Tabung

Tuesday, April 19, 2016

Mendaki pula ke Bukit Batu Putih, PD

Salam, 

hah rasanya lama dah aku simpan gambar2 ni. Last few months punya cerita, 9 Jan kot. Join member rumah yang aktif hiking. Kita cuma picisan je ikot mika. Hehe. Yang best bila dapat kenal lebih dekat geng2 baru dan bertukar cerita kerja masing2. 

Jadi, aku dari Melaka terus ke PD. Gerak awal pagi hokayy, dengan sarapan berbekalkan kudrat dan senyuman sang tercinta. Eh!


Bukit Batu Putih ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, pintu masuk dia betul-betul sebelah Ilham Resort (boleh la engko google sekarang). Bayaran masuk adalah RM1/person apahal murah sangat entah. Kami masuk free jaaa, sebab? Kak fujie belanja hehe murah rezeki dia. 



Kenalkan geng baru aku, hehe. Mira, Kak Mey, Kak Fujie, Becky, Iqbal, BF Becky. Bila nak repeat lagi ni? Seronok sebenarnya ada ramai geng travel/hiking ni. Ada event kita ikot ja. Senang keje aku ni. Plan orang lain, aku tukang memeriahkan je sebenarnya. Muehehe

Track Bukit Batu Putih ni serius tak mencabar sangat. Kami hiking sambil bergambar, sebab tu rasa tak penat kot. Haha. Boleh sampai ke puncak tak sampai 15 min rasanya kalau lupakan dunia semua ni. Track pon senang tak payah acah2 sesat ke apa lah sebab kawasan luas dan terang. Amat nipis possibility nak sesat. Nak naik pon ada jalan tar lagi. Mudahnya hiking bebudak skarang. haha


Layan view yaaa! sambil layan muka aku sekali muahahhaa.





Aku cuba juga cari sedikit info pasal Bukit Batu Putih ni. Manalah tau ada sejarah atau dogengan sikit asal usul batu ni jadi putih. Dari segi sains geografi aku taknak sembang lah pasal bukit ni pon berada di bawah jagaan Hutan Rekreasi TJ PD. Kalau jadi bawah jagaan aku boleh juga aku kaji hasil lumayan darinya. Hmm



Puas lepak puncak, kami lepak pantai pula. Sambil main loncat2 dan jadi tarzan. Nak kabo pasal air dia memang cantik masyaAllah. Biru like a Blue Lagoon. Cepat letak Tanjung Tuan ni dalam wish list korang. Aku tak kuasa kau asyik meroyan kabo cantik tapi tak usaha nak pergi. Kehkeh iklan #JOMSUKAN


Banyak jalan nak ke pantai ni dari puncak bukit td, so ikot gerak hati engkorang. Agak2 macam dengar hayunan ombak membelai pantai tu, follow la. Hidayah milik Tuhan. Haa gituew. Ada juga rumah api yang engkorang boleh usha sepanjang perjalanan. Itu kau usha lah sendiri nanti. Aku rushing nak habiskan entry ni. Nak tido besok nak keje.





Habis lepak pukul 12 kami dah gerak naik sebab perut dah lapar nekharei. Maka berakhirlah ekspidisi kami kali ni. Nak cerita lebih tak boleh sangat sebab aku dah delay post ni selama 3 bulan rentetan event besar dalam hidup yang perlu aku selesaikan. Ecewah. So, hope korang dapat bayangan sikit keindahan Bukit Batu Putih ni. Jangan risau kalau 1 st time pergi tanpa guider, because its always a way to get out of this jungle. Good luck!


To my hiking geng, terima kasih! Hope to hear update from you guys soon. Eager to join your next event, even struggling in event planing is not my job. HAHA sorry was busy lately. Enjoy hiking with you guys! =)
bye!



1 comment:

Unknown said...

Awak pn cantik jgk