Tabung

Friday, July 6, 2012

Speed Trap Pertama Dalam Hidup Gua




hanjin betullah. gua baru nak hidup dalam dunia yang kelin (clean) dari saman2 ni. kena speed trap pulak!!  tak memasal mak gua memekak dalam fon. 2 bulan yg lalu punya cerita. alih2 dapat surat saman je. ahh silakeh.

12.30 pm
mak call. gua cakap 28 may rasanya gua tak pakai kereta yg kena saman tu. gua try petik nama ayah. kot2 ayah pakai ke sebab 28 hari isnin woi. 

mak kemain back up ayah, mak cakap ayah tak pernah bawak laju. gua senyap. tak lalu makan hidangan depan mata. betul jugak cakap mak, fikir gua. 


bukan awek litar bai

1.45 pm
gua jinakkan mata untuk tidur. baru balik training lah katakan.. sekali mak call. gua dah agak ni, mesti mak dah tau sapa pelaku sebenar. gua relax. buat suara konon2 baru bangun tido. 

mak terus membebel marahkan gua tanpa pedulikan posisi gua. sesekali tu bingit jugak telinga. walaupon mak gua comel tp sekali sifat keibuan dia mengganas, sakit jugak telinga ni. keke. gua senyap je sambil tangan usap2 bantal busuk. 

fon landing jauh sikit dari telinga. 

ahhh. silakeh ape ni. gua drive pagi isnin tu takde la laju mana. tapi mungkinlah lebih had kot. gua kena time tu nak ke kelas c++ kot dari moncheh. 

niat fisabillillah lagi. kalau mati tengah jalan pon syahid la jgk. rasanya tak berdosa gua pecut. kan?

ok sekarang gua kena fikir macammana nak survive 2 minggu lagi. kompem duit poket gua kena tolak. bala bala


1 comment:

echa takashimaya said...

cis.gua pon baru baru ni dapat surat saman sebab langgar trappikkk lighttt.hanjen betol.seratus setengah melayang.