Tabung

Monday, May 24, 2021

Perihal Rumah Ketiga Kami: Mark up house loan?

Alhamdulillah syukur nikmat rezeki anak2, dapat kami menumpang. Dah lama nak share pasal rumah ketiga ni tapi dah admitted baru ada masa nak mengarang. Ini pon bersambung masa maternity leave.




Jap jap.. nak justify dulu siap2. Post ni bertujuan:
  • Untuk rujukan masa depan kami
  • Untuk memperingati susah payah di awal perkahwinan kami
  • Untuk juga penambah bahan bacaan dikala PKP 3.0
  • Untuk suntikan semangat keluarga kecil untuk terus kejar impian (atetiberrr)
Ok start. 

Pencarian bermula dari awal tahun 2020 lagi dengan niat nak duduk rumah sendiri. Cari punya cari, tak ada yg murah gais dekat Seremban ni. Yang murah maksudnya terkenan dihati dan selesa nak duduk. Alih2 sebelum MCO 1.0, terbeli rumah kedua bukan untuk duduk, tapi buat investment. Yang nak baca perihal rumah kedua aku boleh pergi link ni --> SINI

Tak rasa terkilan, lepas beli rumah kedua masih pasang niat nak jugak rumah utk duduk sendiri. Degil dan gigihnya kau nak menggapai impian kannn. Walaupon deposit dah takda sebab dah pakai utk rumah subsale kedua. Cuba la juga cari mana2 developer yg tawarkan zero deposit. Tujuan hakiki memang nak buat rumah utk duduk sebab bayar sewa pon dah RM900/month. Kalau beli, takde la sayang sangat RM900 tu sekurangnya bayar installment rumah sendiri. Sampai ke Sendayan kami view rumah siap view D'tempat country club. Punya seronok tapi harga tak mampu milik.

Mahal sungguh.. Tapi tak give-up nak gapai cita-cita, nak selesakan anak-anak dan keluarga besar. 

Satu hari, tiba2 tergerak hati nak google satu developer ni aku namakan dia SEP. Macammana boleh tergerak, sebab kami selalu pergi makan shell out dekat kawasan ni dan ternampak ada project baru tengah open sale. Mungkin dah memang takdir terlukis yang masa depan kami kat sana, rasa something special je kawasan tu. Giteww. Jadi aku saja-saja lah visit website dia and tengok jenis2 rumah yang diorang developed. Tengok in real life memang design besar dan cantik. Tiba-tiba nampak ada offer best untuk selected lot. Kene try ni, getusku. Eh berdialog pulak.

Memang ciri-ciri rumah idaman la untuk keluarga kecil aku. Rumah siap + discount 25%, 4 bedroom + 4 bathroom + 1 store room, FREEHOLD (ni paling buat sis terpaling berkenan) dengan 20x60 sq feet dan booking serendah RM500. Yang penting, ZERO DEPOSIT! Haaa. 


Tak tunggu lama, aku terus isi form online and puff laju seller dia whatsapp. Alhamdulillah dapat seller yg betul2 nak tolong bukan hangat2 tahi ayam...

Nak aku mention kat sini, aku pilih kawasan rumah dan berurusan dengan sales executive ni sendiri untuk suami tercinta dari A to Z, from booking to key collection! Punyalah baik isteri gini, mana nak cari. KAHKAH. Kat bawah aku cerita kenapa kali ni aku tak join loan.

22-Jun-2020
Bermulalah conversation aku dengan sales executive yang dilantik untuk entertain aku. Hari yang sama aku mintak nak view show house pukul 6.30 petang. Punya gelojoh! Nak kata interior design untuk showhouse ni cantik, aku dah masuk banyak showhouse, developer ni yang paling tak cantik! HAHAHA tapi aku berkenan la dengan design rumah, material dan fasilitas yang dia sediakan.

Belanja gambar lampu dan langsir rumah kami.

23-Jun-2020
Masa aku datang view ni, semua rumah dah fully booked actually, tapi diorang buat system vouchers untuk cover kalau ada loan reject, next vouchers ni yang akan slot in. Alhamdulillah, ada rezeki kami sebab ada loan reject dari orang lain. Yang aku respect seller ni, dia tolong kami book dan dapatkan voucher number dulu sebelum dia check kelayakan loan husband aku. Jadi jangan give up kalau seller bagitau rumah dah fully booked. Kalau kenan, kayuh sampai jadi!

