So part 3 ni aku akan cuba habiskan sampai ke hari balik. Aku
cuba k, at least aku cuba. Kehkeh. Bermulalah hari terpenting dalam trip kali
ni iaitu hari kedua. Apa yang penting bukan kerjasama tapi hari kami turun laut
untuk snorkeling! Bangun tido dalam pukul 9 pagi rasanya, lepas kesejukan yang
teramat dan perut yang mula keroncong. Masing2 bersihkan mulut dan tuka pakaian
basah, get ready untuk journey pagi tu.
Dah serupa power rangers kuning dan purple. |
Semua muka excited je nih. So kitorang gerak dalam pukul
10.30 pagi ke laut. Memandangkan snorkeling dah termasuk dalam pakej percutian
kitorang, dengan lagaknya masuk boat sambil kenyit mata ke abang Man selaku
tour guide kita hari tu. Perasaan? TERUJA
NOKTAH
Destinasi pertama kami adalah
Turtle beach dimana ia merupakan tempat kami belajar asas untuk snorkel. Kira
training centre lah, pasal bila abang guider tanya sape tak pernah snorkeling maka
jawaplah gadis2 kepoh sekalian….
‘TAKKKKKKKK’ pastu satu boat
gelak.
Training centre |
Adalah
dalam 15 minit juga training itu ini. Boleh tahan tersedut juga air masuk mulut
bagi yang first timer macam aku nih. Lama lama train, dah relax siap pandai
berenang sekali. Kakaka eleh pakai life jacket boleh lah ye dok.
Next,
bermulalah snorkeling kitorang bukan cubaan. Tempat pertama kitorang pergi
Coral Garden. Di sini kitorang dapat lihat batu karang yang oh mai gaddddddd
cantiknyaaaaa. Ikan lalu lalang depan mata bagai tidak kenal erti penyesalan
dan obor2 yang tergedik-gedik sini sana menghiasi mata kami. Tengoklah sendiri keindahan dasar laut ni.
Comelnya ikan aumm aumm. |
Lan
to dakk pon ade! Dah puas, kami ke destinasi seterusnya iaitu Turtle Point. Dalam
memburu penyu ni, fitness betul2 diuji. Masing2 kejar penyu sebab nak pegang
dan bergambar bagai. Yang paling best, aku dapat pegang itu penyuuuuu. Kakakaka.
Kulit kesat. Diorang ni tinggal di tempat yang tak berapa dalam dan takde batu
karang. Clean dan selamat. Jadi turtle point ni boring sikit sebab dapat tengok
turtle je, takde benda lain. Yang ada pon mungkinlah dapat tengok mat saleh dan
negro menyelam dengan bumper ke kiri dan kanan. Heh!
Seterusnya kami ke Shark Point. Ye, kami berdepan sendiri
dengan shark adalah dalam 3 ke 4 ekor. Dalam research aku sebelom ni, (amboi
kemain research kau) kabonya baby shark je yang muncul. Aku punya lah bayangkan baby shark tu besar ibu kucing. Rupanya adalah dalam sedepa tangan aku. Akkaka. Sempat juga Nisak buat
kelaka dia supaya cepat2 log out media sesial semua. Mana lah tau, arwah pulak
kejap lagi kene baham shark. Hakhak. Ini mmg sumpah kelaka aku gelak tersembur
air liuq. Orang tengah kecut perut nak turun, dia boleh main gila buat lawak
ye.
Dikjie orang paling last naik boat, suka betul dia dengan shark. Siap shark lalu bawah perut dia. Aaa bestnyaaa.
Aku datang
dekat dengan shark ingatkan boleh lah buat pegang ke mende, tapi silap besar lah.
Shark ni kabonya 50-50 je jinaknya. Abang guider siap bawak panah air untuk get
ready kalau anything happen. Ahh bunyi macam scary je kan. Aku dengan jie gigih
kejar shark, last2 shark melulu ke arah kami teruih tobat. Aku naik boat bila
sumorang dah mcm give up dekat shark point ni. Dah lah kelaparan, kene kejar
shark pula. Lagi tambah bangang, boleh aku tersungkur masa nak naik boat sampai
jadi perhatian pulak dari boat sebelah. Ahh setan betul. Malu nak mampos.
