Tabung

Wednesday, June 10, 2015

Gunung Ledang, Johor


Salam korang,
Kembali menceriakan hari anda dengan cerita hana ahhaha.

Actually nak cerita experience hiking beberapa minggu lepas, sambil cerita boleh jugak buat rujukan para hikers yang nak ke sana. Ecece jangan mimpi lah. Aku malas nak buat tips ke ape. Ahhaha. Ni ada yang dah buat complete tips ke sana, sila jenguk SINI. Aku nak buat story style aku je haaa. 

2 minggu sebelum tarikh kejadian, Nizal kawan intern aku ada tanya nak join tak satu event ni bebudak CTS buat, asalnya ajak aku sbb nak cukupkan 20 orang je. Itu aku cerita kejap lagi lah. Aku nak sembang moment dia ajak aku hiking ni sabajap.


Taman Bonsai
Bermula saat dia tanye tu aku terus jadi gelabah nen sebab aku sangat2 nak join tanpa fikir akibat dan kesengsaraan yang bakal aku lalui. Ecewahhh. Gaya mcm tersiksa habis je. Jadi start hari tu aku punya menunggu 26 May ni mcm nak tunggu sambut baby hahahaha. Aku ajak D sekali dan 2 orang lagi old intern yang tengah menganggur kat rumah tak buat apa, si gay Prakash dan annoying Bush.


Bermula isnin malam macam2 preparation aku siapkan. Misalnya lampu suluh, topi masuk kebun, stoking panjang, 100 plus isotonik dan pelbagai lagi. Nak kate first time hiking tak jugak. Nak kata banyak kali hiking pon tak jugak. Okaylah, baru dua kali. Hmmp

Jadi geraklah kami satu kereta pada pukul 4.30 pagi dari Alor Gajah. Punya lah awal aku bangun kau tau tak! 4.15 bangun, 4.25 gerak rumah prakash letak kereta sana. Dalam hati asyik bersungut kenape kene bangun awal padahal Melaka-Tangkak bukan jauh mane pon. Bedah punya organizer hahahaha.

Sebelum naik boleh lah senyum kambing.

Dalam kereta jangan cakap lah mcmmana rancaknya semuorang bukak mulut. Sampai cerita aku dekat AUSP pon si gay dan bush nak bukak sama. Nasib baik lah D malas nak layan. Sangat happening walaupon diorang ni mcm jilaka siked.

Sebelum naik, ada satu declaration form, tagging list for visitors. Kita perlu isi apa yang kita pakai dan bawa and make sure korang bawak balik semua sampah turun ke bawah. Ada denda okay kepada mereka yang degil.

Jadi bermula lah journey kitorang pukul 9 pagi selepas selesai buat warm up sikit. Gugup jugak aku masa tu. Yelah kau bayangkan aku bawak berat sendiri dan beg berisi 2 botol air. Kalau terkehel kaki atas tu sape nak menjawap? Nak suruh orang dokong? Hmmp

Sebenarnya gambar dah serabut mane satu CP1 mane satu CP2
entah ahh malas nak fikior



Masuk hutan, niat cuma nak sampai ke puncak dan turun balik dengan selamat. Takde niat lain. Syukurla, takde apa yang mengacau dan masalah besar sepanjang perjalanan kitorang. As i heard a few days after our hiking, one of auo employee punya husband kene kacau dengan benda2 ghaib just because they went down masa maghrib. Scary gila boleh takk.

Alhamdulillah, aku, bush dan D gerak balik lambat (dlm pukul 8 baru sampai bawah) tak kene kacau apa2. Just seram sikit lah bila nampak pokok2 hitam dari jauh macam lembaga hitam tengah staring kat kite. Tak pakai spek pulak HAHA.

Bukit Semput

Sepanjang perjalanan takde ape yang merunsingkan kecuali rasa menyesal sangat2 masa mendaki tu gilaaaa what was in your mind hanaa for the first time Nizal ajak naik tu? Are you lost your mind? Tak padan gemok nak daki gunung ha ha ha. Tapi aku relax je, teruskan perjalanan sampai ke puncak. Bila sampai puncak sumpah rasa tak menyesal langsung. Berbaloi naik penat2 tengok view yang Subhanallahhh.

Sempat selfie like a bij
Kawan2 AUSP yang gila mcm lembu
Tapi masa nak turun pon jadi hal jugak kaki dah rasa ya allohhhh ape lah dosaku punya tersiksaaaa. Nasib baik kawan2 yang kelakar menemani hidup seorang hana di gunung ledang. Hana sangat bersyukur dapat kengkawan gini. Dah la handsome, kelakar pulak tu. HAHA. Nasib baik semua gay, kalau tak hana usha dah. EH

Yang sorang tu jadi peneman dikala kerinduan hahahaha krik

Dah sampai puncakkkkk!

Muka bahagia kemain

Saat bila semua kepenatan kau berbaloi bila tengok puncak gini. 
Bagi aku yang paling seksa bila dah sampai KFC (Killing Fitness Centre). Sangat perlukan kesabaran yang tinggi dan tak rapuh iman di dada dek carutan menggunung. Dekat situ lah aku belajar sesuatu, 'Kejayaan tu datangnya bukan bergolek, tapi dengan usaha dan semangat yang tak putus2 tiba mungkin dari lover, kawan2 dan juga pesaing2 hebat disekeliling. Diselit jugak suara hati, Hana with all your curses cant bring you up to the top of the mountain just in seconds. Maka bersabarlah'. Lesson learnt.


Thank you geng for having us!

Memang cerita aku berterabur sikit. Pengolahan ayat pon entah kemana tapi percayalah aku ikhlas nak share pengalaman sendiri ni. Dengan kerja kat sini dan ketidakfkusan aku sepanjang penulisan ni mungkin membawa kecacatan pada entri kali ni. Tudiaaaaa, sastera.

Tips aku simple je, sebelum kau nak naik gunung mana2 pon please do some research and study what kind of gunung kau kene hadap first! Bila dah study kau nampak lah apa kurangnya kau dan mcmmana nak improve before the date you deal to climb. Contoh senang, fitness kau.

Paling seronok dekat sini sebab boleh feeling2 spiderman melekat kat dinding
Try catch back all the fitness you had before and make some workout/jogging sbb hiking ni bukan macam jalan saje ke pasar malam. It needs your physical strength and make sure you have the shape in hiking sbb senang nak gerak in any kind of roads. Dah aku kabarkan tadi, aku takkan bagi tips naik gunung setebal buku text, korang just baca dekat SINI untuk ilmu lebih atau google je. Selamat Mendaki!


Buat kawan2, thank you for everything! Kalau ada salah silap sepanjang hiking harap maafkan. =D