Tabung

Sunday, April 14, 2013

Mimpi Ular, Kenape?


sebenarnya aku kat sini taknak cakap pon pasal masalah hidup aku yang berepisod lebih hebat dari episod novel cerita melayu ni. aku nak cerita satu benda ni. entah kenapa aku rasa terpanggil nak cerita dekat sini after suffering on this stuff for almost a year. a year okayyy. kalau ada baby dah boleh berlari. :3 #gebang

masalah aku, aku selalu dapat mimpi yang berkaitan dengan ular. aku punya mimpi ni sampai aku allergic gila nak mati dengan ular. nak tengok depan2 aku jadi takut, malahan paling teruk nak tengok gambar ular dekat emoticon what'sup pon aku tak mampu. punya mimpi ni memberi effek yang besar dalam hidup aku kini. 

aku tak berapa ingat bila aku start mimpi benda2 macam ni. yang aku paling ingat, mimpi pertama yang paling tragis aku. aku berjalan dalam satu bilik penuh dengan bangkai ular. ya, dinding yang penuh darah merah disyaki darah ular. di lantai yang penuh dengan ular yang dah mati dan ada juga yang melingkar-lingkar ke kaki aku yang mungkin tinggal nyawa2 ular *dibaca 'ikan'*. *masa tengah taip ni pon bulu tengkuk meremang* 

diikuti mimpi yang entah ke berapa aku tak pasti. kali ni drama dia panjang sikit. mungkin sebab aku tidur tak cuci kaki. cerita dia, aku dari Gerakan LEADS kononnya nak menyelamatkan sepasukan ahli LEADS lain yang ditahan oleh satu binatang buas yang bersenjata.

yang pelik, ianya berlaku di sekolah rendah aku. apa kaitan sekolah rendah aku dengan bebudak LEADS (batch sekolah menengah), jangan tanya. dalam misi nak menyelamat tu, tetiba di padang sekolah kami dihalang oleh sekumpulan zombie. zombie tu 'ottaaa hotttaaa' beberapa kali sebelum kami sempat hunuskan parang ke mereka. tergadai nyawa dekat situ jugak. kami teruskan perjalanan dan terjumpa satu sungai yang perlu diharungi. yang penuh buaya dengan ular sawa dalam sungai. pfff. ternganga juga seekor singa di seberang sungai yang menanti daging kami. kau jangan nak senyum sangat bila baca mimpi aku ni. kau ingat lawak ke. kene kaki dari aku kang ni.

dalam part menyeberang ni, mimpi aku tu tertumpu pada ular sawa yang mcm nak bagitau aku something. mulut dia bergerak dalam air dan mencari mata aku. dalam mimpi mcm ni, tak mustahil sebenarnya kalau ular tu nak bercakap dengan aku. *muka serius*. ade beberapa ekor ular, panjang sangat yang menuju ke arah aku masa tu. tanpa fikir panjang aku menyeberang jugak jambatan yang penuh ular tu tapi tiba2 mimpi aku bertukar scene ke satu tempat yang penuh dengan gajah berlari. terdengar satu tembakan dari jarak jauh. aku tak pasti siapa yang menembak siapa sebab tiba2 aku terjaga dari tidur. bila aku terjaga tu terus aku menyumpah pada ular tu. entah kenapa ular yang kena.



paling last aku mimpi anggaran bulan lepas. bulan ni tak mimpi lagi. aku mimpi macam ni. sir shazrin bawak kami satu kelas pergi ke satu tempat berbatu tinggi dan tanah lapang. aku tak pasti kenape sir tu datang dalam mimpi aku padahal dah berkurun lama aku tak jumpe dia. dan lagi menarik aku tak ingat pon nama beliau, thanks mariam cerahkan aku. kahkah. kami yang aku maksudkan tu aku tak nampak siapa. sekumpulan bebudak perempuan bertudung. nak dijadikan cerita, kami turun dari batu tinggi dgn bertali dan tiba2 dah kat bawah. tiba2 jugak, ade seekor ular besar berwarna hitam serupa anakonda berasa di depan aku, depan mata ular tu ada kawan aku sorang. binatang tu pandang je dekat aku. lama. aku punya gugup sampai tak boleh nak buat apa2. sebab ada seekor lagi ular kuning kehijauan berada di bawah kaki aku. main gesel2. pff

aku perati sekeliling, rupanya ada lagi kerabat diorang di atas pokok yang dibawahnya ramai kengkawan aku. ular tu besar, dan nampak friendly. abah kau lah friendly, aku punya kecut sampai aku terjaga dari tidur. 

jadi sekarang aku nak tau, ape petanda mimpi2 aku semua tu? kenape? kenape ular tak binatang comel lain? kenape aku? 

aku ada buat research dulu, untuk menjawap persoalan aku ni. pertama sekali, yang aku ingat mimpi ular hitam ni maksud dia ada orang suka kita dalam diam. tapi versi lain pula kata ada sihir yang nak datang menyerang. manakala ular kuning pula ada berkaitan dengan jin berminat nak berkawan ke mcmmana entah. aku baca sekali imbas aje. sebab setiap post pasal tu mesti nak selit gambar ular, mane boleh aku lama di situ. 

maka dengan itu, kalau kamu semua ada ilmu tentang petanda mimpi aku ni, mohon lah bagitau. setakat ni alhamdulillah takde benda2 hitam datang mengganggu. dan tiada juga lelaki bunuh diri sebab suka aku dalam diam. ehh. haha

kekadang aku rasa mimpi2 ni semua mainan tidur, mungkinlah kan. tapi aku masih tak puas hati. kenape mesti banyak kali dgn binatang yang sama. kenape tak mimpi monyet ke, harimau ke, arnab ke. itu persoalannya. dan aku lebih rela mimpi aku ternampak babi dari ternampak binatang panjang geli2.

okay, itu aje aku nak cerita. bantu aku. :')

p/s : aku juga pernah mimpi kena belit dengan ular sawa. tapi bertahun dulu.







1 comment:

echa takashimaya said...

mungkin mainan tidur sebab banyak sangat pikir kan :)

tapi kalau ada sesuatu yang tak kena amik tindakan yg cepat k.

take care :)