Tabung

Monday, May 24, 2021

Perihal Rumah Ketiga Kami: Mark up house loan?

Alhamdulillah syukur nikmat rezeki anak2, dapat kami menumpang. Dah lama nak share pasal rumah ketiga ni tapi dah admitted baru ada masa nak mengarang. Ini pon bersambung masa maternity leave.




Jap jap.. nak justify dulu siap2. Post ni bertujuan:
  • Untuk rujukan masa depan kami
  • Untuk memperingati susah payah di awal perkahwinan kami
  • Untuk juga penambah bahan bacaan dikala PKP 3.0
  • Untuk suntikan semangat keluarga kecil untuk terus kejar impian (atetiberrr)
Ok start. 

Pencarian bermula dari awal tahun 2020 lagi dengan niat nak duduk rumah sendiri. Cari punya cari, tak ada yg murah gais dekat Seremban ni. Yang murah maksudnya terkenan dihati dan selesa nak duduk. Alih2 sebelum MCO 1.0, terbeli rumah kedua bukan untuk duduk, tapi buat investment. Yang nak baca perihal rumah kedua aku boleh pergi link ni --> SINI

Tak rasa terkilan, lepas beli rumah kedua masih pasang niat nak jugak rumah utk duduk sendiri. Degil dan gigihnya kau nak menggapai impian kannn. Walaupon deposit dah takda sebab dah pakai utk rumah subsale kedua. Cuba la juga cari mana2 developer yg tawarkan zero deposit. Tujuan hakiki memang nak buat rumah utk duduk sebab bayar sewa pon dah RM900/month. Kalau beli, takde la sayang sangat RM900 tu sekurangnya bayar installment rumah sendiri. Sampai ke Sendayan kami view rumah siap view D'tempat country club. Punya seronok tapi harga tak mampu milik.

Mahal sungguh.. Tapi tak give-up nak gapai cita-cita, nak selesakan anak-anak dan keluarga besar. 

Satu hari, tiba2 tergerak hati nak google satu developer ni aku namakan dia SEP. Macammana boleh tergerak, sebab kami selalu pergi makan shell out dekat kawasan ni dan ternampak ada project baru tengah open sale. Mungkin dah memang takdir terlukis yang masa depan kami kat sana, rasa something special je kawasan tu. Giteww. Jadi aku saja-saja lah visit website dia and tengok jenis2 rumah yang diorang developed. Tengok in real life memang design besar dan cantik. Tiba-tiba nampak ada offer best untuk selected lot. Kene try ni, getusku. Eh berdialog pulak.

Memang ciri-ciri rumah idaman la untuk keluarga kecil aku. Rumah siap + discount 25%, 4 bedroom + 4 bathroom + 1 store room, FREEHOLD (ni paling buat sis terpaling berkenan) dengan 20x60 sq feet dan booking serendah RM500. Yang penting, ZERO DEPOSIT! Haaa. 


Tak tunggu lama, aku terus isi form online and puff laju seller dia whatsapp. Alhamdulillah dapat seller yg betul2 nak tolong bukan hangat2 tahi ayam...

Nak aku mention kat sini, aku pilih kawasan rumah dan berurusan dengan sales executive ni sendiri untuk suami tercinta dari A to Z, from booking to key collection! Punyalah baik isteri gini, mana nak cari. KAHKAH. Kat bawah aku cerita kenapa kali ni aku tak join loan.

22-Jun-2020
Bermulalah conversation aku dengan sales executive yang dilantik untuk entertain aku. Hari yang sama aku mintak nak view show house pukul 6.30 petang. Punya gelojoh! Nak kata interior design untuk showhouse ni cantik, aku dah masuk banyak showhouse, developer ni yang paling tak cantik! HAHAHA tapi aku berkenan la dengan design rumah, material dan fasilitas yang dia sediakan.

Belanja gambar lampu dan langsir rumah kami.

23-Jun-2020
Masa aku datang view ni, semua rumah dah fully booked actually, tapi diorang buat system vouchers untuk cover kalau ada loan reject, next vouchers ni yang akan slot in. Alhamdulillah, ada rezeki kami sebab ada loan reject dari orang lain. Yang aku respect seller ni, dia tolong kami book dan dapatkan voucher number dulu sebelum dia check kelayakan loan husband aku. Jadi jangan give up kalau seller bagitau rumah dah fully booked. Kalau kenan, kayuh sampai jadi!

