Tabung

Tuesday, April 30, 2019

Birthday Treat At Sky Dining The Shore

Salam gaiss...


Hari ni rasa semangat sikit nak cerita pasal perjalanan hidup kami yang tak seberapa ni hihi. Alhamdulillah, baru je jejak usia 27 tahun pada 28 April lepas. Masih belum boleh turunkan berat badan selepas 2 tahun bersalin. HAHA!

Sempena 27 tahun ni, suami aku bawak pergi makan tempat best. Itu pon setelah aku bagi hint aku nak makan kat tempat tak pernah aku pergi. Biasalah lelaki ni clueless (opps sorry Abi hihihi). So aku bagi clue sikit puff terus menjadi hahaha. 


Alhamdulillah, kali ni suami bawak aku pergi makan dekat PAMPAS Sky Dining yang terletak di Level 41, the Shore Residences (boleh click link untuk terus ke website dia). Korang kalau nak pergi boleh terus naik parking level 3A, then kene tukar lift ke level 41 untuk ke Sky Dining. Restaurant ni bawah je dari The Shore Sky Tower. Yang buta jalan macam aku, jangan risau korang takkan sesat sebab sign board banyak boleh follow.

1stly aku nak cerita pasal permandangan. Permandangan memang cantik habis lah, satu Melaka kau boleh tapau ambil gambar. Bukan view Melaka je yang cantik, tapi deco restaurant tu sendiri dah outstanding dah. Ala2 fairy tale theme gittew. Nak bergambar memang tersangat instaworthy la. Tapi aku sampai lambat dalam pukul 6.30 petang macam tu so aku hanya ada 45 min je sebelum sunset. 45 min berapa keping sangat gambar lah kau boleh ambil kenss. Hahaaha dengan nak layan perangai seketul Fayyadh lagi. Kalau nak pergi, kau sampailah awal sikit. Malam dah tak cantik sangat nak bergambar.


2ndly, safety. Bila cakap pasal sky dining ni dalam kepala aku dah risau macammana aku nak jaga Fayyadh yang lincah tak reti duduk saja ni. Jadi aku boleh khabarkan, safety dia memang tip top! Glass wall dia memang tinggi dalam 1.2meter lebih kurang kot so kau  yang tinggi 1.6meter pon tak mampu nak angkat kaki cross the wall. InsyaAllah selamat. The whole restaurant is covered by the wall so anak kau takkan terlepas tiba2 kat ground floor la sebab tempat ni memang baby friendly. Kau lepaskan je diorang bersiar-siar pon takde masalah. 


3rdly aku nak sembang pasal makanan dan harga. Kau naik restaurant ni takde la kene charge apa2 pon macam kau naik Sky Tower. Range harga bagi aku agak mahal lah tapi worth dengan makanan kau dengan view dan tempat yang cantik. Kalau kau suruh aku rate makanan sahaja, mungkin aku akan bagi 3.5/5 star. Tapi kalau rate dengan external factor macam view/safety/service aku boleh bagi 4.3/5 star. Hihi. 

List makanan yang aku order beserta harga
1) Mushroom soup - RM 20
2) French fries - RM14
3) Spaghetti Aglio Olio - RM22
4) Tandoori Flavored Chicken Breast - RM38
5) Mango juice - RM14

Untuk netizen yang biasa2 macam aku, setahun sekali kau nak rasa makan macam ni, okaylah! Jangan buat perangai mintak suami belanja monthsary korang sebab sangat membazir. HAHAHA! Kau boleh dapat western food yang lagi sedap tapi view yang biasha biasha. 


4th, pasal service dia. Mostly waiter diorang macam ramai foreigner but dont worry, they all can speak English. Service memang laju, they were nice to us. Ambilkan gambar banyak2 hahaha dan tolong layan Fayyadh. The service period is alright, kau tak payah tunggu berajam lamanya. Everything just fioneeeeee ~


Lastly, aku boleh kabo, tempat ni tidak mengecewakan. Aku happy gila dapat naik atas ni sambut birthday dengan family kecil aku. Terima kasih cik suami yang handcome lagi baik hati. Tahun depan boleh cuba tempat lain pulak hihihi. 


Pesanan penaja - hargailah setiap usaha pasangan kita. Tak perlu yang mewah2, sambutan berminggu-minggu, hadiah mahal2. Cukuplah kau ada satu moment dengan pasangan,  kau pandang mata dia dalam2, pegang tangan dia dan kabo 'terima kasih sebab buat semua ni untuk kita'. Pun dah cukup berbunga dah hati! Walaupon aku ada masa tak sempai seminit sebab tiba2 Fayyadh panggil suruh on 'mimi' nak bagi makan kucing dia (Talking Cat apps). Haihhh. 

