Tabung

Saturday, March 27, 2010

kisah SERAM di Bilik Terakhir!




kisah ni btul2 trjadi.....takut seh....patut la penjara tu cm mnyeramkn.......huh!!!!!!!!!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil 'Bilik Terakhir'. Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan 'BILIK TERAKHIR ' adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara meminta tolong, suara orang menangis 


Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan 'Bilik Terakhir' itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau- ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, 'Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ' ' Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa ' Ha Ha Ha Ha Ha ' Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... ' hehehehehee........ ......... ..... time kaseh coz dengan kusyuknya korang baca........ p/s:- aku pun terkena...so apa salahnya aku foward kat korang... huah...huah... huah... huahhhhhhhhhhh.

Saturday, March 13, 2010

REZKI dari Tuhan mu

everything happens has a reason.. that is the best word to wake me up! yes,, i must..
SPM is nothing (the brilliant said) .. 
SPM is just a beginning of your life ( famous qoute)
SPM is one of the conjecture in your journey ( teachers said)



=BUT I WORD THEM=
the result is everything
SPM make them happy those who manage to score
SPM make them trouble if the results are out of the target

which is the best advise to calm me down??
you must be fully aware that SPM aren't like UPSR and PMR. they're easier to score .. 


What now? What should I do? I wrote about my dillemas here and here. I got a lot of motivating words and advises. I even ranted about how expensive college life is. Take a read. I need your comments and advise, again.

poeple around me are very suppotive! what they said....
dun be disapointed with ur results. true enough , humans wants the best.. but , you can never change your result. Look forward , and do the best u can with ur result.

the best teacher is the experience, so please be strong of this
 please keep prays for HIM, you are not bad at all


 nothing impossible by HIS POWER, just keep the failure as a experience
don't despair, and never loose hope.. Allah is always by your side. He knows the best for you.

 Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri yang mengubahnya, dan hanya pada Allah, tempat kita bergantung...

blaja rajin2!!!! anyway congrats! dat was good!!! =)
Congrats. You did well. Life has to go on. God has plans for you. You might succeed now but maybe later in life. Don't forget your old teacher then. Keep in touch. 

kita tetap bsyukur itu telah ditentukan setelah kita brusaha,peluang masih banyak..pilih kursus yg betul dan sesuai ,perjuangan anda masih jauh bukan bermakna anda x baik mungkin belum lagi..jangan putus asa ....


rezeki kita bukan terletak pada result yg baik semata2, awk kene ingat rezeki sentiasa ada di mana2 selagi kita berusaha utk mendapatkannya...mungkin, kali ni bukan rezeki awk, tapi lain kali mungkin rezeki akan menyebelahi awak...jgn down terus, bangkit dan terus fikirkan hala tuju n daptkan pendapat daripada kaunselor atau ssapa yg berpengalaman berkaitan dgn kerjaya n kursus yg nk awk ambil supaya awk x tersilap langkah...jgn buang masa dgn menangisi bnda yg sudah berlalu....itu xkan mengubah kehidupan awk sampai bila2, yg pntg adalah hala tuju selepas ini...

Kita Sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah kita ke belakang, kerana angin akan terus berhembus ke depan, air akan terus mengalir, masa akan terus berputar dan hari akan terus berganti..namun kita selaku insan sesekali pandanglah ke bumi barangkali ada hikmah yang akan kita temui.

Sesungguhnya dalam keburukan itu pasti ada kebaikan kerana orang yang bersabar terhadap ketentuan yang harus diterima boleh jadi satu waktu nanti mereka akan nampak kebaikan di sebalik kesedihan yang dilaluinya ketika ini

wlu apepon yg terjadi sok same ade bek atau burok...
kte LEADS0509 tetap kwn yg sejati smpai kite mati




LEADS!

ko kne struggle laa kat hri2 yg mndtg nyh,jgn anggap ape yg berlaku skang nyh akn buat ko pth smgt utk troskan perjuangan ko sbg seorg pelajar..ko kne sedar yg ko kne ushe lbey3 dr skrg utk buktikan kat prents n sume kwn2 ko yg ko gak bole berjaye..setiap mnde yg terjd ade hkmahnye larh..!!jgn cmni syg..

my tears was falling down whenever i read their advises! thanks all.. you are my world! a million of hope and do'a i give to all of u.. Allah is here, to hear my request..
my beloved parents,, my excellent teachers, my fellow LEADS, my seniors, my juniors, my friends out there
thanks 4 your do'a
thanks 4 your support
thanks 4 being my strength
thanks 4 the knowledges
thanks 4 the advises
thanks 4 any word
thanks 4 everything
thanks a lot

Oh God...i am too bad.. i dont believe in my fate when i looked my slip during that night.. i ignored Your Mercy.. i was blaming myself so hard! i was cried 4 no reasons.. 
Give me the strength ya Rabb..
the moment of the truth is now.. don't be sad ana..
may Allah forgive me.. Ameen..