Gambar under construction


7-Jul-2020
Alhamdulillah, ada slot untuk kitorang lepas 3 minggu tunggu. Pasal loan, SEP dah arrange dengan banker diorang. Jadi senang sikit la kerja kami, tak perlu cari banker luar. Tapi kami try jugak sorang banker dari Maybank (kawan husband recommend), tapi tak lepas gais. Kat sini ada tricky sikit pasal loan. Aku buat dalam pointform la, senang nak digest. 
  • Ingat tadi aku bagitau developer ada bagi discount 25% kan, tapi harga yang tertulis dalam SPA (sale and purchase agreement) masih kekal 100% ye. Jadi harga rumah yang kami beli kekal 100% dalam SPA, letter offer dan semua official document. Pinjam loan 75% which is actually equivalent to 100% loan for buyer side.
  • Kenapa tak apply loan together-getherrr (aku dan husband)? Jawapannya, RUGI dari segi keperatusan nak dapat loan yang paling maximum. Kalau kami join loan, kami cuma layak apply 70% je. Lagi 5% kena topup. Walaupon rumah ni adalah rumah kedua husband aku, tetap dikira rumah ketiga buat kami kalau join loan sebab salah sorang dah buat loan 2 buah rumah. Haa kau paham tak? Senang cerita aku tak join loan la kali ni. 
  • Memorandum of Transfer (MOT), stamp duty dan legal fee kami kene bayar sendiri memandangkan free MOT cuma untuk rumah pertama. Jadi apa kami buat? Discuss dengan banker dan wakil developer (sales executive) untuk mark up loan lagi 5%. Lagi sekali, jangan give up. Cari jalan macammana nak cover expenses lain. 
  • Total cashback dari loan ni adalah 5% yang kemudiannya kami buat untuk bayar MOT dan stamp duty. Balance tu kami buat untuk renovate rumah ala basic.
  • Maka dengan ini, RM500 sahaja wang yang kami keluarkan untuk booking rumah ni. Itupon RM500 ni kemudian diorang tolak untuk api dan air installation. Haa senang bukan? Tapi realitinya tidaklah semudah tu. Post lain aku akan cerita macammana struggle nak bayar hutang2 rumah ni. 
  • Jangan buat2 lupa, kalau make up loan, bulanan juga akan tinggi dan sebenarnya ada RUGInya. Lebih elok ada cash untuk kurangkan bayar interest yang kau tanggung 35 tahun tu. Tidak la digalakkan mark up loan tapi untuk marhen takda deposit macam kami, boleh try dan kemudian buat la next plan untuk bayar principal lebih dari sepatutnya. Pentingnya ilmu untuk selarikan kemampuan dan kemahuan korang.
28-Jul-2020
Doa hari2, alhamdulillah loan approved. Bermulalah aku follow up pasal loan reimbursement sebab HQ bank shutdown, ada kes COVID. TNB and SAINS installment developer uruskan siap2 guna duit deposit kita.

Our simple kitchen kabinet. Sekarang dah tukar all black hihi.

23-Nov-2020
Finally.... Alhamdulillah. Dapat collect kunci. Syukur tak terhingga. Rupanya masa banker inform loan approved tu, aku pregnant anak kedua gaisss. Patut la smooth je urusan beli rumah ni, rezeki pendatang baru dalam keluarga kami rupanya. Subhanallah...... Jangan berhenti bersyukur dengan apa adanya, sebab itulah kekayaan yang sebenar.

Start dari collect kunci, cepat2 cari contractor untuk install benda2 basic macam grill, fan, lamp, safety grill, kitchen kabinet, door bell, aircond dan etc. Rezeki kami dapat contractor yang boleh buat semua benda ni kecuali install aircond. Bagi aku senang ambil satu contractor supaya kerja cepat jalan dan senang nak follow up. Renovation dan installation semua tu within 2 months. Kami start pindah 2 Jan 2021 tahun ni. 