Wednesday, March 20, 2019

Perihal Rumah Pertama Kami : Perit Getir Nak bagi LOAN lulus

Salam engkorang!

Ya Tuhan, lamanya tak update blog. Datang sini pon sebab nak membebel perihal beli rumah hari tu. Baru-baru ni aku ada update ig story utk campaign 'Buyer Get Buyer'. Mana-mana saudara-mara, kawan-kawan yang nak beli rumah di Scientex Durian Tunggal, boleh inform aku. InsyaAllah aku akan guide dengan lebih details. Guide free je korang! Tp kalau loan korang approve, jadi beli rumah sana, maka dapat lah aku sedikit imbuhan sebagai referral. Imbuhan ni pulak aku akan share dengan korang beberapa percent yang aku tak fikir lagi. hihi. So sambil beli rumah, dapat lah korang sikit duit poket. 

Lepas aku update kat ig story pasal rumah ni, berduyun-duyun kawan2 DM nak tau details pasal rumah. Bila tanya pasal rumah, mesti nak tau pasal process pembelian rumah pertama pulak kan. Cramp jugak jari aku nak membalas satu-satu tapi aku okay je. Sebab ikhlas nak tolong kawan2. Bukan ape, aku rasa beli rumah ni macam perlu ada kesedaran dari muda. Kalau aku tak kawin lagi sekarang, mungkin aku nak belajar pasal hartanah dan beli rumah banyak-banyak hahahha. Amboi, cerita beli rumah macam beli seluar dalam ke? HAHA!

Aku taknak cerita flow yang wajib korang buat (flow will be changed based on situation. Your house's developer rule, bank rule and etc will not be the same), tapi aku akan cerita flow yang aku dah buat sampai aku sign SNP. Nak cerita kat korang susah payahnya nak bagi loan lulus. Macam-macam cara kitorang buat. Tolong baca dengan positif ye, aku niat nak tolong yang belum ada rumah untuk lebih pencerahan. Ni, aku cerita pengalaman aku supaya budak2 muda macam aku boleh beli rumah.

Kriteria aku nak highlight dekat sini.
- kami kerja swasta
- kami takda saving
- kami baru 2 tahun kerja masa booking rumah
- kami target ZERO DEPOSIT
- kami target rumah baru luar bandar (harga murah lagi)
- kami booking rumah hanya RM500
- takda hidden charges (developer tanggung yg lain2)


Interior design dia cantik sangat okay!



Pada mulanya, aku tak terasa nak beli rumah pon sebab aku muda lagi. Aku fikir aku masih tak mampu, dengan masih fresh grad (masa aku start booking rumah ni aku baru 2 tahun kerja), dengan masih setahun jagung dalam perkahwinan. Kau paham lah kalau baru-baru nak bina keluarga macammana susah kau nak stabil dari segi kewangan. Sekarang pon masih tak stabil mana pon tapi alhamdulillah cukup segala.


Entah macammana satu hari aku ternampak newsfeed aku ramai orang like Facebook Scientex Height Durian Tunggal. Adrenalin aku tiba2 jadi laju nak tau details pasal rumah ni sbb fasa 1 bukak RM188k, Double Storey 4Bedroom, 3Bathroom dengan location dan keluasan yang bagi aku sangat-sangat berbaloi. Aku utara kan pada husband tersayang, alhamdulillah dia sambut baik je idea aku nak pergi usha rumah tu. Kami pon pergi la tengok rumah contoh. Tengok interior design dia sangat-sangat mencairkan hati aku ahaha. Dengan tak semena, terus pergi sale gallery untuk tanya lanjut. Tapi rupanya masa aku pergi tu Fasa 1 dah habis jual dan tak bukak lagi Fasa 2. Alangkah kecewanya. 

Aku tak perhenti kat situ, aku teruskan step2 di bawah ni.



Google eligibility

Dah kata rumah yang murah ni takde bukak lagi, aku pon start serious google info yang patut aku tau. Pertama, aku google eligibility (kelayakan) dengan gaji dan komitment aku macam ni berapa harga rumah aku boleh dapat. Banyak je blog2 yang ada 'home calculator'. Korang boleh guna dan masukkan je semua info. 

