Berbalik pada part 1, tak ada apa2 berlaku masa makan tengahhari kami. Semuanya baik2 belaka. Kakaka. Nampak di situ, sandwich dia ohmaigaddddd menyelerakan!
Nak pergi Long Beach kena jungle tracking sikit, berpeluh juga lah nak redah hutan. Tapi berbaloi pasal dia punya pantai masyaAllahhhhh. Memang dekat sana ingat Tuhan je. Tengok kanan, gunung ganang. Tengok kiri batu batuan, tengok depan masyaAllah laut terbentang luas dengan kejernihan air yang sangat sangat cantik. Allahhhh tak tau nak kabo mende lagi. Serius aku rasa terpaku dengan pandangan mata aku tika tu.
Jungle tracking sangat ni kakna anyonyonyo |
Maka, tak terlepaslah dek kami peluang untuk bergambar
kenangan dengan pantai yang cukup huummmmppp ni! Bergambar satu hal, menjerit
satu hal. Engko bayangkan lah dekat laut tu kitorang je yang ada. Mana tak
hiruk pikuk jadinya. Pasal tak ramai orang, boleh la buat gila sikit. Tapi pelik
jugak, tak ramai yang ada dekat pulau ni. Sunyi je.
Wonderful Island with Beautiful Girlfriends. |
Macam macam aksi. Macam macam ragam! Bhahhahaha yang paling
best tak rasa muak pon berendam dalam air ni!! Adalah dalam 3 jam juga
berendam, rasa2 dah puas bergambar kami teruskan aktiviti tengok sunset pulak. Aktiviti
ni aku paling suka sebab banyak juga gambar menarik dapat dihasilkan. Misalnya gambar
di bawah.
Setiap
orang ada impian yang perlu dilaksanakan sebelom matahari tenggelam. Sumorang
dah termakbul impian kecuali yang sorang ni. Dia nak buat L.O.V.E guna anggota
badan tapi malangnya semua takde idea macammana nak bagi flawless kakaka. Yang sorang
ni pulak impian dia nak bersama yang tersayang dekat pulau perhentian ni, haa
itu kitorang tak dapat tolong lah. Nak terbangkan kekasih hati lepaih tu nak
landing mana? Dalam laut? Kakaka. Impian paling smart impian Poepoe lah. Kene lah
dengan life dia masuk study awal dari sumorang. KAHKAHKAH. Penat dah bahan poe.
Maaf ye.
Ommmgedik gedikk. Bunyi katak, |
Okay next, balik ke chalet dan
bermulalah aktiviti malam kitorang. Makan time!!! Tak silap aku makan mee hun
sup masa ni. Engko jangan terkejut, semangkuk mee hun sup biasa boleh dapat
RM4.00 kali ni dua kali ganda punya rege iaitu RM8.00. Tapi aku relax je, pasal
dah kebuloq sangat. Nak makan nasi memang tak lah, takot besok takde tenaga nak
snorkeling. Eh macam pelik kan? Aku mmg pesen gini. Prestasi hari aku akan
merudum kalau ambil nasi belah malam. Aku dah mula kenal diri sendiri sikit2.
Otw balik ke chalet, rempuh beberapa chalet lain. |
Gambar ni sumpah style, korang rasa tak apa aku rasa? |
Bebudak lain selamber makan nasi,
ada yang makan pancake dengan coklat. Very the amerika kakaka. Borak borak
malam dikala angin sepoi sepoi bahasa menampar muka, oh indahnya. Sedar sedar,
air laut pasang naik ke kaki kerusi. Hamek kau, nak sangat romentik. Romentik boleh
tenggelam dalam air kalau lama lama duduk port kami tu. Selesai makan malam, kami sambung
menjemah. Biasalah, isu isu semasa dibualkan. Dan jenuh juga nak update
followers dekat instagram gambo petang tadi kakakaka. Kalau dah perempuan, celah
mana lagi engko tak paham?
Kami masuk tido awal malam tu. Maklumlah, kepenatan. Ahh penat
betul nak buat alasan kepenatan ni. Tipu lah penat. Sebenarnya kami dah kering
idea nak buat ape tepi laut selain bersembang dan karaoke. Kalau nak diikutkan,
malam malam ade show time dekat Long Beach, tapi tempat tu tak hidup lagi masa
kitorang sampai. Mungkin pertengahan tahun baru nak hidup kembali kata guider kitorang.
Kalau Long Beach tu hidup, haaaa engko tak nampak dah aku dalam gambo di bawah. Kehkeh.
Dengar kabo di Long Beach ade pub dan show time mcm abang api
jadah tu semua. Yang pub tu kita tak masuk lah. Lagi tambahan kalau tempat tu
hidup, mat saleh kemabukan berleseran tepi pantai. Syukur lah timing kitorang
pergi ni bersesuaian dengan imej memasing. Ecewahhh. Ahaks.
Nak cerita jugak pasal bilik kami, disebabkan kitorang ambil
pakej murah (sesuai lah untuk student) so bilik tak hado ekon. Yang ade kipas
dan kelambu. Jangan kau tak tau nyamok pon boleh sesat sampai ke pulau. So
berkelampu lah kitorang malam tu. Nasib baik sejuk aman damai je. Kalau tidak,
bawak gadoh juga atas katil tu macam cacing kepanasan. Owh lupa nak kabo,
kitorang ambil 2 bilik.
Aku terfikir nak habiskan part 2 ni sampai hari ketiga, tapi
malangnya aku tak suka entri panjang menjela. So tunggulah part seterusnya ye. Kakakka.
Bye
Part 1 : Pulau Perhantian
Part 3 : Pulau Perhentian
Part 1 : Pulau Perhantian
Part 3 : Pulau Perhentian
2 comments:
Best... kenapa Bro xpernah rasa pengalaman begini...
Nampak sangat x ramai kawan sewaktu belajar dulu kan....
sumpah ko cantik dan kurus!
Post a Comment