Assalamualikum, hello guys!
Nak tau tak nak tau tak? 4 februari hari tu kitorang pergi
vacationnnnn! Ke engkorang dah tau? Zaman sekarang ni kan boleh update
sentiasa, facebook hado, instagram hado, twitter pon tak kurang juga. Internet
di hujung jari orang kabo, so sebenarnya relevan ke tak lagi aku nak update
blog ni? Udahnya lambat update, gambo pulak gambo recycle yang dah upload di
instagram. Engko jangan rasa menyesal nak teruskan bacaan. Kehkeh
Haaa, cantik tak cantik tak? |
Okay, macammana aku nak mula cerita ni. Okaylah macam ni.
Two weeks before tarikh kejadian, Dikjie ade contact aku ajak join trip with
gigirl yang lain. Engko mesti tak tau apa perasaan aku masa tu, yelah aku tak
tweet pon mane engko nak tau. Zaman sekarang ni kebanyakkan komunikasi berlaku
bukan dua hala, tapi satu hala. Engko tweet engko tengah buat apa, okay aku
update dgn life kau. Aku tweet aku tengah sedih, fine fine engko pon tau aku
sedih. Tapi jarang yang nak pergi ke member tu, alololo kan dia. Kan kan? Tak
balas tweet tapi engko tau perkembangan dia, itu kira komunikasi satu hala lah.
Bila duduk lepak2, orang cakap pasal si
pulan. Dan engko pon tetiba jadi talkative. Berbicara pasal si pulan sebab si
pulan rajin update life dia dekat social media walhal kau bukan berhubung
dengan dia pon. Haa gituw lah perumpamaan dia. Canggihkan teknologi?
Bukan teknologi bahan cerita aku sekarang, cerita dia
bermula sejak dikjie ajak tu. So takde sebab lah engko nak marah aku pergi tak
berajak sebab aku pergi pon atas ikhsan orang lain ajak. Kakaka. Lepas dah confirm
tarikh dan bayaran semua, aku dah mula excited. Boleh dikatakan habis jugak
RM200 aku shopping barang keperluan. Yelah backpack pon beli sekali, orang baru
nak start travel lah katakan. Haa.
Dah pack itu ini, geraklah aku ke rumah dikjie pada pukul 2 petang
bersamaan 3hb Februari. Kereta tinggalkan di sana, dengan baik hati Pakcik Ajis
hantar kami terus ke KTM Seremban. Pakcik Ajis merupakan ayah kepada Dikjie.
Dari Kuala Pilah, kami bertiga termasuk Nisak. Yang lain2, otw baru sekali
jalan. Lupa nak kabo, kami pergi berenam. Semua batchmate dari sekolah dulu
yang masing2 dah study jauh2. Alhamdulillah, ukhwah makin baik lepas trip ni.
Eh, bukan ini ayat penutup ke? Ahh lantakkan situ heehe.
Kemain kau haa. |
Di KTM Seremban, Poepoe pulak sampai bawak senyuman. Maka
dari situ kami teruskan perjalanan dan berhenti di Bandar Tasik Selatan dan
lepak kejap makanmakan sampai pukul 730 malam. Dah rasa dah seorang traveler
bila kau realize yang bag kau terasa berat nak mampos pulak masa jalan2. Haaa
bag aku je lah kot. Padahal seorang backpacker tak perlukan barang banyak
sangat pon. Newbie macam aku mmg semua benda aku bawak. Air mineral dari rumah,
makanan satu bag, baju 5 pasang bertukaran, dan lain2 juga aku bawak lebih.
Mana tak berat kannnn. Engkorang jangan nak gelakkan aku sangat, pasal aku baru
nak belajar travel ni. Akkaka. Sangat.
Cerita aku selalu melalut kan, tapi lantaklah. Suka hati aku
nak taip banyak mana. Ahaks. Okaylah, dari BTS kami gerak ke PWTC naik LRT. Dah sampai
sana, jalan kaki sikit pergi ke Hentian Putra, KL. Bus kami pukul 9.30 malam tapi
yang kelakanya pukul 11 malam baru bus sampai. Eh memang kelaka sangat. Duduk beleseran dah macam minah indon kene tangkap imigrasyen.
