Assalamualaikum.
Cerita rumah kedua dibukukan dalam entry kali ni sebab pengalaman yang sangat bermakna sepanjang perjalanan hidupku. Ecewah. Jemput baca entry panjang menjela. Moga dapat manfaat untuk sesiapa.
Jadi angan2 aku masuk tahun baru 2020 adalah untuk beli rumah aku sendiri memandangkan rumah pertama joint loan dengan husband. Tapi itu bukan lah sebab
utama aku beli rumah ni. Sebab pertama adalah nak duduk rumah sendiri
tanpa menyewa dan bayar bulan2 pada pemilik rumah. Kononnya. Tapi ada
plot twist sikit dengan cita2 aku ni. Lepas ngko habis baca entry ni
mungkin akan paham apa yg twist.
Sejak aku pindah Senawang pada Jun 2019, rasa sayangg sangat nak bayar
rumah sewa bulan2 RM900. Jadi bermulalah pengembaraan 'house hunting'
aku yang kononnya bercita-cita tinggi nak beli dan duduk. Bila kata
nak duduk ni mestilah taste aku tinggi. Nak rumah baru, cantik, siap
serba serbi yg asas. Sumpah tak kene dengan kelayakan aku hahaha. House
hunting aku buat hari2. Kalau ada je berkenan terus aku PM.
Disebabkan rumah pertama kami dibeli pada tahun 2018 dan terletak di Melaka, jadi mustahil la kami nak ulang alik Senawang-Melaka hari-hari. Alhamdulillah rumah pertama pon dapat kunci dalam bulan yang sama, jadi kami decide untuk sewakan. Yang nak baca perihal rumah pertama kami boleh pergi ke >> SINI
Jadi nak dimulakan cerita....
Berbulan lamanya aku buat 2 ways communication dgn banyak agent. Ada la
jugak sampai stage pergi view rumah. Tapi lepas view rasa tak kenan
sebab persekitaran dia tak sesuai untuk berjiran. Padahal kalau nak
ikotkan zaman sekarang jarang ada masa nak memupuk semangat kejiranan dek
sibuk dgn kerja. Ada jugak agent yg bg address suruh aku pergi view
sendiri. Haha.
Pelbagai soalan pasal rumah yang aku utarakan. Maklumlah ni rumah
pertama subsale bagi aku. Siap aku dipaksa check loan sebelum agent nak bagi
actual photo dekat aku, punyalah nak filter diorang punya next client.
Macam2 pengalaman berharga sepanjang house haunting ni.
2-Feb
Di suatu hening pagi Ahad, tengah golek-golek hadap phone, aku ternampak iklan dekat mudah.com, rumah apartment ber'lift' untuk dijual. Rumah dah siap renovate. Cat satu rumah masih baru. Hari yang sama aku call agent and mintak review rumah. Alhamdulillah rumah masih available. Rasa tenang sangat process nak jumpa agent ni. Jadi aku dapat rasakan its the ONE. Haha
3-Feb
Rumah sangat cantik, berbunga-bunga aku nak beli rumah ni memandang harga sangat berpatutan dan FREEHOLD. Terletak pulak dekat tengah2 bandar Seremban. Serba serbi dekat. Lepas berbincang dgn suami, dan mak ayah pon redha, aku teruskan bayar booking (3%) sehari lepas view. Dari segi kewangan ni, sejujurnya mak ayah banyak membantu. Pinjamkan aku duit sikit utk letak booking. Kalau nak cerita kebaikan mak ayah aku ni, mmg tak terungkap dgn kata2. Bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yg sangat tak berkira utk anak2 dan rezeki selalu melimpah ruah. Syurga untuk Mak Ayah ku kelak, AMIN! Ni rumah untuk Mak Ayah!! (Padahal mak ayah dah ada beberapa rumah buat sewa, mesti tak pandang rumah kecil aku ni)
26-Feb
Loan aku lepas Alhamdulillah! Bersyukur sangat. Rezeki anak-anak tak pernah salah alamat. Kali ni tak struggle sangat nak lepaskan loan sebab aku dah check loan eligibility aku awal2 dan cari rumah yang within aku punya limit. Tapi market value rumah ni tak tinggi sangat, jadi loan yg aku pinjam pon tak tinggi. Tapi aku kene bayar extra sikit dekat owner sebab dia jual sekali dengan beberapa perabot cantik dan tinggalkan 2 biji air-cond dalam bilik. Jadi selama setahun ni, aku bayar double amount la, ke bank dan juga ke owner lama. Pengorbanan untuk masa depan.
3-Mar
Lepas seminggu, banker panggil untuk sign offer letter. Kali ni tak kekok macam sign OL masa beli 1st house dulu. Haha. Lebih banyak bertanya tapi a few months later, LUPA! Kahkahkah.
16-Mar
2 hari sebelom MCO pertama Malaysia, aku sempat sign SPA. Kalau tak sign SPA aku rasa mmg lama lagi tangguh. Aku juga kene bayar jurunilai perumahan ye untuk satu badan valuer ni. Apa ciri2 sesebuah rumah tu untuk dinilai, kau pergi google sana hahaha. Sepanjang MCO dari March sampailah ke July, memang tak ada progress sebab banyak melibatkan badan-badan kerajaan untuk tukar hak milik property. Kami redha la lambat pon sebab sebenarnya tak berapa ready lagi nak hadap hutang bulan2. HAHA!
30-Sept
6 bulan menunggu process tukar hak milik sebab terkandas disebabkan MCO, akhirnya! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!! Kunci dah boleh collect. Kebetulan owner rumah lama aku kerja dgn syarikat guaman yang uruskan jual beli rumah ni. Advantage la bagi aku sebab alang2 tanya pasal progress rumah, dia pon boleh tolong jawap apa yang perlu aku tau utk rumah/kawasan tu. Dipermudahkan process semuanya. Lambat pon sebab2 yang tak boleh dielakkan.
No comments:
Post a Comment