Tabung

Wednesday, October 7, 2020

Perihal Rumah Kedua Kami: Rumah Subsale & Plot Twist

Assalamualaikum. 

Cerita rumah kedua dibukukan dalam entry kali ni sebab pengalaman yang sangat bermakna sepanjang perjalanan hidupku. Ecewah. Jemput baca entry panjang menjela. Moga dapat manfaat untuk sesiapa.


Jadi angan2 aku masuk tahun baru 2020 adalah untuk beli rumah aku sendiri memandangkan rumah pertama joint loan dengan husband. Tapi itu bukan lah sebab utama aku beli rumah ni. Sebab pertama adalah nak duduk rumah sendiri tanpa menyewa dan bayar bulan2 pada pemilik rumah. Kononnya. Tapi ada plot twist sikit dengan cita2 aku ni. Lepas ngko habis baca entry ni mungkin akan paham apa yg twist.

Sejak aku pindah Senawang pada Jun 2019, rasa sayangg sangat nak bayar rumah sewa bulan2 RM900. Jadi bermulalah pengembaraan 'house hunting' aku yang kononnya bercita-cita tinggi nak beli dan duduk. Bila kata nak duduk ni mestilah taste aku tinggi. Nak rumah baru, cantik, siap serba serbi yg asas. Sumpah tak kene dengan kelayakan aku hahaha. House hunting aku buat hari2. Kalau ada je berkenan terus aku PM.

Disebabkan rumah pertama kami dibeli pada tahun 2018 dan terletak di Melaka, jadi mustahil la kami nak ulang alik Senawang-Melaka hari-hari. Alhamdulillah rumah pertama pon dapat kunci dalam bulan yang sama, jadi kami decide untuk sewakan. Yang nak baca perihal rumah pertama kami boleh pergi ke >> SINI

Jadi nak dimulakan cerita....

Berbulan lamanya aku buat 2 ways communication dgn banyak agent. Ada la jugak sampai stage pergi view rumah. Tapi lepas view rasa tak kenan sebab persekitaran dia tak sesuai untuk berjiran. Padahal kalau nak ikotkan zaman sekarang jarang ada masa nak memupuk semangat kejiranan dek sibuk dgn kerja. Ada jugak agent yg bg address suruh aku pergi view sendiri. Haha.

Pelbagai soalan pasal rumah yang aku utarakan. Maklumlah ni rumah pertama subsale bagi aku. Siap aku dipaksa check loan sebelum agent nak bagi actual photo dekat aku, punyalah nak filter diorang punya next client. Macam2 pengalaman berharga sepanjang house haunting ni.

2-Feb

Di suatu hening pagi Ahad, tengah golek-golek hadap phone, aku ternampak iklan dekat mudah.com, rumah apartment ber'lift' untuk dijual. Rumah dah siap renovate. Cat satu rumah masih baru. Hari yang sama aku call agent and mintak review rumah. Alhamdulillah rumah masih available. Rasa tenang sangat process nak jumpa agent ni. Jadi aku dapat rasakan its the ONE. Haha


3-Feb
Rumah sangat cantik, berbunga-bunga aku nak beli rumah ni memandang harga sangat berpatutan dan FREEHOLD. Terletak pulak dekat tengah2 bandar Seremban. Serba serbi dekat. Lepas berbincang dgn suami, dan mak ayah pon redha, aku teruskan bayar booking (3%) sehari lepas view. Dari segi kewangan ni, sejujurnya mak ayah banyak membantu. Pinjamkan aku duit sikit utk letak booking. Kalau nak cerita kebaikan mak ayah aku ni, mmg tak terungkap dgn kata2. Bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yg sangat tak berkira utk anak2 dan rezeki selalu melimpah ruah. Syurga untuk Mak Ayah ku kelak, AMIN! Ni rumah untuk Mak Ayah!! (Padahal mak ayah dah ada beberapa rumah buat sewa, mesti tak pandang rumah kecil aku ni)

26-Feb
Loan aku lepas Alhamdulillah! Bersyukur sangat. Rezeki anak-anak tak pernah salah alamat. Kali ni tak struggle sangat nak lepaskan loan sebab aku dah check loan eligibility aku awal2 dan cari rumah yang within aku punya limit. Tapi market value rumah ni tak tinggi sangat, jadi loan yg aku pinjam pon tak tinggi. Tapi aku kene bayar extra sikit dekat owner sebab dia jual sekali dengan beberapa perabot cantik dan tinggalkan 2 biji air-cond dalam bilik. Jadi selama setahun ni, aku bayar double amount la, ke bank dan juga ke owner lama. Pengorbanan untuk masa depan.
 
