Tabung

Tuesday, September 4, 2012

Kenapa Gua Benci Longkang UTHM




Longkang. cukup sinonim dengan gua. bak kata teman, longkang UTHM tu adalah sahabat sejati gua. memang sejati sangatlah gua rasa.. memang




petang tu sedang rancak perlawanan UPM vs UTHM walaupon mendung. 15 minit perlawanan berlangsung, kami menonton dengan kusyuk. atetibe hujan turun dengan lebat bagai air paip pecah. selebat lebat alam. UPM leads 4 gol. venue di stadium hoki uthm.

kami sepasukan menggenlincek dari panahan bias hujan. tinggi betul cari tempat duduk semata-mata ingin berteduh. alah bukan hujan dari neraka pon. 


hujan takde tanda tanda nak berhenti. sedang asyik gua perhatikan hujan sambil berangan ala2 hindustan, encik rahim (jurulatih gua) panggil. gua da syak, dia memang nak buli gua punya. muka gua ni muka selalu kena buli dengan jurulatih. dari dulu. gua tak tau tang mane specialnya gua ni. ecewah.

ok. task gua kali ini adalah utk ambil payung beliau dalam kereta. yang terletak agak jauh nun di sana. gua terima dengan hati terbuka. seperti biasa. bukan susah mana pon task beliau. beliau pass kunci ke gua dengan sengih2 kerang. gua pon sengih tanpa ade apa2 clue masa tu. gua gagahkan diri lalui hujan yang agak menjunam juga panahannya. 

baiklah sebenarnya gua lari dalam hujan. kekonon nak gegedik. tapi bukan ade siapa pon gua nak usha. entah kenapa bangsat sangat gua boleh jatuh dalam longkang masa gua tengah beriya berlari. ini puaka!

ya, memang puaka. kaki gua sebelah terkubur dalam longkang tinggi depan stadium hoki uthm tu. air longkang boleh tahan paras betis gua. engko boleh bayangkan tak kaki gua sebelah je masuk yg sebelah lagi maintain atas daratan? ade rasa terkoyak tak celahan gua ni? engko boleh bayangkan tak air tengah deras gila babi sambil hujan turun mencurah curah? engko rasa taik anjing, ayam, kuda, babi ade tak dalam air deras penuh hitam tu? engko rasa macammana? gua rasa palat.

gua pandang sekeliling. fuh alhamdulillah. takde sape berhampiran tempat kejadian. gua gelak2 kejap. fikirkan ape lah nasib gua ni. ye betul. bukan gua gila gelak ditimpa musibah. tapi gua gelak sebab first time gua rasa gua bodoh. kahkahkah. 

ok lah. nak dijadikan cerita. gua angkat kaki kiri gua perlahan lahan. naik dari longkang dan teruskan perjalanan. gua mmg dah lencunn dah masa tu. pakai pulak baju putih. gua doa takde je lelaki miang berhampiran. da nak sampai kereta encik rahim. gua reraba kocek. sudahhhh. kunci mane kunci? gua ngomel. engko boleh bayangkan gua tengah lencun tu mcm silakeh punya kelam kabut cari kunci?

gua patah balik ke longkang. nak tak nak, gua kene menyelam dalam longkang tu utk cari kunci kereta. ye, gua ketepikan kegojesan gua. gua celup air longkang dengan tangan gua. raba2 di dasar longkang. masa tu setan semua tengah gelakkan gua mencarut macam babiy. memang bangang. alhamdulillah, jumpa. nasib baik kunci berat jatuh atas dasar longkang. kalau tak dah hanyut dah. 

terus gua balik ke stadium dengan payung 3 kaki gua rembat dari kereta encik. sesampai je gua terus tanggalkan kasut kiri. gua da agak dah bebudak ni mesti tanye punya. memasing gelak macam puaka lepas gua bgtau gua jatuh longkang. memang longkang lah diorang ni.

akhirnya gua balik dengan kaki bau longkang. stoken bau hampeh. seminggu gua kena bahan baikk punya! itulah sebabnya gua benci gila longkang uthm. 




Friday, July 6, 2012

Speed Trap Pertama Dalam Hidup Gua




hanjin betullah. gua baru nak hidup dalam dunia yang kelin (clean) dari saman2 ni. kena speed trap pulak!!  tak memasal mak gua memekak dalam fon. 2 bulan yg lalu punya cerita. alih2 dapat surat saman je. ahh silakeh.

12.30 pm
mak call. gua cakap 28 may rasanya gua tak pakai kereta yg kena saman tu. gua try petik nama ayah. kot2 ayah pakai ke sebab 28 hari isnin woi. 

mak kemain back up ayah, mak cakap ayah tak pernah bawak laju. gua senyap. tak lalu makan hidangan depan mata. betul jugak cakap mak, fikir gua. 


bukan awek litar bai

1.45 pm
gua jinakkan mata untuk tidur. baru balik training lah katakan.. sekali mak call. gua dah agak ni, mesti mak dah tau sapa pelaku sebenar. gua relax. buat suara konon2 baru bangun tido. 

mak terus membebel marahkan gua tanpa pedulikan posisi gua. sesekali tu bingit jugak telinga. walaupon mak gua comel tp sekali sifat keibuan dia mengganas, sakit jugak telinga ni. keke. gua senyap je sambil tangan usap2 bantal busuk. 

fon landing jauh sikit dari telinga. 

ahhh. silakeh ape ni. gua drive pagi isnin tu takde la laju mana. tapi mungkinlah lebih had kot. gua kena time tu nak ke kelas c++ kot dari moncheh. 

niat fisabillillah lagi. kalau mati tengah jalan pon syahid la jgk. rasanya tak berdosa gua pecut. kan?

ok sekarang gua kena fikir macammana nak survive 2 minggu lagi. kompem duit poket gua kena tolak. bala bala