Itu je lah cerita kami setakat ni. Akhir kata, belilah rumah ikut kemampuan dan tujuan. Jangan terkejar-kejar nak beli rumah tapi kurang ilmu dalam pengurusan kewangan (aku la tuuu yg kurang ilmu tuuuu). Kita belajar sikit-sikit lama-lama tak sedar hutang rumah sampai 3 buah. 

pssstt: Someone really need to coach us how to manage our financial flow perfectly due to additional member to our family. We overlooked/forgot to really consider/include new family member expenses during our husbwife yearly commitment meeting hahahahha. We only knew that I was pregnant after everything was settled (loan dah approved). Tapi insyaAllah, akan kami usahakan untuk tak sangkut bayar bulan hihi! Ada hikmah. Doakan kami.

Memang Eihab Fahri, anak ummi pembawa rezeki yang tak disangka-sangka. InsyaAllah, semoga umi abi terus boleh bahagiakan Wael Fayyadh & Eihab Fahri. 

Terima kasih husbandku sebab bagi kita peluang uruskan dari booking sampailah collect kunci. Dan terima kasih sebab sanggup ketepikan impian nak tukar kereta baru dan dahulukan beli rumah untuk keluarga kecil kita. InsyaAllah, demi masa depan.

Ok last, semoga post ni dapat suntik semangat untuk keluarga kecil nak beli rumah. Kami tak kaya, cuma kami rela berkorban gaji bulan2 bayar hutang demi kelangsungan dan keselesaan hidup anak-anak dikemudian hari. Gituew. Good luck korang, don't give up to pursue your dream!



thanks for reading...

Thursday, November 26, 2020

Bajet Minima Masuk Rumah Baru

 Assalamualikum.

Kali ni aku nak cerita bajet nak masuk rumah baru dengan kelengkapan yang paling minima atau yang paling BASIC sekali. Semoga memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. Bagi yang belum baca pasal rumah pertama aku ni, boleh la pergi ke link ni - Perihal Rumah Pertama

Nak ingatkan kat sini, bajet kami memang betul2 focus dekat keperluan dan keselamatan rumah je memandangkan kami pon belum ada rezeki merasa tinggal di rumah baru. Jadi, install yang basic sahaja untuk disewakan. Kalau ada duit lebih, boleh la buat tambah baik yang lain.

Aku dah senaraikan anggaran basic dekat bawah ni. Boleh la korang prepare duit bila nak masuk rumah baru tu. Good luck! 

House spec: 18x20 (4 bedrooms, 3 bathrooms)


Amacam? Murah tak? :) Alhamdulillah. Semua dipermudahkan dalam masa tak sampai 2 bulan. Jadi lama la sikit untuk settlekan sebab kami duduk jauh dari kawasan ni, jadi boleh set appointment weekend je. Terima kasih dekat2 kawan-kawan kerja tempat lama dulu yang banyak bagi tunjuk ajar dan recommend contractor. Semoga kalian dirahmati-Nya selalu. 

Huraian boleh check kat bawah ni kalau rajin nak baca. 

#1 Check defect - buat sendiri je. Submit report dekat developer dan follow up selalu. Rumah kami diberi masa 2 tahun warranty untuk buat claim. Korang boleh buat sendiri atau takde masa boleh hire certified inspector untuk buat inspection.

#2 TNB dengan air - bergantung pada developer. Rumah pertama kami ni kene apply sendiri (TNB online application, Air kene pergi dekat SAMB). Disebabkan kami jauh, ambil cuti dan settlekan satu hari. Beberapa hari kemudian, tau2 diorang dah sampai pasang. 

#4 LED Lamp - beli dekat Shoppe ada banyak pilihan power dan jenis lampu. Senang! Semua bilik, ruang tamu, toilet pakai lampu LED. 

#5 Fluorescent - kedai Apek je. Mahal gak ehh sebatang kecik tu pon. Ke aku salah kedai? Hahaha

#6 Ceiling Fan 3 blade - disebabkan rumah kecil, kami pasang yang 3 blade dekat living hall dan dining hall. Angin kuat sajo!

#7 Wall Mounted Fan -  beberapa bilik tak disediakan hook fan, jadi kami beli kipas dinding je. Salah satu cara nak jimatkan cost nak buat wiring balik. 


