Tabung

Thursday, September 6, 2012

Girls Outing tetiba ada Zack Zukhairi!


gua : ali ali. ya Allah. ali tgk tu. zack zukhairi!
aliana : mane?
gua : ni yg kat depan kita ni. *nafas turun naik*
aliana : budak batch kita ade name zack ke?
gua : astaga *ketuk2 kepala*

ambil tempat duduk

gua : ali..... tu zack zukhairi. blogger femes yang paling ana sukaaaa. *taim ni sumpah gua cerita konfiden gilaaaa. kalau dalam exam gua konfiden mcm ni insyAllah 4 flat dah*
aliana : yeke na. abis tu nape tak tegur? ali tak kenal ali taknak lah tegur. ana kenal ana tegur lah
gua : malu. *jeling jeling abang zack*

blaa blaa blaa gebang benda lain.. sambil mata masih menjeling menjeling
5 minit kemudian

gua : ali, nak ambil gambar dengan dia lah. tapi segan....... 

*abang zack tengah buat gaya lelaki masa kini. earphone di telinga. gua syak dia sedang mendengar perbualan gua dengan ali. gua syak je lah. sebab gua nampak anak mata dia melilau. tak fokus kat henpon*

aliana : pergi la na. nanti menyesal tak tegur dia. pergi lah pergi lah.. *paksa ali*

sambil jantung gua dup dap laju laju

tetiba bunyi suara mesin. gerabak dah sampai. omaigad omaigad. acane kalau gua terlepas abang zack? lepas train takpe tapi tolonglah jangan kasi lepas abang zack. sumorang dah bangun. slow2 gua hampiri beliau. terusan ketabahan itu datang menerjah.

gua : hmmm ni zack zukhairi kan?
zack : a.ah *angguk2*. kenal ke? *senyum*
gua : saya follower awak. selalu post kat wall awak. saya hana zainal. *niat nak bersalaman lupa pulak haram hukumnya. senyum kambing. kalau boleh senyum luas lagi rasanya dah koyak dah bibir. tapi ape bangang jugak gua g perkenal diri ni?*

zack : owh ye ye. tau tau *senyum comel mcm rasa nak sepak je comel beliau*
aliana : abang, ni kawan saya nak tangkap gambar dengan abang. saya tak kenal pon abang. dia je nak ambik gambar. *cibeng jugak kelulusan bendul dak ali ni. malu gua berbatu batu lempar senyum*

zack : ni nak pergi mane ni? beraye ke?
gua : nak g kl jap. shopping. abang nak g mane? *kejap abang kejap awak. nebes barangkali*
zack : nak pergi mid valley. jumpe sepupu
gua : oo *sambil ali dah pegang2 henfon gua get ready nak amek gambar. abang zack pon berdiri.*

kecing kecing *soundtrack kamera*

gua : thanks =). bang, jangan lupa update blog!! *kaki dah nak kedepan. zack kat blakang lagi*
sambil train mendekati.

zack : tak suka lah coach perempuan ni. *buat memek benci gila but still cute! ya Allah. nasib baik boyfren orang. melting muehhe*

gua : takpelah bang meh la join skli!! *jerit gua tak hiraukan org keliling* 

end...

ok jeles tak? harus hukumnya engkorang jeles. sebab gua dapat gambar ni! kecingggg



ok lah. sebenarnya gua ke KL dengan aliana semalam. nak ke Jalan Masjid India. saje, before turn to the stuffs n books bagus juga kami jenjalan lepas geram shopping tudung! tu diaaa. setan department Pembazir BerTauliah sedang giat menghasut dengan suara yang entah sape yg boleh dengar.

kitorang naik lrt je. makcik taxi from ali's house to bus stand. makcik vivaliciuos drive us to seremban. then tunggu lah lrt di ktm seremban. masa turun dari tangga tu lah i saw that abiang kacak. woow.. gila. gua admire dia dah bertahun ok! finally jumpe jugak. 




dalam satu jam kitorang dah sampai KL sentral. dari KL sentral amek pulak RapidKL. 



usha lah gambar kitorang ni woi. penat gua tonggeng nak dapat views gini! kehkeh


and woww!!! that was my first time lah actually. ali yang bukan 1st time ni pon kaget dengan harga tudung, shawls kat sini. gua? mata jadi buta kejap. sempat gua mengemis jdi OKU tengah jalan. ok itu membongak.


gojes dress for gojes ladayyyyy! im not the right one to dress it up because i am hananotgojes. hmmp



demok is me. me is demok. who cares? nobody nobody but yu! *clap2 like wondergirls did* babiyyyii kejadah. setan tetiba pulak nak menari



then kitorang ke mid valley sebab KL hujan lebat gilaaaaaaaaaa. T__T tak dapat beli dan belek lagi banyak tempat. next time ahh


lepas gian dekat Secret Resipe. gua pesen lunch selalu tak cecah rm5. jimat. tapi kali ni pesen 'pergi lantak mahal ke tak'. bukan selalu dapat bergambar makan dekat tempat gini. LOL



ni kampung baru pulak ape benda? acah je tu sebenarnya. gua dengan ali sesat masa ni. silap ambil train. saat tau lrt moves to opposite destination, gua cool. stop, gua keluar lrt, ajak berborak dengan ali. macam traveller lah sikit2 gayanya tu.. 

