Hari ni rasa semangat sikit nak cerita pasal perjalanan hidup kami yang tak seberapa ni hihi. Alhamdulillah, baru je jejak usia 27 tahun pada 28 April lepas. Masih belum boleh turunkan berat badan selepas 2 tahun bersalin. HAHA!
Sempena 27 tahun ni, suami aku bawak pergi makan tempat best. Itu pon setelah aku bagi hint aku nak makan kat tempat tak pernah aku pergi. Biasalah lelaki ni clueless (opps sorry Abi hihihi). So aku bagi clue sikit puff terus menjadi hahaha.
Alhamdulillah, kali ni suami bawak aku pergi makan dekat PAMPAS Sky Dining yang terletak di Level 41, the Shore Residences (boleh click link untuk terus ke website dia). Korang kalau nak pergi boleh terus naik parking level 3A, then kene tukar lift ke level 41 untuk ke Sky Dining. Restaurant ni bawah je dari The Shore Sky Tower. Yang buta jalan macam aku, jangan risau korang takkan sesat sebab sign board banyak boleh follow.
1stly aku nak cerita pasal permandangan. Permandangan memang cantik habis lah, satu Melaka kau boleh tapau ambil gambar. Bukan view Melaka je yang cantik, tapi deco restaurant tu sendiri dah outstanding dah. Ala2 fairy tale theme gittew. Nak bergambar memang tersangat instaworthy la. Tapi aku sampai lambat dalam pukul 6.30 petang macam tu so aku hanya ada 45 min je sebelum sunset. 45 min berapa keping sangat gambar lah kau boleh ambil kenss. Hahaaha dengan nak layan perangai seketul Fayyadh lagi. Kalau nak pergi, kau sampailah awal sikit. Malam dah tak cantik sangat nak bergambar.
2ndly, safety. Bila cakap pasal sky dining ni dalam kepala aku dah risau macammana aku nak jaga Fayyadh yang lincah tak reti duduk saja ni. Jadi aku boleh khabarkan, safety dia memang tip top! Glass wall dia memang tinggi dalam 1.2meter lebih kurang kot so kau yang tinggi 1.6meter pon tak mampu nak angkat kaki cross the wall. InsyaAllah selamat. The whole restaurant is covered by the wall so anak kau takkan terlepas tiba2 kat ground floor la sebab tempat ni memang baby friendly. Kau lepaskan je diorang bersiar-siar pon takde masalah.
3rdly aku nak sembang pasal makanan dan harga. Kau naik restaurant ni takde la kene charge apa2 pon macam kau naik Sky Tower. Range harga bagi aku agak mahal lah tapi worth dengan makanan kau dengan view dan tempat yang cantik. Kalau kau suruh aku rate makanan sahaja, mungkin aku akan bagi 3.5/5 star. Tapi kalau rate dengan external factor macam view/safety/service aku boleh bagi 4.3/5 star. Hihi.
List makanan yang aku order beserta harga
1) Mushroom soup - RM 20
2) French fries - RM14
3) Spaghetti Aglio Olio - RM22
4) Tandoori Flavored Chicken Breast - RM38
5) Mango juice - RM14
Untuk netizen yang biasa2 macam aku, setahun sekali kau nak rasa makan macam ni, okaylah! Jangan buat perangai mintak suami belanja monthsary korang sebab sangat membazir. HAHAHA! Kau boleh dapat western food yang lagi sedap tapi view yang biasha biasha.
4th, pasal service dia. Mostly waiter diorang macam ramai foreigner but dont worry, they all can speak English. Service memang laju, they were nice to us. Ambilkan gambar banyak2 hahaha dan tolong layan Fayyadh. The service period is alright, kau tak payah tunggu berajam lamanya. Everything just fioneeeeee ~
Lastly, aku boleh kabo, tempat ni tidak mengecewakan. Aku happy gila dapat naik atas ni sambut birthday dengan family kecil aku. Terima kasih cik suami yang handcome lagi baik hati. Tahun depan boleh cuba tempat lain pulak hihihi.
Pesanan penaja - hargailah setiap usaha pasangan kita. Tak perlu yang mewah2, sambutan berminggu-minggu, hadiah mahal2. Cukuplah kau ada satu moment dengan pasangan, kau pandang mata dia dalam2, pegang tangan dia dan kabo 'terima kasih sebab buat semua ni untuk kita'. Pun dah cukup berbunga dah hati! Walaupon aku ada masa tak sempai seminit sebab tiba2 Fayyadh panggil suruh on 'mimi' nak bagi makan kucing dia (Talking Cat apps). Haihhh.
Lastly, aku boleh kabo, tempat ni tidak mengecewakan. Aku happy gila dapat naik atas ni sambut birthday dengan family kecil aku. Terima kasih cik suami yang handcome lagi baik hati. Tahun depan boleh cuba tempat lain pulak hihihi.
Pesanan penaja - hargailah setiap usaha pasangan kita. Tak perlu yang mewah2, sambutan berminggu-minggu, hadiah mahal2. Cukuplah kau ada satu moment dengan pasangan, kau pandang mata dia dalam2, pegang tangan dia dan kabo 'terima kasih sebab buat semua ni untuk kita'. Pun dah cukup berbunga dah hati! Walaupon aku ada masa tak sempai seminit sebab tiba2 Fayyadh panggil suruh on 'mimi' nak bagi makan kucing dia (Talking Cat apps). Haihhh.
No comments:
Post a Comment