#8 Wiring - tambah beberapa point plug dan pastikan wireman yang kompetan. 

#9 Tinted - beli dekat Shoppe, pasang sendiri! Cara-cara pemasangan boleh tengok Youtube je. 

#11 Safety Grill - Stainless steel grill buat design biasa, sekali dengan powder coating. 


Done! Aku update je, yang uruskan semua adalah sang Suami. HAHA. Good luck korang! 


Wednesday, October 7, 2020

Perihal Rumah Kedua Kami: Rumah Subsale & Plot Twist

Assalamualaikum. 

Cerita rumah kedua dibukukan dalam entry kali ni sebab pengalaman yang sangat bermakna sepanjang perjalanan hidupku. Ecewah. Jemput baca entry panjang menjela. Moga dapat manfaat untuk sesiapa.


Jadi angan2 aku masuk tahun baru 2020 adalah untuk beli rumah aku sendiri memandangkan rumah pertama joint loan dengan husband. Tapi itu bukan lah sebab utama aku beli rumah ni. Sebab pertama adalah nak duduk rumah sendiri tanpa menyewa dan bayar bulan2 pada pemilik rumah. Kononnya. Tapi ada plot twist sikit dengan cita2 aku ni. Lepas ngko habis baca entry ni mungkin akan paham apa yg twist.

Sejak aku pindah Senawang pada Jun 2019, rasa sayangg sangat nak bayar rumah sewa bulan2 RM900. Jadi bermulalah pengembaraan 'house hunting' aku yang kononnya bercita-cita tinggi nak beli dan duduk. Bila kata nak duduk ni mestilah taste aku tinggi. Nak rumah baru, cantik, siap serba serbi yg asas. Sumpah tak kene dengan kelayakan aku hahaha. House hunting aku buat hari2. Kalau ada je berkenan terus aku PM.

Disebabkan rumah pertama kami dibeli pada tahun 2018 dan terletak di Melaka, jadi mustahil la kami nak ulang alik Senawang-Melaka hari-hari. Alhamdulillah rumah pertama pon dapat kunci dalam bulan yang sama, jadi kami decide untuk sewakan. Yang nak baca perihal rumah pertama kami boleh pergi ke >> SINI

Jadi nak dimulakan cerita....

Berbulan lamanya aku buat 2 ways communication dgn banyak agent. Ada la jugak sampai stage pergi view rumah. Tapi lepas view rasa tak kenan sebab persekitaran dia tak sesuai untuk berjiran. Padahal kalau nak ikotkan zaman sekarang jarang ada masa nak memupuk semangat kejiranan dek sibuk dgn kerja. Ada jugak agent yg bg address suruh aku pergi view sendiri. Haha.

Pelbagai soalan pasal rumah yang aku utarakan. Maklumlah ni rumah pertama subsale bagi aku. Siap aku dipaksa check loan sebelum agent nak bagi actual photo dekat aku, punyalah nak filter diorang punya next client. Macam2 pengalaman berharga sepanjang house haunting ni.

2-Feb

Di suatu hening pagi Ahad, tengah golek-golek hadap phone, aku ternampak iklan dekat mudah.com, rumah apartment ber'lift' untuk dijual. Rumah dah siap renovate. Cat satu rumah masih baru. Hari yang sama aku call agent and mintak review rumah. Alhamdulillah rumah masih available. Rasa tenang sangat process nak jumpa agent ni. Jadi aku dapat rasakan its the ONE. Haha


3-Feb
Rumah sangat cantik, berbunga-bunga aku nak beli rumah ni memandang harga sangat berpatutan dan FREEHOLD. Terletak pulak dekat tengah2 bandar Seremban. Serba serbi dekat. Lepas berbincang dgn suami, dan mak ayah pon redha, aku teruskan bayar booking (3%) sehari lepas view. Dari segi kewangan ni, sejujurnya mak ayah banyak membantu. Pinjamkan aku duit sikit utk letak booking. Kalau nak cerita kebaikan mak ayah aku ni, mmg tak terungkap dgn kata2. Bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yg sangat tak berkira utk anak2 dan rezeki selalu melimpah ruah. Syurga untuk Mak Ayah ku kelak, AMIN! Ni rumah untuk Mak Ayah!! (Padahal mak ayah dah ada beberapa rumah buat sewa, mesti tak pandang rumah kecil aku ni)

