Tabung

Monday, February 10, 2014

Part 1 : Perhentian Island

Assalamualikum, hello guys!

Nak tau tak nak tau tak? 4 februari hari tu kitorang pergi vacationnnnn! Ke engkorang dah tau? Zaman sekarang ni kan boleh update sentiasa, facebook hado, instagram hado, twitter pon tak kurang juga. Internet di hujung jari orang kabo, so sebenarnya relevan ke tak lagi aku nak update blog ni? Udahnya lambat update, gambo pulak gambo recycle yang dah upload di instagram. Engko jangan rasa menyesal nak teruskan bacaan. Kehkeh


Haaa, cantik tak cantik tak?

Okay, macammana aku nak mula cerita ni. Okaylah macam ni. Two weeks before tarikh kejadian, Dikjie ade contact aku ajak join trip with gigirl yang lain. Engko mesti tak tau apa perasaan aku masa tu, yelah aku tak tweet pon mane engko nak tau. Zaman sekarang ni kebanyakkan komunikasi berlaku bukan dua hala, tapi satu hala. Engko tweet engko tengah buat apa, okay aku update dgn life kau. Aku tweet aku tengah sedih, fine fine engko pon tau aku sedih. Tapi jarang yang nak pergi ke member tu, alololo kan dia. Kan kan? Tak balas tweet tapi engko tau perkembangan dia, itu kira komunikasi satu hala lah.  Bila duduk lepak2, orang cakap pasal si pulan. Dan engko pon tetiba jadi talkative. Berbicara pasal si pulan sebab si pulan rajin update life dia dekat social media walhal kau bukan berhubung dengan dia pon. Haa gituw lah perumpamaan dia. Canggihkan teknologi?

Bukan teknologi bahan cerita aku sekarang, cerita dia bermula sejak dikjie ajak tu. So takde sebab lah engko nak marah aku pergi tak berajak sebab aku pergi pon atas ikhsan orang lain ajak. Kakaka. Lepas dah confirm tarikh dan bayaran semua, aku dah mula excited. Boleh dikatakan habis jugak RM200 aku shopping barang keperluan. Yelah backpack pon beli sekali, orang baru nak start travel lah katakan. Haa.

Dah pack itu ini, geraklah aku ke rumah dikjie pada pukul 2 petang bersamaan 3hb Februari. Kereta tinggalkan di sana, dengan baik hati Pakcik Ajis hantar kami terus ke KTM Seremban. Pakcik Ajis merupakan ayah kepada Dikjie. Dari Kuala Pilah, kami bertiga termasuk Nisak. Yang lain2, otw baru sekali jalan. Lupa nak kabo, kami pergi berenam. Semua batchmate dari sekolah dulu yang masing2 dah study jauh2. Alhamdulillah, ukhwah makin baik lepas trip ni. Eh, bukan ini ayat penutup ke? Ahh lantakkan situ heehe.


Kemain kau haa.

Di KTM Seremban, Poepoe pulak sampai bawak senyuman. Maka dari situ kami teruskan perjalanan dan berhenti di Bandar Tasik Selatan dan lepak kejap makanmakan sampai pukul 730 malam. Dah rasa dah seorang traveler bila kau realize yang bag kau terasa berat nak mampos pulak masa jalan2. Haaa bag aku je lah kot. Padahal seorang backpacker tak perlukan barang banyak sangat pon. Newbie macam aku mmg semua benda aku bawak. Air mineral dari rumah, makanan satu bag, baju 5 pasang bertukaran, dan lain2 juga aku bawak lebih. Mana tak berat kannnn. Engkorang jangan nak gelakkan aku sangat, pasal aku baru nak belajar travel ni. Akkaka. Sangat.




Cerita aku selalu melalut kan, tapi lantaklah. Suka hati aku nak taip banyak mana. Ahaks. Okaylah, dari BTS kami gerak ke PWTC naik LRT. Dah sampai sana, jalan kaki sikit pergi ke Hentian Putra, KL. Bus kami pukul 9.30 malam tapi yang kelakanya pukul 11 malam baru bus sampai. Eh memang kelaka sangat. Duduk beleseran dah macam minah indon kene tangkap imigrasyen.

Muka senyum walaupon penat gilos.