Bukan
aku je jatuh, Dikjie juga dah kene sebelom aku. Dia lagi extreme, nak naik
tangga boat boleh tangga boat tertanggal dan mengeluarkan bunyi yang kuat. Kakakaka
dia punya merah muka. Jahanam betul lah bila takde skill naik boat dengan aman
ni. Tapi bagus juga, ada jugak bahan ketawa atas boat kakaka.
Tudia fisherman village dia kemain cantikkkkk! |
Next,
kitorang ke Fisherman Village. Di sini kami lunch sebelom gerak ke next point iaitu Light House. Haa dekat sini
paling aku suka sebab coral dia masyaAllah, cantik bebeno. Ada coral yang besar
sangat sampai boleh berdiri atas dia dan tetiba ada celahan coral yang terdapat
banyak ikan2 berwarna-warni. Sumpah cantik sangat dan malangnya kamera dah
kehabisan bateri masa ni. So tak dapat guna waterproof camera. Pandangan dasar
light house dia pulak fuhh gaya titanic karam bak kata Fatin Liyana. Ngeri kalau
tengok dekat2.
Sebenarnya
masa datang ke pulau ni, aku tertanya-tanya jugak. Kerajaan negeri ada supply
electricity ke pulau ni ke tidak, bila disiasat rupanya takde. Yelah sedia
maklum underground cable mahal pulak kalau nak tarik dari darat malahan boleh
jejaskan batu karang yang ada. So dekat pulau tu guna generator je. No wonder
lah life dekat pulau ni hard and tough kalau takde keperluan asas macam
elektrik dan air. Aku nak kaitkan dengan cable light house je sebenarnya. Masa menyelam
tengok sekeliling, nampak jugaklah cable panjang menjela menghala ke tempat
penginapan kami. Perasaan aku macam oh
mai gaddd, self service je semua kat pulau ni.
Belakang tu sekolah. |
Dekat
fisherman village pon macam kawasan perkampungan yang cukup serba serbi aku
peratikan. Ada sekolah, ada balai polis, dan balai bomba. Sekolah? Ye, ade
kengkawan. Sekolah kebangsaan. Aku perati bebudak situ relax je pergi sini sane
tak pakai selipar dan naik basikal. Pakcik bermotor 3 roda pon ada hokayyy. Terkejut
juga. Tapi makanan dia boleh lah makan. Lagi2 lassy mango. Lassy tu macam ice
blended. Kenapa panggil lassy entah.
Tudiaaaa Romantic Beach |
Jadi
destinasi kami yang terakhir adalah ke Romantic Beach. Tengok sekali memang
romentik sungguh. Dalam kepala asyik terbayang tengah romentik habis dengan
bakal husbeng. Tapi yang pelik tak nampak pulak muka husbeng tu macammana
hahaha. Kami sampai petang, so terik dia memang membakar jiwa. Bakar muka jangan cerita lah. Dah sunburn
habis ni. Puas bergambar sakan, aku swim kejap ke laut. Katanya ada nemo tapi
tak jumpa pon. Dalam pukul 5 petang kitorang gerak balik chalet. Fuhh what a
day and what a long long storyyyy!
Okay
sikit lagi sikit lagi. Malam kedua kami ada BBQ. Lepas makan pusing2 pantai, berangan
sikit2 acah jiwang dan seterusnya balik bilik. Jalan jalan pusing pantai sambil
bincangkan masa depan kalah Anwar berbincang dengan Mahathir. Lepas tu
nak jugak aku cerita kat sana ada sekor kucing hitam ni. Dia punya suara macam
tertelan batu karang, punya menakutkan. Tapi bila aku ajak naik atas
kerusi, amboi teruih tido atas riba. Kemain seronok engko ye. Agak agak boring
berborak sambil main kucing, aku main pasir pulak. Ahh what a night. Main pasir
dan pandang ke depan. Kakaka.
Macam
kene sambung part 4 je ni? Ahhh lecehh lahhhhh jadi seorang hana, pesen pandai elaborate cerita
ni kahkahkah. Okay part 4 aku akan cerita detail pasal pakej kitorang dan
cerita kandas kitorang kat Kuala Besut. Stay tuned! Terima kasih sudi baca :D
3 comments:
I love you
weh, kat mane korang stay ni?
hi hana,
awk pakai camera ape ms shoot dlm air?
sj4000 ke...sumpah lawa!
Post a Comment