Hello guysss. Amacam? Terhibur ke tidak dengan part 1, 2 dan
3? Atau mungkin bosan sebab cerita detail nak mampos? Entah, aku suka share
cerita. Kalau datang mood aku, memang tepi kain sendiri pon nak cerita. Aku ni
pendiam tau sebenarnya. Ahaks.
Dapnya sotong aumm aumm |
Sambung dari kitorang BBQ malam terakhir kitorang kat
situ. Alah ade dua malam je pon, jangan nak terakhir sangat. Usai subuh,
masing2 dah tak senang duduk sebab dah kena balik ke negeri tercinta. Aku paling
beriya lah kononnya nak pergi Long Beach lagi sekali sebelom gerak balik. Bullshit,
niat je lebih tapi bontot masih bergesel dengan tilam sampai pukul 10 pagi. Punya
malas.
Aku edit dengan tambah 'contrast' sikit je, tak terjejas warna laut ni. Cantik bukan? |
Dalam pukul 11.30 pagi kitorang siap2 nak check out. Sempat juga
pekena Maggie sepukul. Engko jangan peliklah. Aku yang paksa diorang makan Maggie
pasal aku bawak banyak gila nokhareyy punya nafesu bajet nak makan itu je kat
pulau tu. Tipu, engko tak payah lah bawak makanan banyak2. Engko bukan selera
pon nak makan makanan segera ni. Tak feeling langsung pergi bercuti kalau makan
makanan segera., tak ORANG KAYA gayanya. Kakaka. Apa salahnya tempat indah kau
makan indah sikit.
So kitorang pon keluarlah dari pulau pukul 12.30 tengahhari. Perasaan
dia macam tergigit peria. Pahit. Tapi nak buat macammana, realitinya kau harus
juga melangkah pergi. Yang indah tak selalunya ada, yang pahit perlu ditelan
jua. Haa gitokkk kemain persis sasterawan.
Nak dijadikan cerita, sampailah kitorang ke bus stand kecil
depan jeti untuk bertanyakan bus. Malangnya bus ke Kuala Terengganu hanya ada
pada pukul 8 malam. Gila apa nak tunggu berejam situ. Decide nak naik taxi tapi
satu taxi RM80, tak kosser lah jemah2 sekalian. Baik naik bus. Kitorang pon
dengan senang hati tunggulah bus dekat satu bus stop nih. Tunggu punya tunggu,
bus tak kunjung tiba. Dekat 3 jam juga. Celanat betul, macam tunggu kucing
bertanduk. Penat punya penat, bebudak ni terjumpa pulak nombor ‘Perkhidmatan
Van’ dekat tepi tiang bus stop. Kental tak kentak lah hati seorang backpacker
untuk cari altenatif lain untuk sampai ke destinasi. Kami pon call pakcik nih.
Tak sampai 15 min van sampai, naiklah kami berenam dengan
aman dan tiada ragu sebab pakcik ni muka innesen je pulak kekeke. Yang aku kesalkan,
kenapalah tak dari awal lagi engkorang jumpa nombor van nih. Kakakaka. Nasib baik
ada jalan, time nih aku dah bad mood sbb powerbank aku buat hal, so aku tak
amek port sgt berapa jam masa berlalu. Bajet gilaaa.
Adalah 2 jam setengah sampai ke Kuala Terengganu. Sempat juga
mintak pakcik van singgah nak beli kopok lekor di Setiu kakaka sempoi pakcik
nih. Ikot je karenah kami. Sampai KT dah maghrib,ahh sudah. Tak dapat nak pergi
Pasar Payang. Redha dengan ketentuan, kami pon berangkat balik ke tempat
masing2. Nak menangis rasa, tapi gagahkan jua. Dalam bus tido je keje aku. Penat
nak mamps pulak. Sedar2 dah sampai Kuala Pilah. Dari Kuala Terengganu ke Kuala
Pilah, nama je seakan akan kuala tapi jauh dia ada lah dalam 8 jam juga.
So, aku akan terangkan bajet kami ke sana lah dengan rela
hati. Sebab penat sangat nak jawap sorang2 punya soalan.
Firstly aku nak bawak bincang pasal total duit yang keluar
dulu.
- Pakej percutian HBTE : RM 150 (include bilik takde ekon, boat transportation ke pulau pergi balik dan snorkeling)
- Tiket bus : RM44 (Hentian Putra- Kuala Besut) + RM40.20 (Kuala Terengganu-Kuala Pilah). Bus ni depends ke korang lah nak naik dari mana, nanti berhenti di Perhentian Island.
- Makan: RM25 (BBQ satu malam) + RM80 (makan sepanjang percutian).
- Souvenir adalah dalam RM50 sebab kedekut. ahaks.
Total habis RM400, kira okay lah tu kan? Murah sangat bajet
kitorang kali ni. Bilik tu nasihat aku tak payah lah nak beriya sangat berekon
segala sebab banyak buat aktiviti luar so jumpa bilik bila nak tidur je. Tapi kalau
korang niat memang betul2 nak ‘honeymoon’, up la sikit bajet kehkeh.
Belanja selfie sikek. |
Secondly aku nak bagi tips sikit. Ecewahh, bajet sangat nih.
- Baik engko keluarkan duit siap2 sebab nak jumpa bank dekat situ mungkin jauh dari jeti. Dekat pulau tak payah cerita lah, takde ATM.
- Lepas tu, tak payah bawak baju banyak sangat sebab satu hari aktiviti kau akan ke laut, so bawak baju nak pakai malam je. Malam pon pergi makan, tak payah lah beriya nak bawak baju ala princess. Takde sape pandang pon.
- Sediakan sunblock bagi gigirl sebab cuaca memang terik betul sekarang ni, lagi2 kalau kene air laut masin cepat betul terbakarnya.
- Powerbank penting sebab kat sini kau boleh lihat betapa boringnya life kau di malam hari kalau takde penghibur macam tweetfamous dekat twitter. Kaitan?
- Pakai selipar.
- Plugs! Ini penting sebab kau bila ramai2 nak charge itu ini lepas tu plug dalam bilik disediakan satu je. Nanti bergadoh tak jadi pulak vacation engko.
- Water resistance bag, sebab atas boat nak snorkeling nanti banjir dengan air so get ready.
- Underwear/bras secukupnya pasal kau takde masa nak jemur dan sidai nak buat recycle.
- Camera waterproof, kalau kau nak show off dekat stegram takdelah risau sangat sebab kau ade stock gambar bawah laut juga kekeke.
- Connection. Orang pulau baik2, kau perlu ada connection sikit je. Lepas tu kau akan rasa pulau tu syurga dunia buat kau. Kakkaka. Ini macam nasib2 je kot. Kau friendly, kau dapat lah.
Bagi penggemar buku, boleh check this out hehe |
Dikesempatan
ini, aku dengan rendah hati nak memohon maaf kalau ada salah silap selama
percutian kita. Rasanya macam takde. Pasal aku jarang buat silap ni. Akkakaka. Joke.
Dan berbesar hati nak ucap terima kasih dekat korang semua yang sudi ajak
bercuti bersama. Untuk orang pulau juga, korang best walaupon kene ulang cakap
beberapa kali baru kitorang pahe. Ekkeke.
Tak lupa
juga untuk mak ayah kami yang beri keizinan untuk merantau jauh. Jauh angat hana.
Lastly, nah video kitorang. Enjoy!!
Part 2 : Pulau Perhentian
Part 3 : Pulau Perhentian