice blended. Kenapa panggil lassy entah.


Tudiaaaa Romantic Beach


Jadi destinasi kami yang terakhir adalah ke Romantic Beach. Tengok sekali memang romentik sungguh. Dalam kepala asyik terbayang tengah romentik habis dengan bakal husbeng. Tapi yang pelik tak nampak pulak muka husbeng tu macammana hahaha. Kami sampai petang, so terik dia memang membakar jiwa.  Bakar muka jangan cerita lah. Dah sunburn habis ni. Puas bergambar sakan, aku swim kejap ke laut. Katanya ada nemo tapi tak jumpa pon. Dalam pukul 5 petang kitorang gerak balik chalet. Fuhh what a day and what a long long storyyyy!





Perasaan lepas snorkeling? PENAT DAN PUAS. KALAU BOLEH NAK LAGI DAN LAGI. 





Okay sikit lagi sikit lagi. Malam kedua kami ada BBQ. Lepas makan pusing2 pantai, berangan sikit2 acah jiwang dan seterusnya balik bilik. Jalan jalan pusing pantai sambil bincangkan masa depan kalah Anwar berbincang dengan Mahathir. Lepas tu nak jugak aku cerita kat sana ada sekor kucing hitam ni. Dia punya suara macam tertelan batu karang, punya menakutkan. Tapi bila aku ajak naik atas kerusi, amboi teruih tido atas riba. Kemain seronok engko ye. Agak agak boring berborak sambil main kucing, aku main pasir pulak. Ahh what a night. Main pasir dan pandang ke depan. Kakaka.


Macam kene sambung part 4 je ni? Ahhh lecehh lahhhhh jadi seorang hana, pesen pandai elaborate cerita ni kahkahkah. Okay part 4 aku akan cerita detail pasal pakej kitorang dan cerita kandas kitorang kat Kuala Besut. Stay tuned! Terima kasih sudi baca :D

3 comments:

Anonymous said...

I love you

Diba Syaza said...

weh, kat mane korang stay ni?

Anonymous said...

hi hana,
awk pakai camera ape ms shoot dlm air?
sj4000 ke...sumpah lawa!