Tabung

Friday, September 23, 2011

Akhirnya, Kereta Idaman!


alhamdulilah. akhirnya jumpe jugak kereta idaman wa. fuhh. susah taw nak cari... tanpa perlu ke kedai kerata. owh kerata idaman.. 


kereta.....
merupakan satu keperluan.. bukan lagi kehendak. hidup sebagai seorang pelajar utem, memang memerlukan KENDERAAN. ye, kendaraan. tak kiralah motor, kereta mahupon basikal. sangat berguna... setelah berfikir panjang, mak benarkan wa bawa kereta untuk teruskan hidup di perantauan ni.... *perantau la sangat kau! alhamdulilahh. syukur ayah n mak dah bagi keizinan ni. kalau nak cerita keperitan wa menunggu bus, boleh. tapi masalahnya, engkorang nak baca ke? takde maknenyer kan? haha. wa taknak la cerita nanti you ol tacing~

kereta + pooh sticker = awesome! 

inilah idaman wa... kereta apaponlah, myvi, viva, vios... yang menjadi kegilaan remaja comel zaman sekarang adalah tampal2 sticker pooh bajet hot hot kejadahnya tu! *statement mengarot. ok. maaf, wa sorang je gile pooh kot!! wa tampilkan, satu2 nya gambar wa dengan kereta idaman yang kini milik wa! HAHAHHAHHAHA. *gelak bangge



tak sangka lah! wa jumpe jugak kereta idaman ni. tu yang boleh show off dengan engkorang...... apahal? korang jeles? hahahha. ok2 mcam tak logik pulak tiba2 wa dapat kereta sebijik. sape nak bagi?. wa memang nak bawak kereta dah, tapi bukan kereta yang ini.. ni wa pinjam je tuk bergambar... jgn la mara! hihi. 

tah sape punya kereta wa cilok nak bergambar sama. thnx ye kak. kereta awak buat saye teruja dan terus nak bergambar same. jgn marah ye amek gambar tanpa izin.. hihi.awak memang cool sebab giler POOH jugak macam saye! kalau awak terbaca post ni, saye nak awak tau yang saye dah jatuh cinta dengan POOH car awak!  saye harap saye dapat jumpa awak depan2 tak kisah la sape pon awak.. ( hrap2 pelajar utem la :P ) 

kalau rasa tak cun, tu masalah korang, wa tak kisah pon pandangan engkorang. haha ok bai

p/s: jumpa kat mcd ayer keroh tadi dan terus teruja sampai meleleh air liur. lovely car!! wa nak jugakkkkkkkk! -.-

Monday, September 19, 2011

Minggu ke 3 : Hias Meja


meja alas baru. book stand ala miaw :D
simple in pink

kasi semangat sikit nak balajo. jom! 


Friday, September 16, 2011

6 Tahun Punya Rindu

Santai here. :D 
just a diary to create on. tak mengharapkan pon orang nak baca. yelah, wa bukan femes macam Irine Nadia, Yuyu Zulaikha, Hanis Zalikha and so so on. wa cuma winna shinta je. cerita ni hanya untuk dibaca sendiri again n again. 


6 Tahun tak jejakkan kaki ke pasir pantai. owh, rindunyaa. nak main pasir pantai dan melihat keindahan laut. sejak 2006 if i am not mistaken, tsunami paling teruk yang melibatkan Malaysia. ya, utara malaysia. sejak tu, memang fobia nak ke laut dah. mak pon dah tak bawak picnic at the beach. how pity i am. i lost a few years to play around the beach and build some castle sand, wearing baju tidur with no hair cover and making new friends on the same age bila tga bosan2 main air laut, observe the nelayans on the boat from the beach and main tidur2 waiting for the ombak untuk pukul badan kita. owhh it was all happen during my childhood. tapi tak lama, keindahan zaman kanak-kanak bermain di tepi pantai tu hilang lepas kejadian tersebut. mak dah taknak bawak kami bermandi manda kat mana2 pantai lagi. BUT IT'S OK. i knew the best from her. i knew she is always worried about us. and i dont blame on her, never! sbb dah lama tak ke laut la, wa putih sampai sekarang. (any motive there :P? )
i love u mum. hihi


