Tabung

Tuesday, June 7, 2011

My Lesbo Partner.


fuh, penat aku 'renovate' blog ni. it's getting better kan. 
sekarang masa nak buat entry baru. pasal kawan. korang mesti ada kawan kan, kawan baik, kawan jahat, kawan facebook, kawan blogger, kawan sekolah dan macam2 lagi la. tapi hari ni aku nak cite pasal kawan matrik aku dulu. (intro macam karangan)

al-kisah bermula bila aku ditakdirkan berpindah ke praktikum lain. dari kuliah 1, terus tercampak ke kuliah 6. serius sedih giler nak mampus dan penyakuannya di sini, pernah gak la marahkan pengarah. HAHA. sorry.

bermula lah cerita bila aku ditakdirkan sekali lagi bertemu dengan seorang perempuan GILE yang totally boleh sekepale dengan aku. boleh layan nangis sama2, layan muvie sama2, ngumpat sama2, tido sama2, buat toturial via facebook sama2, escape assembly same2. pergi kuliah sama2, layan semi-blue sama2 (ape tu semi-blue? jeng jeng jeng). most of the time aku ade dengan dia ni.. dan yang paling penting, kitorang suka ambil gambar sama2.! 

pernah satu ketika, bila dia nangis dek atomen yang dia sayang sgt2 dulu.. dia cari aku pukul 3 pagi..menangis teresak esak macam atomen mati exsiden dalam nahas kapal terbang. teruk betul dia nangis. aku pon, sebagai kawan yang budiman, usap2 la dada dia. (*dari belakang ok) time tu aku rasa bangga sebab dia cari aku time dia sedeyyy. HAHHA. 

pagi2 kitorang selalu lepak bilik aku, selagi belum pukul 8 kitorang takkan turun. semester 1 je la. semester 2 da berubah sikit. hee. bila kat kuliah duduk sebelah dia, kalau bosan gila nak denga lecture, kitorang layan lagu kat belakang, dapat pulak sit belakang sekaliii. syurgaaa you know! hahaha. paling teruk pon, kitorang layan muvie je via henset. berani buat kat kuliah math sebabbbb. lecture tak garang. muahahah. *i am sorry cikgu :)

malam2 kitorang selalu tido lambat, layan facebook sambil buat tutorials. skyping dengan dia, awesome! penah sekali tak tahan nak kencing, boleh mesej dia kat fb suruh turun bawah, teman aku g toilet. how sweet. hehe. baikkan dia. selalu tunggu aku kalau aku lambat.

ni la buktinya kitorang suka bergambar. banyak betul gambar aku dan diaaa. tengok je la k. 

kat dewan sri ledang




kat depan bilik kuliah






malam ni best sebab kitorang lepak sambil ambil angin malam
sambil2 on9, skodeng. hehe. seronok


ni pulak time ceramah jom masuk U


kat masjid, tak silap ni masa puasa kot


kat lecture hall. memang aksi macam bangang je kitorang ni




aku suka gambar ni sebab muka dia ayu :P


on the way nak g lab tak silap. sempat aje


ni la sit sblum diba,dayah dihalau duduk
sebaris kitorang


ha, yang ni pulak time ktorang baik berempat


gambar time kitorang baik berempat. urmm, macam pernah gado je. pernah. tak ada pantai kalau tak ada ombak. tak ada persahabatan kalau tak ada pergaduhan. eh, lain macam je tu. biasalah, adat berkawan, memang ada masam manis kan. akhir sem tak bertegur sapa sampai la balik ke rumah. bila pikir balik, ya aku rindu dia. mana boleh aku tak bertegur dengan dia sedangkan dialah penceria hari2 aku kat KMJ dulu. walaupon dia mungkin ada kelemahan, adat lah manusia biasa. aku pon ada kelemahan. lama2 aku boleh terima dia seadanyaa. aku geram je dengan dia dulu. ada lah sebab2 nya. aku pon satu, salah jugak. asal tak g berterus terang dengan dia kan. last2, gado besar dalam minggu belajar. hahah. gilerr



bila dah gado tu, memang semua orang pelik laa. kitorang dulu macam belangkas. tapi sejak perkara tu, semua tertnya-tanya.. aku diam je la bila orang tanya kan. sebab salah aku ada, salah dia ada. but who cares? sekarang aku da ok dengan dia sebab aku yakin, air yang dicincang takkan putus. aku takkan nak biakan kawan aku sorang ni membenci aku. tak mo la hidup dibenci orang kan. hakikatnya, aku sayang dia. aku sayang perangai dia yang selalu menggedik dengan aku. dan semestinya aku rindu nak gelak kuat2 macam sethtan dengan dia. (ceh ejaan, setan cukup).

ok, tu je la aku nak bagitau. nak jernih kan sapa2 yang beranggapan buruk tentang hubungan terlarang kami. kami ok je. yang paling penting, aku sayang dia la weyh. hehehe *blushing

dia yang aku maksudkan ialah seorang insan periang bernama Fatin Najiha. 

taraaa.

persamaan kami:
lahir pada 28hb
nama ibu yang sama
punya laptop yang sama
suka gelak kuat
wajah yang iras2 sama (lecturers cakap)
suka on9 (facebook of cos)
suke menggedik
suka suki je

ok, tu je laaa. hanya pesanan, sayangi la kawan2 anda :)

aten and hana.

to aten: i love u. i miss u. sorry for what i had done before. hurting u is the bad part in my life at KMJ. sorry dear. i don't want to see u cry anymore. please, careful there without my eyes to watch over u, without my smile to cool u down and without my hug for u to feel safer. good luck in your journey and don't ever trying to hate and forget me. :)


p/s : panjang pulak da. hehe. banyak sangat gambar. snapping je keje kitorang