Tabung

Tuesday, February 14, 2012

Gara-gara Zack Zukhairi (18SX)


hari ni terik betul. panas membahang. mood nak duduk dalam bilik je, sejukkan badan. lepas solat maghrib tadi, aku mensocial kan diri di laman twitter dan facebook. 


layan twitter tak habis2 tweet pasal artis gaduh dengan ipar. off twitter, lari ke facebook. tak ade ape yang menarik, yelah facebook baru buat. baca gosip sedas dua kat beautifulnara. 


pergi dapur minum air jap. tekak kering dari petang. lastly, layan blog Zack Zukhairi sambil2 tangan balas mesej boy.

terkekeh kekeh jugak aku baca cerita beliau ni. tah ape jampi dia pakai duk pakat aku jadi biul baca entri dia.

sedang syok melayan,
tiba2 mak aku tanya dari luar bilik..

'kakna, dah cari fail yang mak suruh tu?'
maklumlah, bilik ni bukan kalis bunyi. kucing beranak kat dapur pon aku boleh dengar.

aku jawap selamber yayanya, 'belom mak!' sambil teruskan membaca blog zack dengan khusyuknya tak perhati keadaan sekeliling.. alah, baca balik entri lama2 beliau. nak tunggu beliau update sehari 5 entri jangan harap lah! tuihhh

sesaat lepas aku jawap, tiba2 pintu bilik aku terbukak. muka da pucat, mata aku dah buntang. kali ni memang masak aku! tak pernah aku tak kunci pintu bilik. separuh mati aku nak cover diri aku yang.. ahhhh



 1st time aku melukis pkai mouse.
lukisannya hodoh mcm tuannya jugak.


mak jerit 'kenapa kakna macam ni? kalau adik masuk nanti?' muka mak terkejut, aku pon!

terkuis kuis tangan aku duk capai sesuatu untuk cover yang itu. punyalah aku terkejut kalah dari beruk terkejut.

garu2 kepala.. 'kakna lupa nak kunci pintu!' jawap aku acuh tak acuh sambil ambil bantal busuk pooh cover. 

adik aku seorang lelaki tulen dan aku seorang gadis yang 'alah-dalam-bilik-sendirian-berhad-apedehal-nak-pakai-apepon'. paham2 sendiri lah kan. aku tak suka lukis lucah2 kat gambar atas tu. remaja katakan.

dengan muka masam aku, mak ngerti. mak terus keluar tanpa banyak tanya. malu lettew. #sama2 malu

lepas ni aku janji, takkan baca blog zack lagi malam2 sebab takot aku terlupa nak kunci pintu bilik. 


p/s : siap kau zack!

1 comment:

yoo Mee said...

knp ngan blog zack??blog ape tu??

sup3rc0w.blogspot.com <----Something new for you