 
3-Mar
Lepas seminggu, banker panggil untuk sign offer letter. Kali ni tak kekok macam sign OL masa beli 1st house dulu. Haha. Lebih banyak bertanya tapi a few months later, LUPA! Kahkahkah.


16-Mar
2 hari sebelom MCO pertama Malaysia, aku sempat sign SPA. Kalau tak sign SPA aku rasa mmg lama lagi tangguh. Aku juga kene bayar jurunilai perumahan ye untuk satu badan valuer ni. Apa ciri2 sesebuah rumah tu untuk dinilai, kau pergi google sana hahaha. Sepanjang MCO dari March sampailah ke July, memang tak ada progress sebab banyak melibatkan badan-badan kerajaan untuk tukar hak milik property. Kami redha la lambat pon sebab sebenarnya tak berapa ready lagi nak hadap hutang bulan2. HAHA!

30-Sept
6 bulan menunggu process tukar hak milik sebab terkandas disebabkan MCO, akhirnya! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!! Kunci dah boleh collect. Kebetulan owner rumah lama aku kerja dgn syarikat guaman yang uruskan jual beli rumah ni. Advantage la bagi aku sebab alang2 tanya pasal progress rumah, dia pon boleh tolong jawap apa yang perlu aku tau utk rumah/kawasan tu. Dipermudahkan process semuanya. Lambat pon sebab2 yang tak boleh dielakkan.
 
Yang tunggu plot twist aku, haa baru nak cerita ni. Bila aku iklan untuk sewakan rumah ni, ramai yang tanya kenapa tak duduk je. Cerita dia begini, dah cantik2 plan nak duduk masa MCO hari tu, aku ada masalah sikit nak buat kerja2 berat untuk pindah rumah sebab lately banyak kali back pain. Masa entry ni ditaip pon aku sedang medical leave. HAHA. 
 
Sebab lain juga adalah, husband aku grab satu lagi rumah dekat Senawang. Alhamdulillah syukur tak terkata bila loan dah pon lepas. Memang rumah ni rezeki untuk anak kedua kami, InsyaAllah (walaupon belum ada lagi hihi). Beli pon sebab discount yg lumayan dari developer dan dekat dgn tempat kerja aku. Sekarang tengah tunggu nak dapat kunci!! Jadi, kami menyewa la dulu sementara nak tunggu rumah ketiga ni siap untuk diduduki. Semoga dipermudahkan segala urusan. Nak aku cerita pasal rumah ketiga kami? Tunggu next post ya! 

Appreciation post...
Thank you so much to my beloved husband for always be with me when I need supports and ideas. For always positive to hear my dreams and not underestimate it EVER. Thank you for encourage me to go for it without thinking too much on the risk I could face (every step of our life is risky, take it or leave it). Thank you for financial advices you gave me with financial supports too.

To my parents, I am glad to have you both in my life. You are the most kind-hearted couple who taking care your son and daughter more than everything. You are supposed to live in luxury after so much struggle throughout the years but you chose the most simple way of life and living happily with your family and cucu. I always dream to have a 'soft' heart like you two and happily live my future days. InsyaAllah Mak Ayah akan selalu ada dalam doa kakna dan kakna akan sentiasa buat mak ayah happy sampai bila2. 

It is not easy to be at this stage where you take the risk of your life to pay 2 or 3 houses in a month, what if you cant pay it on time and something happen in the middle? Nauzubillah, we need to think of other plan and emphasize our survival skill in future. To cut everything unrelavant, no expensive things, no costly travel until everything is stable. InsyaAllah. 

Struggle now or struggle later, I choose NOW.
 
Please pray that I can pay my houses without fail. In meantime, increasing my donation to family in need and sedekah more to stabilize my rezeki. 

Doa murah rezeki (Surah Sad:54)
 
I am looking for a good tenant for both of our houses. If you are interested, please let me know. May Allah smooth the journey!

See you again!