Nak tau berapa aku layak untuk buat pinjaman bank? Sadis gaiss, aku cuma boleh beli rumah harga anggaran RM150k je kot masa tu. Kenapa aku letak 'je' kat belakang ayat tu. Sebab kebanyakkan rumah under construction sekarang tak ada dah harga RM150K. Sebab apa aku pilih rumah under con, bukan rumah 2nd hand yang lebih murah? Sebab aku takda deposit! Jadi aku target rumah yang ZERO deposit (under construction house biasanya tak perlu deposit). Ni aku akan cerita kejap lagi.

Bila da tau kelayakan, aku ada target. Bila ada target, aku boleh sort out harga rumah ikot kelayakan aku. Tapi check eligibility kat google adalah anggaran je sbb in banyak faktor lain untuk setiap bank berlainan terms and condition. 

Check CCRIS 
CCRIS ni penting untuk korang tau kat mana kesihatan kewangan korang. CCRIS akan ambil kira semua hutang piutang korang dengan bank. PTPTN, loan kereta, loan personal, kad kredit dan etc. Loan dengan mak tak termasuk ye hahaha. Boleh check online je, korang kene bayar dalam RM15 kot untuk seorang punya report. Bila check aku macam ada sangkut sikit dekat PTPTN. Kejap lagi aku bagitau cara macammana aku clear kan ni.


Survey house

Yang ni aku paling suka. Sebab boleh jamu mata dengan rumah yang sangat cantik tapi kebanyakan yang cantik dan murah berada di jauh pendalaman dari tempat kerja kami. Biasa aku banyak buat pencarian di mudah.com, facebook, dan semestinya google.


Dah jumpa rumah yang sesuai dgn gaji kami, terus collect information dari developer. Tanyalah harga jual rumah, discuss pasal kelayakan dan sebagainya. Benda yang aku respect pasal agent2 rumah ni, diorang kebanyakan tak lokek ilmu. Aku tanya, diorang rajin je melayan. 

Jatuh hati kat dapur diaaaa


Booking (rumah under construction)
Dah survey rumah tapi hati aku masih terpaut nakkan rumah Scientex ni. Aku pon try hard, call lagi tanya fasa seterusnya dah bukak ke. Bila seller cakap dah start boleh book, terus mintak husband aku buatkan bank draf RM500. Aku punya gigih, masa tu aku kerja dekat Ayer Keroh. Jadi sempatlah aku pergi booking rumah masa keluar lunch dengan husband aku. Tak tunggu apa dah gais. Takot habis lagi. hihi. Tapi bila kami sampai, rupanya Fasa 2 dah naik harga RM198K. 188k tu early bird je kot.


Bila dah tau kelayakan sendiri, aku cuba check kelayakan kalau aku join loan dengan husband aku. Sebab aku tak yakin aku boleh lepas loan rumah yang aku nak ni. Jadi masa aku booking ni, aku terus letak nama 2 orang. Orang cakap ada pro and con kalau beli 2 nama. Aku yakin kalau permulaan yang baik insyaAllah akan berakhir yang baik-baik2 je. Ada rezeki lain insyaAllah boleh la aku beli rumah sendiri nanti. Aminn!


Processing loan
Part ni yang paling critical sekali! Berdebar nak tunggu loan lulus. Pemaju bagi kitorang 4 pilihan bank dan diorang akan submitkan booking name kita ke pegawai bank. Pegawai bank pon akan follow up dengan kita, kita kene submit semua document yang diorang nak contohnya payslip 6 bulan, bank statement dan apa entah lagi aku tak ingat. Boleh google je kawan2. Bila dah submit, bank pon view kitorang punya kelayakan. Dari 4 bank tu, 3 bank je contact kami. 2 bank dah reject application kitorang. 1 reject sebab aku masih baru kerja, saving tak cukup dan kad kredit (sebab aku baru lepas buat installment kat sen heng dan dia akan kira total kite dah guna hihi), 1 reject tanpa bagi alasan apa (senyap macam tu ja). 1 bank je tinggal untuk kami, time ni dah berdoa banyak2 harap boleh lepas. 

Alhamdulillah, pegawai bank yang deal dengan kami ni sangat baik dan guide kami macammana nak dapat approval. Aku ada sangkut PTPTN beberapa bulan tak bayar, jadi macammana aku settle kan? Tadi aku dah cakap aku mmg takde saving yang banyak kan, jadi aku keluarkan KWSP untuk bayar tunggakan PTPTN aku. Dan aku kena pergi PTPTN untuk dia keluarkan surat yang menyatakan aku dah bayar habis dan takda tunggakan. Kad kredit pon aku settlekan semampu mungkin. Alhamdulillah, akhirnya bank call kata boleh approve. Masa tu happy gila. Tak sangka sebenarnya boleh approve bila dah tau CCRIS kau tak cantik sangat tapi rezeki Allah tu sentiasa ada kalau kita berusaha. Husband aku yang banyak deal dengan pegawai bank ni =) Oh, ada satu rahsia yang aku buat sepanjang process ni. Aku amalkan doa ni. 