26-Feb
Loan aku lepas Alhamdulillah! Bersyukur sangat. Rezeki anak-anak tak pernah salah alamat. Kali ni tak struggle sangat nak lepaskan loan sebab aku dah check loan eligibility aku awal2 dan cari rumah yang within aku punya limit. Tapi market value rumah ni tak tinggi sangat, jadi loan yg aku pinjam pon tak tinggi. Tapi aku kene bayar extra sikit dekat owner sebab dia jual sekali dengan beberapa perabot cantik dan tinggalkan 2 biji air-cond dalam bilik. Jadi selama setahun ni, aku bayar double amount la, ke bank dan juga ke owner lama. Pengorbanan untuk masa depan.
 
 
3-Mar
Lepas seminggu, banker panggil untuk sign offer letter. Kali ni tak kekok macam sign OL masa beli 1st house dulu. Haha. Lebih banyak bertanya tapi a few months later, LUPA! Kahkahkah.


16-Mar
2 hari sebelom MCO pertama Malaysia, aku sempat sign SPA. Kalau tak sign SPA aku rasa mmg lama lagi tangguh. Aku juga kene bayar jurunilai perumahan ye untuk satu badan valuer ni. Apa ciri2 sesebuah rumah tu untuk dinilai, kau pergi google sana hahaha. Sepanjang MCO dari March sampailah ke July, memang tak ada progress sebab banyak melibatkan badan-badan kerajaan untuk tukar hak milik property. Kami redha la lambat pon sebab sebenarnya tak berapa ready lagi nak hadap hutang bulan2. HAHA!

30-Sept
6 bulan menunggu process tukar hak milik sebab terkandas disebabkan MCO, akhirnya! Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!! Kunci dah boleh collect. Kebetulan owner rumah lama aku kerja dgn syarikat guaman yang uruskan jual beli rumah ni. Advantage la bagi aku sebab alang2 tanya pasal progress rumah, dia pon boleh tolong jawap apa yang perlu aku tau utk rumah/kawasan tu. Dipermudahkan process semuanya. Lambat pon sebab2 yang tak boleh dielakkan.
 
Yang tunggu plot twist aku, haa baru nak cerita ni. Bila aku iklan untuk sewakan rumah ni, ramai yang tanya kenapa tak duduk je. Cerita dia begini, dah cantik2 plan nak duduk masa MCO hari tu, aku ada masalah sikit nak buat kerja2 berat untuk pindah rumah sebab lately banyak kali back pain. Masa entry ni ditaip pon aku sedang medical leave. HAHA. 
 
Sebab lain juga adalah, husband aku grab satu lagi rumah dekat Senawang. Alhamdulillah syukur tak terkata bila loan dah pon lepas. Memang rumah ni rezeki untuk anak kedua kami, InsyaAllah (walaupon belum ada lagi hihi). Beli pon sebab discount yg lumayan dari developer dan dekat dgn tempat kerja aku. Sekarang tengah tunggu nak dapat kunci!! Jadi, kami menyewa la dulu sementara nak tunggu rumah ketiga ni siap untuk diduduki. Semoga dipermudahkan segala urusan. Nak aku cerita pasal rumah ketiga kami? Tunggu next post ya! 

Appreciation post...
Thank you so much to my beloved husband for always be with me when I need supports and ideas. For always positive to hear my dreams and not underestimate it EVER. Thank you for encourage me to go for it without thinking too much on the risk I could face (every step of our life is risky, take it or leave it). Thank you for financial advices you gave me with financial supports too.

To my parents, I am glad to have you both in my life. You are the most kind-hearted couple who taking care your son and daughter more than everything. You are supposed to live in luxury after so much struggle throughout the years but you chose the most simple way of life and living happily with your family and cucu. I always dream to have a 'soft' heart like you two and happily live my future days. InsyaAllah Mak Ayah akan selalu ada dalam doa kakna dan kakna akan sentiasa buat mak ayah happy sampai bila2. 