Friday, March 12, 2010

RESULT SPM 2009

RESULT SPM 2009 SMSTJ
The g.p.s for the school is 1.93 (2.17 in 2008). 25 students got all A's but only one student got all A+. She is Lim Su Kwan

 congrts LEADS! 



BM - 0.28 (99.2% A)
BI - 1.31 (92.7% A)
PAI - 0.83 (99.1% A)
MORAL - 0.89 (100% A)
SEJARAH - 1.06 (88.6% A)
MATHEMATICS - 1.15 (89.4% A)
ADD. MATH - 3.24 (38.2% A)
LUK. KEJ. - 2.69 (54.8% A)
TEK. KEJ. - 3.55 (21.4% A)
PHYSICS - 2.81 (46.3% A)
CHEMISTRY - 3.24 (43.1% A)
BIOLOGY - 2.94 (42.0% A)


LAGI INFO 
Seramai 7987 calon memperoleh semua A (A+,A, A-) berbanding pencapaian tahun lepas iaitu seramai 6277. Seramai 214 calon mendapat gred tertinggi (A+) (tahniah ye) .. 15 calon adalah dari Negeri Sembilan. Dan salah seorangnya daripada SMSTJ.
Sekolah Sains Seremban (SASER) adalah sekolah terbaik dalam pencapaian  SPM 2009..
MRSM Taiping pula merupakan MRSM terbaik.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. 
Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).

Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008. 


Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini.
Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya. 


Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya. 

Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik. 
Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak). 

Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan. (STJ masih belom mampu disenaraikan antara sekolah cemerlang)
Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).

Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran. 


Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi.

Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya. 


Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini. 


Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya.





Friday, March 5, 2010

my first interview

semalam tengah bz melayan customers,, tiba2 telefon bimbitku berbunyi menandakan satu SMS telah masuk..
kira-kira 10 minit aku mengambil masa untuk membuka SMS itu memandangkan pelanggang terlalu ramai. dari ibu,menyatakan isi surat yang baru ku terima... 
taklimat? interview? 
haish..kebluran aku seketika.. 
result xkua lagi..nak interview bagai..heylaa.. 
nak pegi ke x..nursing course under medical science institute ngn IMM.. nursing is one of my list.. lpas bincang2 skit ngn mak ngn ayah..aku decided tuk pegi je..
dpt ke x..lain cite..yang pasti,, pengalaman tu ada.. walaupon couse ny bunyi cam pelik je kan..
hehe .. but it's ok..just seat 4 graping the experience.. nak tunggu twaran JPA,MARA, or other scholarship, lmbat g..so,,practice la dulu..hehe.. insyaAllah.. moga2 yang terbaik!
nak kata ready,, camne? nk kata yakin, tah! haha

Kelayakan bagi Program-program Diploma Kejururawatan, BTEC Hinger International Diploma (UK) dan Degree University of East London (UK) serta Conventry (UK)

aku pon xberapa pasti perjalanan program ny..
so,esok aku dikehendaki hadir kat Dewan UMNO Bahagian Tampin..
  disertakan
-4keping gambar
-salinan IC aku ngn parents
-salinan sijil kelahiran aku ngn parents
-salinan sijil berhenti sekolah (mne aku nk cilok)
-salinan sijil SPM (?)
-salinan slip gaji parents

wish me luck..my first interview.. 
^_^





SPM! result.. SPM ..grr

nervous? 
cuak? takot? 
gembira?
 tertunggu-tunggu?
 what else?
 waa! xmampu berkate ape2..
cume ape yg aku harapkan..
DOA-DOA dari ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan..
dan diri sendiri.. insyaAllah..usaha dah,,doa dah..tinggal tawakal je.. 

L.E.A.D.S 0509
.. gud luck.. dont stop believing.. no matter what,,  learn how to accept our fate nether it is a bad or a luck.. 
(4 me too) 
nothing shall ever happen to us except what Allah has ordained for us.. 
we should put all our trust..
 today thorns,,are flowers tomorrow.. 


that was my target b4 seating my spm..
target x tinggi cam org lain..
straight A's?
no3..
bio,,xpenah target..





..excell towards the aim..
AMEEN

aku terima apa jua keputusan kerna Tuhan telah tetapkan yg terbaik untukku..
jika ini bukan rezeki, Kau berilah ketabahan dalam setiap langkahku..
tapi jika ini yang Kau takdirkan buatku,, aku terima dengan hati yang senang untuk aku teruskan kehidupanku mnjadi insan yang cemerlang..
ya Allah..berikan aku sesuatu atas usahaku.. hukumlah aku sekiranya aku derhaka kpdMu.. jgn lah Kau putuskan hidayahMu dan keberkatanMu.. kerna aku hanya manusia biasa yang banyak melakukan kesilapan padaMu....

~subhanallah~