Gambar under construction


7-Jul-2020
Alhamdulillah, ada slot untuk kitorang lepas 3 minggu tunggu. Pasal loan, SEP dah arrange dengan banker diorang. Jadi senang sikit la kerja kami, tak perlu cari banker luar. Tapi kami try jugak sorang banker dari Maybank (kawan husband recommend), tapi tak lepas gais. Kat sini ada tricky sikit pasal loan. Aku buat dalam pointform la, senang nak digest. 
  • Ingat tadi aku bagitau developer ada bagi discount 25% kan, tapi harga yang tertulis dalam SPA (sale and purchase agreement) masih kekal 100% ye. Jadi harga rumah yang kami beli kekal 100% dalam SPA, letter offer dan semua official document. Pinjam loan 75% which is actually equivalent to 100% loan for buyer side.
  • Kenapa tak apply loan together-getherrr (aku dan husband)? Jawapannya, RUGI dari segi keperatusan nak dapat loan yang paling maximum. Kalau kami join loan, kami cuma layak apply 70% je. Lagi 5% kena topup. Walaupon rumah ni adalah rumah kedua husband aku, tetap dikira rumah ketiga buat kami kalau join loan sebab salah sorang dah buat loan 2 buah rumah. Haa kau paham tak? Senang cerita aku tak join loan la kali ni. 
  • Memorandum of Transfer (MOT), stamp duty dan legal fee kami kene bayar sendiri memandangkan free MOT cuma untuk rumah pertama. Jadi apa kami buat? Discuss dengan banker dan wakil developer (sales executive) untuk mark up loan lagi 5%. Lagi sekali, jangan give up. Cari jalan macammana nak cover expenses lain. 
  • Total cashback dari loan ni adalah 5% yang kemudiannya kami buat untuk bayar MOT dan stamp duty. Balance tu kami buat untuk renovate rumah ala basic.
  • Maka dengan ini, RM500 sahaja wang yang kami keluarkan untuk booking rumah ni. Itupon RM500 ni kemudian diorang tolak untuk api dan air installation. Haa senang bukan? Tapi realitinya tidaklah semudah tu. Post lain aku akan cerita macammana struggle nak bayar hutang2 rumah ni. 
  • Jangan buat2 lupa, kalau make up loan, bulanan juga akan tinggi dan sebenarnya ada RUGInya. Lebih elok ada cash untuk kurangkan bayar interest yang kau tanggung 35 tahun tu. Tidak la digalakkan mark up loan tapi untuk marhen takda deposit macam kami, boleh try dan kemudian buat la next plan untuk bayar principal lebih dari sepatutnya. Pentingnya ilmu untuk selarikan kemampuan dan kemahuan korang.
28-Jul-2020
Doa hari2, alhamdulillah loan approved. Bermulalah aku follow up pasal loan reimbursement sebab HQ bank shutdown, ada kes COVID. TNB and SAINS installment developer uruskan siap2 guna duit deposit kita.

Our simple kitchen kabinet. Sekarang dah tukar all black hihi.

23-Nov-2020
Finally.... Alhamdulillah. Dapat collect kunci. Syukur tak terhingga. Rupanya masa banker inform loan approved tu, aku pregnant anak kedua gaisss. Patut la smooth je urusan beli rumah ni, rezeki pendatang baru dalam keluarga kami rupanya. Subhanallah...... Jangan berhenti bersyukur dengan apa adanya, sebab itulah kekayaan yang sebenar.

Start dari collect kunci, cepat2 cari contractor untuk install benda2 basic macam grill, fan, lamp, safety grill, kitchen kabinet, door bell, aircond dan etc. Rezeki kami dapat contractor yang boleh buat semua benda ni kecuali install aircond. Bagi aku senang ambil satu contractor supaya kerja cepat jalan dan senang nak follow up. Renovation dan installation semua tu within 2 months. Kami start pindah 2 Jan 2021 tahun ni. 

Itu je lah cerita kami setakat ni. Akhir kata, belilah rumah ikut kemampuan dan tujuan. Jangan terkejar-kejar nak beli rumah tapi kurang ilmu dalam pengurusan kewangan (aku la tuuu yg kurang ilmu tuuuu). Kita belajar sikit-sikit lama-lama tak sedar hutang rumah sampai 3 buah. 

pssstt: Someone really need to coach us how to manage our financial flow perfectly due to additional member to our family. We overlooked/forgot to really consider/include new family member expenses during our husbwife yearly commitment meeting hahahahha. We only knew that I was pregnant after everything was settled (loan dah approved). Tapi insyaAllah, akan kami usahakan untuk tak sangkut bayar bulan hihi! Ada hikmah. Doakan kami.

Memang Eihab Fahri, anak ummi pembawa rezeki yang tak disangka-sangka. InsyaAllah, semoga umi abi terus boleh bahagiakan Wael Fayyadh & Eihab Fahri. 

Terima kasih husbandku sebab bagi kita peluang uruskan dari booking sampailah collect kunci. Dan terima kasih sebab sanggup ketepikan impian nak tukar kereta baru dan dahulukan beli rumah untuk keluarga kecil kita. InsyaAllah, demi masa depan.

Ok last, semoga post ni dapat suntik semangat untuk keluarga kecil nak beli rumah. Kami tak kaya, cuma kami rela berkorban gaji bulan2 bayar hutang demi kelangsungan dan keselesaan hidup anak-anak dikemudian hari. Gituew. Good luck korang, don't give up to pursue your dream!



thanks for reading...