Dah berminggu aku dengan geng travel pergi Langkawi, baru ada masa nak hapdate sini. Dua hari lepas balik dari vacation, arwah Atok tenat. Sama-sama sedekahkan Al-fatihah ye, terima kasih. Hmm tak sempat nak buat trobek ketat dekat instagram mahupon dekat blog.
So kat mane nak mula ni? Aku mmg ada masalah nak buat intro. Masa sekolah dulu kalau buat karangan boleh la jugak start dengan ‘setiap orang ada impian, impian aku adalah ingin ke Pulau Langkawi’. Tapi zaman Eina Azman umur 19 jadi Datin Paduka, kawen dengan orang kaya ni memang tak dapat lah kau nak buat intro macam tu. Jengkel je nanti.
Aku nak mulakan dengan sejarah nama Langkawi dululah. Weols ni berada pada zaman tak kenal sejarah. Erti kemerdekaan pon mencungap nak jawap. Jadi, Langkawi ni asal namanya diambil dari perkataan ‘helang’ dan ‘kawi’ yang menjadi simbul lambakan burung helang yang berada ni pulau ni yang juga berwarna kawi iaitu merah hati. Sebut punya sebut, jadilah Langkawi. Pulau yang banyak simpan mitos, Mahsuri misalnya. Yang mitos2 gini, engko boleh google sendiri la ye. Karang jadi karangan sejarah pulak entry aku ni.
Kami memulakan perjalanan dari Kuala Pilah pada pukul 10 pagi dan bergerak ke Taman Desa Mewah, Kajang sebagai persinggahan pertama. Sebab nak ambil Jue dan gerak ke Nilai terus. Dah namanya perempuan, sempat juga selfie sehelai dua.
Kami gerak ke KLIA 2 dalam jam 2 petang dan makan/solat sana terus sebelum check in. Bila dah ready dengan tiket (print out RM10 sekeping sebab kiosk tak function, K), get thru the security, get to our gate dan fly fly away.
Tak sampai 45 minit perjalanan kami menaiki penerbangan Air Asia where the hot chicks in red alive, kami pon tiba di Langkawi International Airport. Nak sembang pasal level chick flight attendants ni sebenarnya tak berapa nak pandai. Tapi aku perati je sorang ni masa dalam perjalanan nak balik sbb muka dia jambu habis, bergetar jiwa woi hahahha jahanam betul.
Sampai airport, terus kami cari kereta sewa yang dah di usha dari awal. Dapat lah student price (dibaca harga kenyit2 mata) RM50 satu hari, kereta viva yang boleh tahan muat2 je dengan kami berlima. Kahkah. Perjalanan kami dalam 3 hari gitu so tong tong sorang dalam RM40 include duit minyak pon dah cukup. Destinasi pertama adalah mencari Chenang Rest House. Pasal kereta sewa dengan penginapan ni Jie yang uruskan sebab ade kenalan di sana tambah pulak bos rest house ni orang Senaling. Tu deh, jumpo orang kampong kek Langkawi fefeeling ohsem bona tekauuu. Manakala pasal tiket flight, Jue dengan Nisak yang uruskan. Power tak power lah depa ni. Aku dengan poepoe bawak bontot je kot. Hmmpp. Eh silap, poe merelakan ipong 5s dia jadi hak kami semua dekat sane. So semue orang ade function kahkahkah
Malam pulak kami jalan jalan cari makanan siap swarm kauuu nak cari restaurant nearby. Lepas bengkakkan perut, terus kami ambil peluang jalan-jalan sekitar rest house untuk bengkakkan kaki pulak. Mat salleh ramai nokharommm. Feeling oversea sangat iols dekat sane. Mat arab pon ramai tp mostly dengan family dan couple so macam tak turn on sangat. KAH!