Offer letter
Dalam 2 minggu lepas loan approve, kami pergi sign offer letter dari bank. Process ni kejap je, pegawai bank terangkan sikit2 pasal MRTT dan kaedah bayaran. Kami yang 1st time sign offer letter ni tak tau pon nak tanye apa. Hahahaha. Poyo2 je datang buat muka macam tau tapi dua dua saling berpandangan hahahha. Dah sign rasa bersyukur sangat-sangat, rezeki anak pertama.

Loan aku ada mark up sikit sebab insuran MRTT nih. Nak tau lanjut pasal insuran ni, korang google je lah sebab aku tak pandai nak cerita haha!

Sign Sales & Purchase agreement
Ni part yang paling senang. Dapat call dari pihak guaman untuk datang sign S&P. Aku dengan husband pon datang, check sikit2 agreement tu dan sign. Bagi orang yang pertama kali nak sign S&P, tak banyak soalan yang boleh diutarakan. Tak banyak juga section yang familiar dengan pengetahuan kitorang. Sebab tu aku classify kan process ni paling senang. HAHAHA!

Bayar hutang!
Dah habis sign S&P, beberapa bulan lepas tu kami dapat hardcopy dari lawyer. Maka bermulalah berjalanan kami nak hadap hutang yang berharga 2XXk ni. Jangan risau, kalau rumah under con, kebiasanya korang akan bayar guna 'progressive payment' method. Maksudnya, bayar sekadar progress rumah korang. Developer akan claim dari bank berapa % rumah korang naik, jadi bank akan deduct duit based on percent yg developer claim. Setakat ni rumah kami dah siap 45% tapi kami masih bayar tak sampai RM300 bulan2. Bab calculation progressive payment ni korang kene tanya apa yang arif la. Level aku punya math macam tak paham lagi macammana diorang kira sbb tak pernah diterangkan pasal formula ni hahaaha. Korang masa sign offer letter nanti boleh la tanya benda2 macam ni. Kalau yang tau, boleh PM aku bagitau detail kiraan ni. =)


Alhamdulillah, sebab umur kitorang masih muda (beli rumah umur 25, S&P settle umur 26), jadi kitorang dapat buat pinjaman 35 tahun. Jadi bulan2 hutang tak sampai pon lah 1k nak bayar bank. Macammana kami boleh yakin nak bayar 1k/month dengan komitment yang tinggi sekarang ni? Entah lah, kami tawakal sambil berusaha buat2 kerja sampingan. Jual bantal contohnya, buat print survice, join campaign 'Buyer Get Buyer' ni. So korang kalau nak pergi tengok show house, boleh rojer aku. Nak beli bantal pon boleh rojer aku. Aku jual bantal DAS ABDUL HOTEL COLLECTION. hihi.

Jadi begini jelah cerita aku. InsyaAllah, kami tengah usaha untuk rumah kedua. Tapi rumah low cost je kot. Buat investment. Harap-harap loan lulus (padahal tau dah CCRIS macam tak perform sangat) hihi. Doakan kami, semoga rezeki kita semua dilimpahkan bak pasir di pantai.

Sapa cakap kerja baru setahun dua tak boleh beli rumah? Sapa cakap takda saving tak boleh beli rumah? Sapa cakap umur 25 tahun masih muda untuk miliki rumah idaman? Semua tu cuma mainan kat kepala korang je. Ada niat, teruskan je. Kalau dapat, rezeki korang. Kalau tak dapat, mungkin ada rezeki lain tapi korang dah cuba utk lalui process2 ni. Jadi untuk next trial dah tau dah apa nak buat. Semoga korang diberi kekuatan untuk teruskan niat nak beli rumah. Jangan give up okay! Kalau loan tak lulus, tanya dan usaha sampai lulus. Jangan awal2 dah cakap 'TAKOT TAK LULUS LOAN'. Jadi memang selamanya korang 'TAKOT UNTUK BUAT LANGKAH PERTAMA'. Kita usaha dan takawal, Allah yang tentukan =)

Nak tanya details lagi, boleh rojer aku dekat instagram aku : hanazzzainal