Tabung

Thursday, June 16, 2016

Tadom Hill, Banting



Salam, 

short vacay kami kali ini adalah ke Tadom Hill resort! 


Yey. Jumaat, 15 Apr merupakan cuti for Declaration of Melaka as Bandar Bersejarah jadi apalah salahnya kita buat sejarah sendiri dengan meleraikan simpulan tali-tali kebingungan hadap reality hidup. Cehh. Travel geng kali ni adalah dari geng LEADS sendiri. 



thank you google for this photo. we didnt have any outstanding photo to share on especially at this area sbb aku gayat nak naik k bye

kami gerak dalam pukul 8 pagi dan sampai ke Banting dalam pukul 10 pagi. Boleh terlajak jalan pulak, luckily one small guy was planting around. Rupanya kene masuk celah jalan lepas jumpa car wash. Haa gituew. Masuk2 ja memang sangat2 teruja sebab aku suka kampung style view. Natural. 

So kami dengan tanpa melengahkan masa terus saja check in. Tak mahal pon. Disebabkan weekday, RM20 per entry. Kalau weekend up to RM23-25 depends on their rate lah u should google on that but normally not more than RM30 per person. Worth your 20 lah bila dapat photo yang cantik tanpa try hard. haha 

tapi aku nasihatkan awal2, cuba lah cari Go Pro ke utk wide lens masa taking photo. Pinjam lah sehari dua Sangat rugi sebenarnya sbb kawasan luas tapi guna lens biasa. Hehe



Kau nak berendam berjam jam lamanya pon boleh. Takde hal. takde limitation pon as long as kau tak hilangkan gelang di tangan. Reminder yaa, ini bekas lombong yang kau tak boleh jangka berapa dalam dia pergi. So, for those who cant swim please use life jacket before entering the water. 

Apa yang boleh aku katakan, tempat ni sangat unik dimana aku boleh rasakan suasana yang jauh dari bandar dan tenang. Perfect place for you to relax and unwind from the hustle and bustle of any town! Get in touch with nature with beautiful view while relaxing in their Bambo Hut ahhh ruginyaaa tak try sleep over kat sana.


Dengar cerita camping packages dia affordable, aku kalau lepas nikah agak2 nak honeymoon husband nak bawak sini pon dah happy sangat sangat dah. Kekeke. 

Aku memang sangat suka suasana ala kampung macam ni. Teringat dulo2 tinggal kat kampung dengan Uwan sangatlah seronok. Main masak2 bawah rumah, nyalakan api dan pasir sebagai ruji utama kami untuk memasak, main panjat2 pokok sampa gedebok jatuh atas tanah. Ahh menggamit kenangan...


Ada pulak buaian tengah Emerald Lake ni. Dah semua ambil peluang laaa nak ligan atas tuh. Tak sedar gemok kau hana ye. Gigih




Bamboo band dia pon boleh tahan kukuh. Jadi kau tak perlu risau kalau gemok ke hape sebab capacity 1 raket boleh kayuh 4 orang. Janji pelan2 kayuh yaa.




Macam dah takde benda nak cerita. so girls, here was the memory of us, may this happiness and relaxing day can be remembered forever. Thank you all for quality time. Miss you girls a lot <3 font="">

Tuesday, April 19, 2016

Mendaki pula ke Bukit Batu Putih, PD

Salam, 

hah rasanya lama dah aku simpan gambar2 ni. Last few months punya cerita, 9 Jan kot. Join member rumah yang aktif hiking. Kita cuma picisan je ikot mika. Hehe. Yang best bila dapat kenal lebih dekat geng2 baru dan bertukar cerita kerja masing2. 

Jadi, aku dari Melaka terus ke PD. Gerak awal pagi hokayy, dengan sarapan berbekalkan kudrat dan senyuman sang tercinta. Eh!


Bukit Batu Putih ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, pintu masuk dia betul-betul sebelah Ilham Resort (boleh la engko google sekarang). Bayaran masuk adalah RM1/person apahal murah sangat entah. Kami masuk free jaaa, sebab? Kak fujie belanja hehe murah rezeki dia. 



Kenalkan geng baru aku, hehe. Mira, Kak Mey, Kak Fujie, Becky, Iqbal, BF Becky. Bila nak repeat lagi ni? Seronok sebenarnya ada ramai geng travel/hiking ni. Ada event kita ikot ja. Senang keje aku ni. Plan orang lain, aku tukang memeriahkan je sebenarnya. Muehehe

Track Bukit Batu Putih ni serius tak mencabar sangat. Kami hiking sambil bergambar, sebab tu rasa tak penat kot. Haha. Boleh sampai ke puncak tak sampai 15 min rasanya kalau lupakan dunia semua ni. Track pon senang tak payah acah2 sesat ke apa lah sebab kawasan luas dan terang. Amat nipis possibility nak sesat. Nak naik pon ada jalan tar lagi. Mudahnya hiking bebudak skarang. haha


Layan view yaaa! sambil layan muka aku sekali muahahhaa.