Jadi, dalam perjalanan selama 8 jam plus minus tu, takde apa yang menarik untuk dicerita. Melainkan bila aku dah rasa macam dah sampai je Terengganu bila pokcik seat depan aku leka berborak dengan pokcik seat seberang. Sedih sebab terasa diri sangat asing di bumi sendiri pasal aku tak paham apa benda pokcik berdua tu berbicara. Tapi aku relax je, bukak MP3 pasang kuat2. Yang lain2, dah start merewang dan akhirnya melayang.




Dalam pukul 5 pagi aku terjaga. Tengok kiri dan kanan, owh dah sampai Kampong Telosan. Dengan sifat ingin tau, aku google lah. Rupanya dah sampai Kelantan. Ahh sudah, aku dah menggelabah ni. Masa aku pergi open game kat Kelantan dulu (ini kali kedua jejak utagha lepas akhil baligh rasanya), kami lalu Terengganu dulu baru sampai Kelantan.  Ni dah terlepas ke mende ni, aku monolog sendiri. Sedia maklum, aku ni memang lemah Geografi. Maksudnya aku lemah nak mampos pasal jalan2 di Malaysia ni. Nak cerita pon segan, tapi jujur cakap AKU BUTA GEOGRAFI.  Kakaka.

Dah nampak signboard ke Kota Bharu kiri dan Kuala Terengganu kanan, baru lega hati. Ingatkan dah terlepas. Wakakka. Nak dijadikan cerita, dalam pukul 6 pagi macam tu, sampailah kami betul2 depan masjid Perhentian Island. Kami berehat dan solat dulu sebelom meneruskan perjalanan ke Jeti Kuala Besut.  Ada yang sambung tido dalam masjid, kemain penat tu.



"Kami dah sampai pekan Besut yang lejen!" jerit sumorang gigirl dengan lantangnya. 

Part tu tipu, masing2 tak menjerit pon. KAKA.

Dekat jeti tu kami tunggu guider kitorang yang akan guide kitorang sepanjang percutian ni. Breakfast bagai dan dalam pukul 10 pagi bot kami pon sampai. Sebelom gerak ke pulau, jangan harap la kamera nak duduk diam je dalam bekas. Bergambar satu kemestian!



Di Jeti Kuala Besut, muka garang acah sweet aummmm!

Malu jugak nak kabo, aku tak pernah naik bot! Kakakaka. Ini yang pertama kalinya dan dia punya jakun. Astagaaaa. Perjalanan dalam 30 minit je, tak jauh tapi bot terumbang ambing macam very the titanic! 


Kali ni serius rasa ya Allah bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa. Nak duduk sini selamanya boleh takkk! Sampai ke Jeti Perhentian Island, masyaAllah tengok air dia biru sokmo. Nampak batu karang hingga ke dasar! So kami pon berjalan kaki dari jeti sampailah ke chalet yang kitorang dah book 2 minggu sebelum pergi. Pulau Perhentian ada dua. Perhentian besar dan perhentian kecil. Kitorang pergi yang kecil sebab itu kawasan backpackers. Fatin Liyana kata lagi murah dari Perhentian besar. =3




Sila tengok air laut dia.......... speechless

Penat punya pasal *ecewah..padahal keje tido je dalam bus*, kami decide untuk berehat dulu. Berehatnya takdelah lama, pukul 12 tengahhari check in dan dalam pukul 3 macam tu kitorang keluar nak mandi manda di Long Beach.  Sebelum mandi, perut diisi dengan makanan. Seriusly, makanan dia mahal sikit. Tapi setakat aku makan kat sana memang sedap2. Eh bukan sebab aku suka makan tapi makanan dia memang sedap gilos. Kakakka.


Nak tau apa jadi lepas tu? Perut sapa yang berulat lepas makan makanan kat sana? Nantikan sambungan part 2! 

Part 2 : Pulau Perhentian


4 comments:

Unknown said...

Hai Hana. You ada facebook tak? Ada nak tanya sikit pasal trip ke Perhentian. :)

Anonymous said...

nak tanya yg psl boat tu. tiket/tambang dia beli on da spot ke atau kene book kat mana2 ejen?

Arsie Lynn a.k.a Aleng said...

Nak tahu, stay katna n guider aper nama?

Arsie Lynn a.k.a Aleng said...

Nak tanya guider ape yek?