It is not easy to be at this stage where you take the risk of your life to pay 2 or 3 houses in a month, what if you cant pay it on time and something happen in the middle? Nauzubillah, we need to think of other plan and emphasize our survival skill in future. To cut everything unrelavant, no expensive things, no costly travel until everything is stable. InsyaAllah. 

Struggle now or struggle later, I choose NOW.
 
Please pray that I can pay my houses without fail. In meantime, increasing my donation to family in need and sedekah more to stabilize my rezeki. 

Doa murah rezeki (Surah Sad:54)
 
I am looking for a good tenant for both of our houses. If you are interested, please let me know. May Allah smooth the journey!

See you again!

Wednesday, April 22, 2020

Mini Home Office Decoration for Newbie [DURING MCO]

Assalamualiakum. 


Zaman MCO ni mesti ramai yang tiba2 ada mini home office dekat rumah sebab serabut buat kerja atas katil, pening bau makanan bila buat atas meja makan kan? Aku pon tak terkecuali berangan nak ada home office sendiri untuk keselesaan buat kerja kat rumah. Jadi aku share la sikit newbie punya decoration idea yang kononnya nak buat as per expectation but due to less budget and lack of decoration experience so here is the result. Duduk rumah sendiri nanti InsyaALLAH kita usaha buat as per expectation or beyond that (kene tebuk dinding etc). Yang bestnya semua barang aku beli ni dari online shopping je dengan recycle deco2 yang ada dekat rumah (beli dari kedai ECO RM2.10). Dan tak tebuk dinding hokay! Aku akan share items with estimation of arrival time, price and link direct to Shopee seller.


Home Office Table: RM109.90 (+shipping RM19.72 + 10% cashback)
Aku beli dari 'thefurnitures' (boleh click direct ke shopee). Tapi agak lambat la sebab tak perasan shipping guna carrier JyenT. Aku order 31/3, 6/4 seller ship barang (7 hari kemudian), 6 hari lepas tu baru aku dapat. So waiting period dari purchase to receive item was around 12 days. Menggundang kesabaran jugak tapi apa boleh buat, they have very limited headcount and too many item to process during this critical time. Tapi, table ni sangat cantik dan kukuh sebab kaki meja dari metarial besi dan lebar. Berbaloi dalam menanti barang sampai. I verified this meja is very convenience and sturdy! You can survey other table from other seller too, there are a lot shopee shop with free shipping and lower price than this. But some of them cannot make the shipment during MCO. Macammana nak tau, see the feedback on the ads and direct chat with seller. I desperately need this white sturdy table and make a purchase.



Leather Chair: RM67.80 (+shipping RM11.55)
Aku beli dari seller 'casafurnituredesign'. Shipment period sangat okay la bagi aku after consider the condition we are facing right now, 7 hari dah dapat barang. Kerusi pon sangat classy dan cantik. Antara yang termurah aku jumpa. Empok dia jangan cerita la, aku yang berlemak ni duduk pon masih rasa kelembutan span kerusi. Come with a few selection of colors (pink, black, yellow, red). All so cantik! Actual item sebijik sama dengan ads photo.
 
Hanging Wall Shelf RM21.90 X 2 (FREE shipping + 10% cashback)
Aku minat gila hanging shelf macam ni sebab warna putih dan nampak minimalist sangat. Harga mahal sikit lah bila compare dengan seller lain, tapi berbaloi dari seller ni lagi sebab FREE shipping dengan ada cashback. Aku beli dekat sini 'sarahalias86'. Don't worry, seller provide you guideline video how to install the shelf. Honestly, agak leceh nak adjust rope tu to make sure both shelf are parallel and of course sebab bukan tangan berseni kan haha. Deco bunga tu aku recycle je yang ada dekat rumah ni. Aku beli kat Kaison tapi tak ingat harga. Frame putih LAUGH tu pulak beli dekat ECO shop: RM2.10.