gambar ni diambil seminggu selepas sah wa jadi warganegara UTeM. ( 11 september) wa join ayah with his school event. sambil nyelam, minum air. wa beranikan diri ke tepi laut, niat di hati nak main cuci2 kaki but totally disable. wa dan family kene fly via our only gen2 ke rumah for preparing my things yang tak sempat packing tu. haha. baru je habis orientasi kot. bawak baju for a week only. so terpaksa balik rumah la.


so bila dah jumpa pantai ni, agak terencat la jadinyaaa. hihi. layankan ajo.
ni hari ahad pagi, after breakfast. program dengan guru2 Tampin. tak join sangat aktiviti sebab lambat sampai. kereta ayah buat hal.


that's all. takpayah nak selenge sangat la kan~ bye nak layan fb pulak

Thursday, September 15, 2011

Sepanjang Minggu Haluan Siswa UTeM Kemasukan Ijazah 2011

salam semua
Alhamdulillah. akhirnyaaaa. bermula jugak kuliah yang aku tunggu lebih 4 bulan dulu. setelah perit getir ber'minggu haluan siswa', lepas jugak lah seksa tuh. hahahha. aishh. bukan la mhs ni kne dera ke hape. just seksa bila nak tunggu turn bus. nak buat mcm mana kan, ni la namanya dugaan. kalau tak susah bukan kesabaran la yang kita dapat. kenapa pulak nak kena tunggu turn bus, meh aku story sikit. UTeM adalah antara universiti yang baru ditubuhkan iaitu lebih kurang 11 tahun yang lepas. jadi kolej kediaman rasmi di kampus induk masih belum siap sepenuhnya, maka itu, pihak UTeM telah menyediakan rumah sewa untuk pelajar tahun 1 dan 2. memang bersepah la kan dari main campus. so, sebab tu perkhidmatan bus tu adalah penting dan boleh buatkan kita menangis bila tak hade bus.

..................

bermula dari hari pendaftaran... (4sept)
segalanya JUST FINE. sebabnya, sangat professional la kan. serahkan apa2 yang mereka perlukan, just ikot flow dewan tu. senang je dan pantas. 

pukul 5 dah get ready kat bawah bangunan hostel, owh ye.. wa dapat kolej kediaman TTU3, sangat dekat dengan kampus industri. tapi nak ke kampus induk, 20 minit jugak laa. makan disediakan sepanjang 6 hari MHS. seronok ok!~ malam dah start MHS. taklimat dan pembahagian kumpulan. group 94, anyone? hhaha. wa tak sempat nak kenal2 mintak fb sume la. LDK (latihan dalam kumpulan) bnyk di skip.

...................

5sept...
aluan dari penolong naib canceler. baru ceramah pertama, ada yang lantang bersuara kan tentang akreditasi kos baru iaitu fakulti teknologi kejuruteraan. wa ingtkan wa sorang je yang pernah rasa tak puas hati tntang ni.. tapi rupanya, ramai lagi.. tapi wa dah tau lah knapa kos ni belum dikreditasi. sebabnya belum ada yang graduate lagi. kalau nak tau lebih lanjut, boleh la cri mana2 sumber k. dulu pon wa ade cerita pasal ni. ceramah2 then malam ada sesi bersama MPP (majlis perwakilan pelajar). terbaik la jugak, kenal dengan MPP, tapi tak hingat sangat lah muke2 nyer. haha. 

.....................

6sept
perasmian minggu haluan siswa. YB yang datang adalah Dato' Saifuddin Abdullah. wa niat memang taknak denga lah ceramah dia sebab wa dah ngantuk giler babeng kot. sebelum tu ade ceramah holistik pelajar lah hape kebendanyalah!~ tapi dato was too sempoi la wa bagitau u all. wa lupakan niat nak membute. tekun mendengar. memang seronok. dia bercakap dan melontar idea. 