last2 balik dengan feeling yg 'WOI BEST GILA SIOT KELUAR DENGAN BESTIE MEMBORONG SHAWLS MCM GAYE ORANG KAYA!'

gua kaget. gua rasa penat sangat jalan kaki. menyesal tak bawak kasut roda yang gua beli 10 tahun dulu. boleh zass je kan. *ok tak lawak lah tolonglah ana*

to aliana, thanks a lot lot for this memory! will remember this till jannah :D to abang zack, thanks jugak. nanti kita dating kat ktm lagi taw. kehkeh

fact : selama sehari jugak gua puasa mencarut sebab segan depan aliana. beliau skematic person. baik, solehah. susah nak pekena setan dekat beliau. kikiki. untung gua dapat kawan yg selalu mengingatkan. okbai






Tuesday, September 4, 2012

Kenapa Gua Benci Longkang UTHM




Longkang. cukup sinonim dengan gua. bak kata teman, longkang UTHM tu adalah sahabat sejati gua. memang sejati sangatlah gua rasa.. memang




petang tu sedang rancak perlawanan UPM vs UTHM walaupon mendung. 15 minit perlawanan berlangsung, kami menonton dengan kusyuk. atetibe hujan turun dengan lebat bagai air paip pecah. selebat lebat alam. UPM leads 4 gol. venue di stadium hoki uthm.

kami sepasukan menggenlincek dari panahan bias hujan. tinggi betul cari tempat duduk semata-mata ingin berteduh. alah bukan hujan dari neraka pon. 


hujan takde tanda tanda nak berhenti. sedang asyik gua perhatikan hujan sambil berangan ala2 hindustan, encik rahim (jurulatih gua) panggil. gua da syak, dia memang nak buli gua punya. muka gua ni muka selalu kena buli dengan jurulatih. dari dulu. gua tak tau tang mane specialnya gua ni. ecewah.

ok. task gua kali ini adalah utk ambil payung beliau dalam kereta. yang terletak agak jauh nun di sana. gua terima dengan hati terbuka. seperti biasa. bukan susah mana pon task beliau. beliau pass kunci ke gua dengan sengih2 kerang. gua pon sengih tanpa ade apa2 clue masa tu. gua gagahkan diri lalui hujan yang agak menjunam juga panahannya. 

baiklah sebenarnya gua lari dalam hujan. kekonon nak gegedik. tapi bukan ade siapa pon gua nak usha. entah kenapa bangsat sangat gua boleh jatuh dalam longkang masa gua tengah beriya berlari. ini puaka!

ya, memang puaka. kaki gua sebelah terkubur dalam longkang tinggi depan stadium hoki uthm tu. air longkang boleh tahan paras betis gua. engko boleh bayangkan tak kaki gua sebelah je masuk yg sebelah lagi maintain atas daratan? ade rasa terkoyak tak celahan gua ni? engko boleh bayangkan tak air tengah deras gila babi sambil hujan turun mencurah curah? engko rasa taik anjing, ayam, kuda, babi ade tak dalam air deras penuh hitam tu? engko rasa macammana? gua rasa palat.

gua pandang sekeliling. fuh alhamdulillah. takde sape berhampiran tempat kejadian. gua gelak2 kejap. fikirkan ape lah nasib gua ni. ye betul. bukan gua gila gelak ditimpa musibah. tapi gua gelak sebab first time gua rasa gua bodoh. kahkahkah. 

ok lah. nak dijadikan cerita. gua angkat kaki kiri gua perlahan lahan. naik dari longkang dan teruskan perjalanan. gua mmg dah lencunn dah masa tu. pakai pulak baju putih. gua doa takde je lelaki miang berhampiran. da nak sampai kereta encik rahim. gua reraba kocek. sudahhhh. kunci mane kunci? gua ngomel. engko boleh bayangkan gua tengah lencun tu mcm silakeh punya kelam kabut cari kunci?

gua patah balik ke longkang. nak tak nak, gua kene menyelam dalam longkang tu utk cari kunci kereta. ye, gua ketepikan kegojesan gua. gua celup air longkang dengan tangan gua. raba2 di dasar longkang. masa tu setan semua tengah gelakkan gua mencarut macam babiy. memang bangang. alhamdulillah, jumpa. nasib baik kunci berat jatuh atas dasar longkang. kalau tak dah hanyut dah. 

terus gua balik ke stadium dengan payung 3 kaki gua rembat dari kereta encik. sesampai je gua terus tanggalkan kasut kiri. gua da agak dah bebudak ni mesti tanye punya. memasing gelak macam puaka lepas gua bgtau gua jatuh longkang. memang longkang lah diorang ni.

akhirnya gua balik dengan kaki bau longkang. stoken bau hampeh. seminggu gua kena bahan baikk punya! itulah sebabnya gua benci gila longkang uthm.