Wind Antler Wall Shelt: RM19.89 (+shipping RM5.04) 
Dari seller 'emilycoolgallery', aku suka sangat design ni dan ada basket kat depan dia untuk letak bunga or etc. Tapi sebabkan WFH aku bakal tamat sebelum MCO berakhir, jadi aku tak beriya nak beli decoration lain. Aku biarkan kosong je. Penghantaran dalam 7 hari jugak baru sampai. I love the design and match my theme of nordic black and white gitieww.
Multi-function Strong and Sticky Double-sided: RM3.99
Yang ni aku beli 1meter dan tak habis pon guna. Aku guna untuk buat double glue letak dekat hanging wall shelf dengan multipurpose basket. Nak manage wire/plug and laptop charger pon senang, just stick on the table. Setakat guna seminggu ni, boleh tahan lagi gaisss dan senang nak remove plus tak melekat dekat dinding. Dari 'emilycoolgallery' jugak! Sesuai la kalau taknak rumah kene ketuk dengan paku.


Gross Total: RM300 (before tolak SHOPEE coins). 

So okay lah spend the money for something good for me and family. Why because we have specific area to do our job peacefully. Even though the location is in the middle of living hall and kitchen, it is not the major issue for me as long as I can easily go to kitchen when needed (cook or eat junk food :P) or I can still entertain my boy while he is playing beside my mini office area. Win-win situation. If you ask me tak stress ke buat mini office with tv's on and your kid's playing around, what I can say is 'EVEN WITHOUT MY KID, I STILL STRESS WHILE DOING MY JOB. THEY ARE NEVER TRIGGERING MY STRESS. BUT MY JOB DOES HAHA SO I DAH BIASA WORKING UNDERPRESSURE AND GOT IMMUNE WITH IT'. hahahhaha. Semoga bermanfaat! Bye.....

Monday, March 30, 2020

Shopee je [Indoor Play Area for Kids]

Assalamualaikum hi!

Dekat draft, banyak topik yang aku tak habiskan tulis dan publish. Tetiba hilang mood and idea untuk topik2 tu. Jadi alang2 tengah RMO due to COVID19 (restriction movement order ni), ada la sikit masa aku hadap blog sementara anak tengah tak kacau. HAHA. 

Jadi mood aku nak menulis pasal indoor play area Wael. Memandangkan kawan aku ada tanya idea and hasil terperinci untuk play area Wael, aku nak cerita la sikitNak kata deco meletop tak lah, cuma sedap la mata memandang. Kat sini aku akan cerita details pasal barang2 yang aku beli dengan harga sekali. Idea ni datang bila aku perasan terlalu banyak mainan Wael yang bersepah atas lantai dan takde tempat yang khusus untuk dia main masa aku tengah sedap layan Netflix.



Straight to the point. List furniture as below; 

1) Kids furniture (table + 2 chairs)

Aku beli original IKEA product from personal shopper. The price is about 15% higher than original price/direct purchase from IKEA mall. So okay lah, memandangkan aku pon jauh nak ke Cheras dan malas nak bersesak dekat IKEA, di shopee banyak personal shopper yang resell produk2 IKEA. Lagi bagus aku beli dekat SHOPEE, dapat cashback dengan discount shipping fee lagi. Nama acc seller ada dekat gambar atas kiri.



2) Toy Organizer 


Nak kasi menarik minat anak2 nak tolong kemaskan mainan, belilah yang ada feature untuk dia. Giraffe organizer with 3 tiers. Sekali red box (2 big boxes, 3 small boxes) Ini harga termasuk postage, redeem free shipping pon ada limit, not totally cut shipping fee but got discount je sikit. Tapi still berbaloi aku beli dekat sini. Tp gaiss, ni aku beli 4 bulan lepas. Harga mungkin lain sekarang. Go check it out!

3) Green Carpet

Paling happy beli carpet ni la sebab aku suka color dia, sangat meriahkan suasana. Jadi takde la anak aku rasa sejuk main beralaskan lantai saja. Ukuran kapet pon sedang2, thickness boleh tahan. Ada macam2 warna. [abaikan pest repellent tu]

4) Education poster


Anak seronok belajar melalui gambar contohnya dekat buku, poster atau internet. Tak membazir rasanya kalau beli poster ni banyak-banyak untuk dia tengok hari-hari dan ingat gambar dengan sebutan yang betul. Antara poster yang aku beli berkaitan dengan MY BODY, FRUITS, MY HOUSE, NUMBERS, ALIF BA TA, OCCUPATION and etc. Korang boleh la usha dekat seller ni. Semua yang aku nak, ada jual sekali. So boleh jimat la shipping fee.