Aku cuba juga cari sedikit info pasal Bukit Batu Putih ni. Manalah tau ada sejarah atau dogengan sikit asal usul batu ni jadi putih. Dari segi sains geografi aku taknak sembang lah pasal bukit ni pon berada di bawah jagaan Hutan Rekreasi TJ PD. Kalau jadi bawah jagaan aku boleh juga aku kaji hasil lumayan darinya. Hmm



Puas lepak puncak, kami lepak pantai pula. Sambil main loncat2 dan jadi tarzan. Nak kabo pasal air dia memang cantik masyaAllah. Biru like a Blue Lagoon. Cepat letak Tanjung Tuan ni dalam wish list korang. Aku tak kuasa kau asyik meroyan kabo cantik tapi tak usaha nak pergi. Kehkeh iklan #JOMSUKAN


Banyak jalan nak ke pantai ni dari puncak bukit td, so ikot gerak hati engkorang. Agak2 macam dengar hayunan ombak membelai pantai tu, follow la. Hidayah milik Tuhan. Haa gituew. Ada juga rumah api yang engkorang boleh usha sepanjang perjalanan. Itu kau usha lah sendiri nanti. Aku rushing nak habiskan entry ni. Nak tido besok nak keje.





Habis lepak pukul 12 kami dah gerak naik sebab perut dah lapar nekharei. Maka berakhirlah ekspidisi kami kali ni. Nak cerita lebih tak boleh sangat sebab aku dah delay post ni selama 3 bulan rentetan event besar dalam hidup yang perlu aku selesaikan. Ecewah. So, hope korang dapat bayangan sikit keindahan Bukit Batu Putih ni. Jangan risau kalau 1 st time pergi tanpa guider, because its always a way to get out of this jungle. Good luck!


To my hiking geng, terima kasih! Hope to hear update from you guys soon. Eager to join your next event, even struggling in event planing is not my job. HAHA sorry was busy lately. Enjoy hiking with you guys! =)
bye!



Saturday, March 19, 2016

Majlis Pertunangan Hana Zainal & Daus Masnim

Alhamdulillah, all praise to Allah. 

Post ni bertujuan nak share sekelumit kebahagian dari kebahagian yang abadi dari sekecil umat seperti Hana ni. *kecil ke?*. Seeloknya tunang ni tak perlu digemburkan tapi kalau dah aku keje meghoyan upload gambar sini sana tang mana tak digemburkan tu. My bad. haha. So pertama sekali, terima kasih sebab sudi click link ke blog ni. muahha. 

Nak diringkaskan cerita, baru2 ni bersamaan dengan 12 March 2016, terikatlah satu tali pertunangan dengan incik tunang. Pergh berpeluh aku nak habiskan ayat tali pertunangan tu. Nervous betul rasa macam rasa nak sarung cincin oleh bakal mak mentua. Festime tunang mmg cenggini kot. kahkah


Persiapan tu pada mulanya sangat sederhana. Segalanya aku beli sikit2 dari bulan 1 sampai 3. Maknanya preparation tu within 3 months la aku buat dengan menghabiskan segala simpanan gaji yang ada. Ada yang bertanya bajet tunang aku. Frankly speaking, majlis aku nak kata membazir tak, nak kata jimat sangat pon tidak. Jadi di mana aku nak clasifikasikan majlis aku ni? Itu terpulang ke kau orang la macammana nak judge. Lain orang lain judgement hewhew. Bagi aku syukur alhamdullillah, majlis yang sederhana dan bebas hutang. Tambahan pula incik tunang support pelamin dan baju sekali. So tk beban sangat. Kehkeh


Jadi, benda pertama aku buat adalah fikirkan tema. Tapi benda ni aku fikir jauh sampai aku hanyut dengan angan-angan sendiri. Masakan tidak, google sini cantik. Google sana pon cantik jugak. Habis kau kabo la kat aku macammana aku nak buat decision. Selama aku bekerja, benda paling susah aku hadap ialah buat decision dan judgement sendiri. Sampai nak fikir tema tunang pon aku blur, makanya aku buat decision sendiri iaitu 'Tema Asalkan Cantik.' Jadi terhasillah hantaran yang aku buat sendiri dengan bantuan maksu Intan. Kahkah jimat tak? Berseni jugak tangan kakna ye. Sila usha gambar.


Yang specialnya aku rasa tang tag hantaran tu. Rasa bangga pulak boleh hias hantaran sendiri dan design tag ikot suka, print free kat office dan laminate kat kedai. tak sampai RM4. Muahaha. Dulang hantaran aku dapat selai RM10 kat Nilai dan bunga2 ni sangatlah murah kat kedai bunga Tampin. Bunga hantaran konon nak cari pastel color tapi bila dah shopping dgn kak midah engko hmm semua selera kite dia tak suka. kahkah


Baju aku simple, beli kat Nilai jugak tak sampai RM200. Tapi veil tu mahal sikit sebab aku dah letih nak mencari yang paling murah. Buat muka manis sikit dapatlah RM80. Boleh la aku recycle buat masa nikah nanti muahhaha. Pelamin pulak aku ambil dari orang kampung seberang. Bagi aja apa2 gambar dari sumber google dan dia akan gubah sebijik mcm pelamin angan kau. Kenyit2 mata sikit dapatlah RM350 pelamin cantik macam tu walaweh murah gilaaaa. Ada yang kabo mcm pelamin kahwin, nk buat gane terover pulak. PM for more details. kehkeh. 


