Tabung

Thursday, November 26, 2020

Bajet Minima Masuk Rumah Baru

 Assalamualikum.

Kali ni aku nak cerita bajet nak masuk rumah baru dengan kelengkapan yang paling minima atau yang paling BASIC sekali. Semoga memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. Bagi yang belum baca pasal rumah pertama aku ni, boleh la pergi ke link ni - Perihal Rumah Pertama

Nak ingatkan kat sini, bajet kami memang betul2 focus dekat keperluan dan keselamatan rumah je memandangkan kami pon belum ada rezeki merasa tinggal di rumah baru. Jadi, install yang basic sahaja untuk disewakan. Kalau ada duit lebih, boleh la buat tambah baik yang lain.

Aku dah senaraikan anggaran basic dekat bawah ni. Boleh la korang prepare duit bila nak masuk rumah baru tu. Good luck! 

House spec: 18x20 (4 bedrooms, 3 bathrooms)


Amacam? Murah tak? :) Alhamdulillah. Semua dipermudahkan dalam masa tak sampai 2 bulan. Jadi lama la sikit untuk settlekan sebab kami duduk jauh dari kawasan ni, jadi boleh set appointment weekend je. Terima kasih dekat2 kawan-kawan kerja tempat lama dulu yang banyak bagi tunjuk ajar dan recommend contractor. Semoga kalian dirahmati-Nya selalu. 

Huraian boleh check kat bawah ni kalau rajin nak baca. 

#1 Check defect - buat sendiri je. Submit report dekat developer dan follow up selalu. Rumah kami diberi masa 2 tahun warranty untuk buat claim. Korang boleh buat sendiri atau takde masa boleh hire certified inspector untuk buat inspection.

#2 TNB dengan air - bergantung pada developer. Rumah pertama kami ni kene apply sendiri (TNB online application, Air kene pergi dekat SAMB). Disebabkan kami jauh, ambil cuti dan settlekan satu hari. Beberapa hari kemudian, tau2 diorang dah sampai pasang. 

#4 LED Lamp - beli dekat Shoppe ada banyak pilihan power dan jenis lampu. Senang! Semua bilik, ruang tamu, toilet pakai lampu LED. 

#5 Fluorescent - kedai Apek je. Mahal gak ehh sebatang kecik tu pon. Ke aku salah kedai? Hahaha

#6 Ceiling Fan 3 blade - disebabkan rumah kecil, kami pasang yang 3 blade dekat living hall dan dining hall. Angin kuat sajo!

#7 Wall Mounted Fan -  beberapa bilik tak disediakan hook fan, jadi kami beli kipas dinding je. Salah satu cara nak jimatkan cost nak buat wiring balik. 


#8 Wiring - tambah beberapa point plug dan pastikan wireman yang kompetan. 

#9 Tinted - beli dekat Shoppe, pasang sendiri! Cara-cara pemasangan boleh tengok Youtube je. 

#11 Safety Grill - Stainless steel grill buat design biasa, sekali dengan powder coating. 


Done! Aku update je, yang uruskan semua adalah sang Suami. HAHA. Good luck korang! 


No comments: