Assalamualikum dear friends!
Lama
dah sebenarnya nak buat post ni tapi masa tak izinkan. Terlalu banyak kerja
yang kene aku siapkan. Last update pon pasal birthday hehehe. So here we go!
Where
to start eh? Okaylah mcm ni. Aku ada idea nak share tips untuk kurus ni bila
ramai dah kawan2 tanya mcmmana aku buat. Penat kan nak jawap sorang2, hihi. Tak cukup dengan itu, kawan2 yang
rapat pon dihujani dengan soalan ‘weh mcmmana hana boleh kurus’. Hahaha. Sorry
to my girlfriends so kali ni aku buka rahsia yang lama jugak aku simpan. *ecewahhhhh
nak menangis tengok diri sendiri 2 tahun dulu. tskkkk! =(
ini berat yang paling berat pernah capai. wow
Sebenarnya
takde la kurus sangat pon sekarang ni uols. Cukuplah buat aku nampak sihat dan berat aku
turun sampai 10kg. Percaya atau tak, memang 10kg lost lepas beberapa bulan. Aku tak perasan pon, kawan-kawan sekeliling yang tegur. Jadi bila aku
timbang berat, ya. Ianya turun sikit demi sikit. Hihi. Syukor. Alhamdolela
nah gambo, bagi pembuka bicara.
Yakin betul gambar aku nih. haha!
Ada
sejarah sebenarnya disebalik 10kg aku hilang nih. Kau ingat hidayah untuk kurus
tu datang tiba2? Tidak. Hidayah tu datangnya dari seorang kawan aku yang
menjadi perantaraan dan aku panggil dia Sifu! Dia bukan kurus
mana pon tapi ilmu kurus dia banyak so dia share dgn aku sejak aku balik dari UMK indoor game bulan 10. Dalam masa 2 bulan
dia sentiasa call aku tanya mcmmana perkembangan. Dia guide
aku gila gila punya sampai kalau aku makan lebih, boleh rasa serba salah dekat
dia. Panggil aku dugong tiap hari dan banyak kali suruh pukul2 perut aku sambil jerit 'memalukan memalukan'. Hahahhaa. Nak dijadikan cerita, sebabkan mulut dia yang boleh tahan nak kene cabai
nilah yang buatkan aku berfikir, why not kurangkan berat supaya aku boleh
perform dengan lebih baik dalam sukan? Kan?
Macammana? Ade 5 tips, tapi depends jugak dekat tahap metabolisma korang macammana. Ini yang aku buat, simple dan tak seksa diri. Lain orang, lain cara.
1.
Tahan maki
- Yang ini kau kene kuatkan iman dan hati supaya
kau boleh focus untuk terus kurangkan lemak kau. Kawan-kawan keliling aku
memang ramai yang perangai celaka sikit hihi. Celaka yang bilamana diorang
takde, aku rasa hidup tak menentu. Haa gituew. So bila diorang keep bashing
kau, di sini kau kene tahan makian dan terima kenyataan yang kau tu gemok. Dari
makian-makian ini membuatkan kau semangat nak kurus. Makian yang menimbulkan
semangat so thanks friend yang jujur macam ni. Walaupon pedih nak dengar, kau
kene terima.
2.
Research
- Bila kau dah kene maki hari-hari takkan la kau
tak sedar lagi kan? Nak tidur dengan lemak je ke? Mana boleh kan. Kau mesti
rasa tercabar jugak. Apa yang aku buat, aku follow guideline yang Sifu aku
bagi. Side info aku cari dekat google and keep refreshing the tips by myself tak
pon dekat kawan rapat aku supaya aku sentiasa ingat benda neh. Kadang-kadang tu
boleh sampai buat group discussion pasal makanan apa yang kau perlu apa yang
tak.
3.
Jaga makan
- Bermulalah tips yang akan aku utarakan dengan
lebih detail.
- 1st, setiap pagi ambil satu gelas
besar air mineral dan minum sebelum kau buat benda lain misalnya morning text
ke boyfriend/girlfriend.
- 2nd , breakfast sikit dalam pukul
9-10 pagi. Ambil la apa apa, nasi lemak ke biskut ke tak apa. Kau pernah dengar
quote ‘eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar’
? di sini lah aplikasi kepada quote ni. Kau makan lah sebanyak mana pon di pagi
hari sebab kau akan gunakan banyak tenaga sepanjang perjalanan hari kau.
- 3rd, makan nasi sebelum pukul 2
petang. Ini yang berat sikit nak buat sebab kadang-kadang kau terlepas breakfast
lepas tu kau jadi zombie kelaparan dan take too much rice in a plate. Aku
selalu mcm ni. Nasi kau kene kurangkan, kalau boleh satu senduk sahaja. Ya,
memang payah. Tapi kau kene paham satu benda. Orang gemuk memang banyak buat
alasan. So, wake up!
- 4th, minum petang. Ini aku selalu
skip sebab selalunya petang-petang aku habiskan masa melagha ataupon pergi
bersukan. Paling tidak pon aku jogging atas katil. Kah! Pasal workout ni aku
cerita kejap lagi.
- 5th, makan malam sebelum jam 8 malam.
Awal sangat? A.ah memang awal dan kalau makan lewat memang untuk orang- orang
gemuk. So tukar masa makan kau supaya senang perut kau nak proses berak. Kakaka
- 6th, dalam antara pukul 8 ke waktu
tidur kau, kau hanya boleh makan benda berbuah sahaja. Jangan ambil benda
berminyak misalnya kau nak makan ayam goring sahaja. Takmo okay, kau pergilah
cari yogurt atau buah2 dekat mydin sana bagi mengisi kekosongan perut kau yang
dah berkali-kali tukar ringtones.
- 7th, sebelum tidur minum air sebanyak
yang kau mampu. Ini penting, air masak memudahkan kau berak, memudahkan system penghadaman
kau lah maknanya. Air membantu mengurangkan kolestrol dalam badan dan boleh
meningkatkan kadar metabolism badan kau juga. Jadi jangan malas, minumlah air
sebanyaknya! Paling kurang 8 gelas sehari, paling banyak 3 ke 4 liter sehari.
- 8th, jangan tidur lewat. Ini permainan
saiko bila kau tidur lewat, kau rasa lapar dan nak makan. Bila dah makan rasa
mengantuk, lepas tu tidur dengan perut yang kenyang. Tak sempat perut kau nak
hadam kau dah mengangkang tidur dan seteruskan kau skip breakfast dan rasa
lapar balik bila bangun tidur. Mulala kau nak ambil nasi sebab terlalu lapar. Ahh
panjang betul recycle hidup kau yang tak sudah-sudah nak makan je! Hahahah *ckp
depan cermin*
4.
Workout
- Ini part yang paling orang gemok susah nak buat
termasuklah aku. Kalau member ajak jog, seboleh-bolehnya nak tutup mata sebelum
pukul 5 petang dengan harapan tertido! Hahahha. Nampak kan perangai tu. Sebab tu
turunnya hanya 10kg je, kalau hari hari jog ni aku rasa boleh lawan lah
kurusnya seorang Erra Fazira. Kahkah.
- Okay serius, kau kene keep running! Jangan malas.
Favorite track aku semestinya Taman Botanikal Ayer Keroh lah, sebab itu paling
dekatnya pon. Hiks. Dalam seminggu tu adalah dua kali aku pergi, slow jog 10000
langkah. Jangan tamak, jangan laju. Kau relax je, buat apa yang mampu. Mula-mula
kau target non-stop running. Lepas tu baru kau up kan speed kau. Itu ja, tak
banyak. Nak kata aku buat constant, tak jugak. Banyak keje meh, mana sempat pon
nak pergi hari-hari. *still creating a reason, Nampak?*
- Rajinkan berjalan. Pergi parking jauh2, misalnya
kelas kau dekat FTK dan kau parking lah belakang bangunan hijau FKM. Boleh? *ideology
bagi bebudak kampus industry*
- Workout, kau pergi lah google sana. Aku bukan
pakar pon. Cukuplah tips yang aku pernah buat ni syukor turun la sikit berat.
5.
Jangan give up
- Pentingnya konfiden level di saat kau gemok dan
rasa tak mampu nak kurus. Jangan give-up. Aku dulu pon bukannya terus turun
mendadak. Aku pernah kene gelak bila pergi jog most of the time, tp bila
timbang berat turunnya 1kg je. Apa aku buat, aku tak give up. Aku yakin, lemak
ni degil mcmmana pon tak lah sedegil aku yang nak lose weight. Haks.
- Ignore perangai kawan-kawan yang selalu ajak kau
makan malam2. Kau kene kuatkan iman, kau nak kurus ke tidak? So, tak payah
layan. Diorang tu semua dah kurus, engko je berlemak.
Ini post untuk kurangkan 10kg lemak dibadan ye, kalau kau nampak
aku gemok macam dulu balik engko keep running je. Jangan persoalkan kenapa
sebab manusia ni berubah. Boleh jadi hari ni aku hilang 10kg tapi besok lusa
gain 20kg pulak. Hiks. So, sama2 kita jaga hokayyyyy! nanti kita sembang lagi
29 May 2014 |
p/s sebelum ni malu nak mengaku aku main hoki untuk utem, sebab mana ada atlet gemok macam hana. hahahahha okay bai.