Ada yang tanya make up ke? Haa make up tu cousin aku yang tolong make up kan. Dia punya bag make up pon dah mcm tool box aku besarnya. Yang gigirl dalam cousins aku rasanya dia sorang la kot. Jadi eloklah kiranya aku serahkan pada Emma dgn bantuan Ummi (auntie comel aku). Jadi dah jimat kat situ. Thank you emma and ummi, boleh bukak bisnes dah hehe.



Masakan rewang makcik2 kampung batang rokan, terima kasih makcik2 muah siked. Feedback dari tetamu lauk daging gulai pisang, ayam golek, labu masak lemak, ikan masin cicah belacan sedap betul. syukur Alhamdulillah. aku sempat rasa ayam golek dgn daging gulai je, itu pon Datin Aloy yang suapkan. Thank you nok! Lepas majlis lauk semua habis yang tinggal daging gulai aje sobss apelah nasib kekeke. Syukur makcik2 dapat bawak balik berbungkus bungkus lauk.

Terima kasih tak terhingga buat keluarga yang sempat hadir memeriahkan majlis. Alhamdulilalh. Tak sempat nak bergambar dengan semua family. Bz kat dapur lettew. Tak lupa buat kawan2 sekolah dan UTeM yang sempat hadir. Thank you girlfriends dari LEADS (ieda, zura, aloy, aina, nisak, jie) and my batchmark couple suebib hahaha. 




#inibaruleads #tudungnisakspoil #memberbaik #leads0509 #leadspower #stjmaju #gengescapeprep #gengmakanmalam #gengtravel #genggosip #girlsgeneration #eh



special thanks to Aline! Yang jadi my best bro sepanjang persiapan aku hingga ke hari majlis. Dia lah yang datang paling awal dan tolong aku dari sekecil-kecil perkara. Dia orang pertama yang tau ayah nak tunangkan aku sebab terang2 ayah book tarikh majlis tepek kat whiteboard mesjid kampung (due to low capacity of manpower and company tools to be rent). Cehh. Baru nak surprise kahkahkah. Best bro dari tadika sampai sekolah menengah, love you lin! hihi tacing pulaks.

orang kuat majlis, pakcik jenal dan kak midah engko hiks. Ayah paling excited nak buat kenduri. Aku tak fikir tema apa lagi dia dah book ayam golek dan khemah arabian kahkah. Sayang ayah ketat2. Susah betul iols nak panggil mika ni bergambar. Lepas tu sang abah kene paksa kiss aku kekkeke. Love you both mak ayah terima kasih izinkan kakna jalan dulu :D Mak tarik tangan kakna dari bilik sampai depan untuk sarung cincin, nak tau sangat2 apalah yang mak rasa time tu :(

Perbincangan dari kedua belah pihak, wakil dari keluarga aku adalah Pakngah diakhiri dengan bacaan doa dari Ayah. Dibuat secara ringkas katanya. Aku duduk dalam bilik leka buat kelaka dengan kengkawan. Acah2 kuat dan tak nebes. Kakakka. 

Part paling kemuncak penglibatan aku dalam majlis ni. Sarung cincin, gupppplll. Mama Zayidah punya penangan buat Hana sejuk tangan tahu. Terima kasih mama sudi lamar Hana jadi menantu. Eh? Mama puji kite cantik auch pikapline kalah anak dia. Muehhehehe. Terima kasih buat keluarga incik tunang yang datang jauh dari Kedah yang sama2 memeriahkan majlis. Officially engaged! Alhamdulillah. 
Terima kasih pada semua, tak mampu Hana nak sebut sorang2. Allah rahmati anda semua insyaAllah. Atas doa dan segala usaha. Tak lupa buat photographer Amar Arif!! Gambar cantik sangat aku tak rasa engkorang akan menyesal kalau hire dia. Hihi. Selesai majlis sempat lah outdoor shoot kat kebun jiran. 
I may not be able to show all the happy faces on that day. But what i had were such a blast, unstoppable smile and great doa from families, friends and all of you. Thank you for the wishes. May Allah bless this engagement and easy our journey to step on next stage. InsyaAllah. 

Dear Incik Tunang, 
Thank you for the rings. *lain2 wish kite sambung kat whatsup la eh eh* :p



Moga dipermudahkan segala perjalanan ini. Amin. Thank you for reading! Doakan kami hingga ke pelamin kawen. :D

Photographer : Amar Arif
Make up : Stifa Emma, Ummi Ella
Baju & Veil : Peach Lace @ Nilai 3
Flower bouquet : Flower Shop Tampin
Pelamin : Mira & Cik Midah
Dulang Hantaran : Wismart Nilai 3
Hashtag : edaykakna