Moment paling awkward bila kau nak beli kebab dekat brader Turkish ni dan kau pon mulalah ‘give me one chicken shawarma (kebab in some arabic-speaking countries)’ ala ala village people berlagak nak speaking mat salleh bila travel dan tiba2 dengan muka pelik tak berapa dengar apa yang aku order, mula lah dia tanye balik. ‘ayam or daging’. Perghhh dia punya malu time tu. Aku tergelak depan foreigner dengan poe sambil jawap ‘ayam bungkus’. Boleh brader ni cakap melayu rupanya. -.-
Bermula aktiviti pagi di hari pertama kami iaitu ke Pantai Chenang yang betul2 depan rest house. Air laut taklah berapa jernih macam Perhentian kan tapi dia punya tenang, perghh. Pesen yang suka laut ni kalau nampak laut mmg zaited sikit. So berpuluh ratus lah gambar yang sempat kami snap.
Langkawi Permata Kedah tu yang power tu
Dalam pukul 2 kami island hoping dgn boat sewa hanya kami berlima. Kalau dulu pergi perhentian kene share dengan pengantin2 baru tp kali ni group kami ja. Macam vvip pon ade. Tapi kami cool. Pakai shades, acah foreigner dan meneruskan perjalanan. Island hopping kami RM27 ja, bab harga ni aku respect betul dekan Jie. Dah lah boat satu khas untuk kami ja, entah mcmmana dia letak ayat sampai boleh dapat RM27 per person, kalau nak dibanding dengan harga biasa RM35. Part ni aku kagumlah. Patut pon dia dengan Kicap bercinta nak dekat 8 tahun lamanya. Kahkahkahkah
Destinasi pertama kami adalah bergambar di hadapan Star Cruise. Sebenarnya kalau kau nak feeling on board pergi Langkawi naik kapal pon boleh asalkan kau berduit sebab Star Cruise ni banyak pelabuhan dia.
Lepas tu kami pergi Eagle Feeding tapi masa kami sampai helang semua dah kenyang so no feeding. Nak bergambar pon sombong. Hiks. Seterusnya kami ke Pulau Beras Basah dimana kat sini air lautnya tenang dan biru sikit dari Pantai Cenang.
Sempat juga kami bermandi dan berendam sambil bergambar dan bervideo. Hah. Layankan aje. Haahha. Tapi standard pulau lah kan, meggi secawan dekat RM4. Lepas tu nak kene hadap orang tempatan punya longhat mak oi ganasnya sembang. Orang kedah an an. Kasar2 pon orang rumah kite Kedah juga. Eh
Sempat juga kami bermandi dan berendam sambil bergambar dan bervideo. Hah. Layankan aje. Haahha. Tapi standard pulau lah kan, meggi secawan dekat RM4. Lepas tu nak kene hadap orang tempatan punya longhat mak oi ganasnya sembang. Orang kedah an an. Kasar2 pon orang rumah kite Kedah juga. Eh
Lepas seronok2 dekat Beras Basah kami ke Tasik Dayang Bunting pulak. Real betul puteri cantik ni baring. Kalau ikot mitos, memang macam2 versi. Yang paling ingat sampai la ni, kalau minum air tasik ni yang susah nak mengandung boleh mengandung. Haa gituew. Tapi kami tak minum lah. Sapa nak menjawap baby tanpa papa keluar nanti nih.
nampak tak buntingnya si dayang atas kami tu?
Air tawar, tak sejuk tak panas. Just naisss gituew. Jadi kami sewa life jacket selai RM10 pakai sampai puas sebab memasing tak reti berenang kau tauuu. Haha. One day kite kene belajar berenang lah rasanya. Mana boleh tiap tahun pergi pulau tapi part nak menyelam guna jacket. Tak macho langsung. Kenns.
Dayang Bunting Marble Geoforest Park
Lepaih tu kami pergi hmmp sebenarnya idea tengah kering. Apa kata kita sambung lepaih ni untuk part 2. Hokay? Lama sangat simpan draf ni. k terima kasih sudi baca kehkeh