....................

8 sept
hari bersama fakulti, baru la dapat jumpa kawan2 yang 1 kos dengan wa. yang tak boleh blaaa, ade sorang mmber wa ni, kenal pon dekat group utem laa. kat facebook mmg rancak giler berborak sebelum melangkah ke UTeM sampai lupa nak tanya dapat kolej kediaman mana bila dah masuk sini. cuba lah bayangkan, last2 jadi housemate sendiri kot padahal hari khamis tu baru tau yang su adalah housemate wa dan jugak coursemate~. dem. daftar subject jugak time ni. 1st time jumpa coursemates. 

....................

9sept
pagi senamrobik dan pengenalan kepada kompleks sukan UTeM. wa teruja sebab ade turf hoki beb. kembang bulu ketiak wa bangga punya pasal.
malam kebudayaan. ok, tak banyak nak cerita sebab wa tertido kot.

..............

DAN BLA BLA BLA. hahha. ekceli wa tak hingat sangat la susunan program tu.  banyak lagi bende lain yang wa nak ingat. ceramah memang banyak. ceramah tatatertib, salahgunaan dadah, permakaian mahasiswa/i, ceramah agama dan lain2. yang paling wa tersentuh ialah time ceramah pengalahgunaan dadah. berkesan la jugak pihak sana(idontknowwhattheycallthem) sediakan video2 yang real seorang penagih dan hisap gam berkomunikasi. sangat takot kalau ahli keluarga kita ada yang terjebak. terr. nak nangis jugak la tgk video tu sbb terbayangkan mereka adalah family kita. subhanallah, mintak jauhh.

komen sepanjang MHS? semua nya ok je. part nak tunggu bus tu je lah. kne bersabar sikit. fasilitator? ok ja, tak hade la orientasi macam sekolah dulu. salah sikit terus nak menghukum, tak ade la mcm tu bila dah kat u. everything was fine. tak ada apa yang nak ditakotkan. just relax, and follow the flow. yang tak datang MHS sangat rugi kot. be positive, insyaAllah ok kot.
alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. tak ade masalah, dipermudahkan segalanya. :) 

wa story panjang2 ni bukan ape.. ni sebagai satu cerita yang boleh dikongsi bersama dengan pelajar2 baru yang akan ke UTeM. dunia sekarang dah maju beb. nak tau ape je, smua hujung cari. guna tenagaa je. macam wa buat dulu, sangat mengharapkan senior2 akan bercerita kat blog sepanjang MHS. tapi agak hampa sebab yang bercerita dan tersenarai dlm pilihan google tak ramai. so wa tak dapat maklumat mcmmana sebenarnya hala tuju MHS ni supaya senang nak buat preparation. so bagi wa, kalau wa dah tolong publish cerita MHS yang wa dah alami, mungkin la dpt membantu junior2 yang akan masuk ke UTeM ni. insyaAllah. moga manfaat tuk semua :)



Jom usha jap gambar2 yang wa sempat snap

suasana lepas solat berjemaah di masjid UTeM. berebut jugak nak naik bus.


my roommates and fairus, ex-schoolmate. skodeng la blazer tu..
besar kot. but smart la. haha

i have the option. to kill everyone there or to shit the camera. i chose to shit this cam  -.-
taken at 12 to 1 a.m while waiting the bus.

this is my housemate. please contact them if u want to stalk me by. haha. 

she is my best friend. from we were on thirteen until now..
dari sekolah same2  lap hingus.
then in matrik, sama2 layan muvie.
n now together will be graduate on the same place

this is me of cos. 

my best hockeymate. hope dapat main untuk fakulti dan UTeM :DD


tak banyak gambar la beb. gambar SS je banyak. oklah tu kan. hihi. enjoy everybody. good luck :)



Saturday, September 3, 2011

Secebis Doa Sebelum Melangkah ke UTeM



Salam sayang. Penat beraya dan packing barang. aishh. Macam esok tak ada ape2 lak. Packing pon ala kadar je. td duk penat raya dengan kawan2 kampung. Selesai je sesi pendaftaran besok, secara rasminya, aku adalah PELAJAR TAHUN PERTAMA UTEM. esok la, skrang belum lagi. cuma nak luahkan perasaan je kat sini. sumpah macam2 rasa dalam hati ni. takot? happy? exsaited? ngeri? 