Muka senyum walaupon penat gilos. |
Jadi, dalam perjalanan selama 8 jam plus minus tu, takde apa yang menarik untuk dicerita. Melainkan bila aku dah rasa macam dah sampai je Terengganu bila pokcik seat depan aku leka berborak dengan pokcik seat seberang. Sedih sebab terasa diri sangat asing di bumi sendiri pasal aku tak paham apa benda pokcik berdua tu berbicara. Tapi aku relax je, bukak MP3 pasang kuat2. Yang lain2, dah start merewang dan akhirnya melayang.
Dalam pukul 5 pagi aku terjaga. Tengok kiri dan kanan, owh
dah sampai Kampong Telosan. Dengan sifat ingin tau, aku google lah. Rupanya dah
sampai Kelantan. Ahh sudah, aku dah menggelabah ni. Masa aku pergi open game
kat Kelantan dulu (ini kali kedua jejak utagha lepas akhil baligh rasanya), kami lalu Terengganu dulu baru sampai Kelantan. Ni dah terlepas ke mende ni, aku monolog
sendiri. Sedia maklum, aku ni memang lemah Geografi. Maksudnya aku lemah nak
mampos pasal jalan2 di Malaysia ni. Nak cerita pon segan, tapi jujur cakap AKU
BUTA GEOGRAFI. Kakaka.
Dah nampak signboard ke Kota Bharu kiri dan Kuala Terengganu
kanan, baru lega hati. Ingatkan dah terlepas. Wakakka. Nak dijadikan
cerita, dalam pukul 6 pagi macam tu, sampailah kami betul2 depan masjid
Perhentian Island. Kami berehat dan solat dulu sebelom meneruskan perjalanan ke
Jeti Kuala Besut. Ada yang sambung tido
dalam masjid, kemain penat tu.
Part tu tipu, masing2 tak menjerit pon. KAKA.
Dekat jeti tu kami tunggu guider kitorang yang akan guide kitorang sepanjang percutian ni. Breakfast bagai dan dalam pukul 10 pagi bot kami pon sampai. Sebelom gerak ke pulau, jangan harap la kamera nak duduk diam je dalam bekas. Bergambar satu kemestian!
Malu jugak nak kabo, aku tak pernah naik bot! Kakakaka. Ini yang pertama kalinya dan dia punya jakun. Astagaaaa. Perjalanan dalam 30 minit je, tak jauh tapi bot terumbang ambing macam very the titanic!
"Kami dah sampai pekan Besut yang lejen!" jerit sumorang gigirl dengan lantangnya.
Part tu tipu, masing2 tak menjerit pon. KAKA.
Dekat jeti tu kami tunggu guider kitorang yang akan guide kitorang sepanjang percutian ni. Breakfast bagai dan dalam pukul 10 pagi bot kami pon sampai. Sebelom gerak ke pulau, jangan harap la kamera nak duduk diam je dalam bekas. Bergambar satu kemestian!
Di Jeti Kuala Besut, muka garang acah sweet aummmm! |
Kali ni serius rasa ya Allah bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak duduk sini selamanya boleh takkk! Sampai ke Jeti Perhentian Island, masyaAllah tengok air dia biru sokmo. Nampak batu karang hingga ke dasar! So kami pon berjalan kaki dari jeti sampailah ke chalet yang kitorang dah book 2 minggu sebelum pergi. Pulau Perhentian ada dua. Perhentian besar dan perhentian kecil. Kitorang pergi yang kecil sebab itu kawasan backpackers. Fatin Liyana kata lagi murah dari Perhentian besar. =3
Sila tengok air laut dia.......... speechless |
Penat punya pasal *ecewah..padahal keje tido je dalam bus*,
kami decide untuk berehat dulu. Berehatnya takdelah lama, pukul 12 tengahhari
check in dan dalam pukul 3 macam tu kitorang keluar nak mandi manda di Long
Beach. Sebelum mandi, perut diisi dengan
makanan. Seriusly, makanan dia mahal sikit. Tapi setakat aku makan kat sana
memang sedap2. Eh bukan sebab aku suka makan tapi makanan dia memang sedap
gilos. Kakakka.
Nak tau apa jadi lepas tu? Perut sapa yang berulat lepas makan makanan kat sana? Nantikan sambungan part 2!
Part 2 : Pulau Perhentian
Part 2 : Pulau Perhentian
4 comments:
Hai Hana. You ada facebook tak? Ada nak tanya sikit pasal trip ke Perhentian. :)
nak tanya yg psl boat tu. tiket/tambang dia beli on da spot ke atau kene book kat mana2 ejen?
Nak tahu, stay katna n guider aper nama?
Nak tanya guider ape yek?
Post a Comment