5) Single Slide (Playground) 

Aku dah lama beli single slide ni. Jadi buat lah tambah2 dekat situ. Murah lagi beli yang single slide ni compare to full set. Tempat pon limited, so aku beli ni je dulu. Originally ada basket net sekali.


Total purchase: RM444.56
Not too expensive la if compare to the outcome after we installed all this in our living hall. Anak boleh focus sepahkan dekat satu tempat je. Then, kite boleh monitor apa yang dia main sebab dekat hall yang sama kita lepaskan lelah setiap hari lepas balik kerja. So thats all. Kalau rasa berguna, share with others too gais! :) 




 

Wednesday, January 1, 2020

Recap 2019 Goals and Achievement

Alhamdulillah praise to Allah, 2019 was the best year for my career and family growth. A lot of achievement I had made in year of 2019 which initially I thought I was just dreaming and far away from planning to achieve it. Siapa sangkaa, the dreams that I wrote on my planner became a life goal and the goal broken down into steps and became a plan. And the plan with actions made my dream came true. I put my dream with no limits, tulis je apa2 mimpi kosong yang ada dalam kepala. Alhamdulillah, slowly it became my goals. Eventhough not all the dreams came true, need to admit it. But it's okay as long as I keep moving to my real life goal :)

I am so grateful and always down to earth to every rezeki yang Allah bagi. Ada rezeki orang lain dalam rezeki kita, insyaAllah. Letakkan sepenuh usaha untuk dapatkan yg terbaik bukan untuk diri sendiri, tapi untuk family. Here are some of my dreams that becoming true. All below include my career, small family productivity, financial health, and me myself satisfaction. Just wanna share my small happiness to my readers.

Career
  • Get job interviews (US Automotive company and accepting iv from US Semiconductor company) 
  • Get a new job at US company with 35% increment salary
  • Career development
Financial health
  • Cash credit cards settlement
  • Hutang Mak settlement
  • Pay tunggakan PTPTN and consistent monthly payment
  • Saving ASB +RM3000
  • Saving for travel
  • Pay for Mak’s house loan at Sungai Buloh (alhamdulillah, this is my perfect goal achievement sebab rasa boleh berjasa dekat mak ayah) 
Self satisfaction
  • Get a kurung from Minimalace & Hijabista
  • Learn and buy make up
  • Get 10 new blouses (rarely buy proper clothes so I put this as one of my dreams hihi)
  • Sedekah
Family productivity
  • Decorate new house (supposedly deco for our new house at Melaka but we planned and the best planner is always Allah. We decorated our rent house at Senawang instead)
  • Play hall for Wael (child furniture+carpet+learning material+edu poster)
  • BBW hunting for Wael and myself
  • Install COWAY for Mak Ayah(this may sound small for you but it was big from my small heart)
Travel
  • Plan a trip to Island 
  • More travel with small family (alhamdulillah, dalam Malaysia je sempat)
  • -          Penang Hill (Jan’19)
    -          Padang Besar & Gua Kelam (Jan’19)
    -          Puteri Harbour & Zoo Johor (Feb’19)
    -          Jerai Hill (April’19)
    -          The Shore Sky Tower (April’19)
    -          Redand Island (October’19)
    -          Aquaria & KLCC short vacay (October’19)
    -          Thomas Town Johor (December’19)
    -          Sungai Congkak Hulu Langat (December’19)
     
Alhamdulillah, 2019 gave me so much memories and lesson learnt. Thanks for all the fun things we did through out the year, the bitter we swallowed that made us who we are today. Thanks Allah for everything he had give us direct or in-directly. Thanks everyone surround us. Fresh hopes, fresh plan, fresh efforts, fresh feeling, fresh commitment. Welcome 2020 with fresh attitude. Happy New Year everyone! Semoga tahun baru beri seribu lagi makna dalam hidup.
Let's wrote your dream in a piece of paper and work on it until it become true! Can''t wait to write mine :)