Moga dipermudahkan segala urusan. 4SEPT2011. Bakal mencatat sejarah tersendiri buat diri sendiri dengan hadirnya seorang gadis sadis ala cekedis ke pengajian seterusnya. Dah boleh pasang niat betul2 nak graduate dgn cemerlang. InsyaAllah. Semoga ditabahkan hati Hana Zainal sepanjang pengajian :D amin amin

Ya Allah, permudahkan aku dan rakan2 yang lain. moga tak berlaku insiden yang tak dirancang mahupon tak diminta. berikan kami kekuatan dan ketabahan sepanjang perjalanan kami menuntut ilmuMu ya Allah.supaya dapat kami berbakti padaMu, pada agamaMu, pada negara, bangsa dan keturunan kami. Jangan Kau pesongkan niat kami ini ya Allah. dengan perkara yang melalaikan kami. dengan dugaan yang membawa kami keluar dari landasan agamaMu. yang memutuskan ukhwah sesama sedara seislam kami. juga jauhkan kami dari gangguan syaitan yang direjim. Lindungilah kami dengan rahmat suciMu. ya Allah... ya tuhan ku!


Gambar Hiasan Raya ke 5 :D
Sekadar memori bersama. Nurul, Alin, aku.

Abbas, Anip, Falihin, Nashriq. 


P/S: seronok dalam kedukaan. apa2 je lah!

Thursday, September 1, 2011

Raya Sempoi

salam
SELAMAT HARI RAYA. wah. meriah kan masing2 beraya. hush, tahniah la korang! haha. guwa rasa raye tak raye je. cece padahal meriah giler kot. alhamdulilah. walaupon meriah, masih ingat pada yang telah tiada. arwah wan, mak teh,mak long, paklong, ami naim dan ramai lagi yang dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah. 

mai nak share beberapa keping gambar. bagi jeles sikit lu orang pada wa. *macam retis punya ayat. dem -.-

my beloved parents .ILY

gile bergambar kazen wa yang sorang ni

kahkah. beg mak guwa tu. guwa tukang iklan je


cuma rasa terkilan je tadi. mana tak nyee. sedara mara wa ade buat BBQ raya dan tak dapat join sebab terlalu lah penat. owh dem! kalau tak ikotkan sangat rasa penat tu, kompem giler guwa tengah happy sekarang. suka kot meriah2. family guwa nih pulak hiruk mereka, pergh. terbaik meriahnye! hahaha. but it's ok. next year, umur panjang, insyaAllah. nyesal beb. urm. *ok, wa positif. tak guna menyesal di kemudian hari.

penat bukan buat ketupat ke bakar lemang ke tadi. takdenyer. cume penat sebab dah happy2 dengan boboy! wahhh, 1st time taw boboy datang rumah. jumpa mak, ayah, umie, wan, atok n lain2. mmg seronok. family pon terima baik kedatangan tu. opps, bukan kedatangan berbaur pertunangan yeh. hanya singgah berhari raya ajo. gambar memang dia tak dapek la den nak upload yo. hihi

sekitar hari raya pertama....





ok. takboleh upload banyak2 sebab masih penat nih. hihi. guwa harap korang semua enjoy k raya ni. tak payah nak sakan sangat pon takpe kot. just be happy walaupon tak sakan mana. kalau positif diri kita, insyaAllah. positif la setiap yang kita lalui. happy tu positif kan. so, pandai2 lu orang la nak buat tuka2 charge dalam diri tuh. main point here is, petang happy, malam pulak sedih. muahhaha. ok bai

p/s: wa macam rasa senyuman terukir tu macam ala2 retis la. korang tak rasa ke?. dem dem!~