Tabung

Thursday, June 16, 2016

Tadom Hill, Banting



Salam, 

short vacay kami kali ini adalah ke Tadom Hill resort! 


Yey. Jumaat, 15 Apr merupakan cuti for Declaration of Melaka as Bandar Bersejarah jadi apalah salahnya kita buat sejarah sendiri dengan meleraikan simpulan tali-tali kebingungan hadap reality hidup. Cehh. Travel geng kali ni adalah dari geng LEADS sendiri. 



thank you google for this photo. we didnt have any outstanding photo to share on especially at this area sbb aku gayat nak naik k bye

kami gerak dalam pukul 8 pagi dan sampai ke Banting dalam pukul 10 pagi. Boleh terlajak jalan pulak, luckily one small guy was planting around. Rupanya kene masuk celah jalan lepas jumpa car wash. Haa gituew. Masuk2 ja memang sangat2 teruja sebab aku suka kampung style view. Natural. 

So kami dengan tanpa melengahkan masa terus saja check in. Tak mahal pon. Disebabkan weekday, RM20 per entry. Kalau weekend up to RM23-25 depends on their rate lah u should google on that but normally not more than RM30 per person. Worth your 20 lah bila dapat photo yang cantik tanpa try hard. haha 

tapi aku nasihatkan awal2, cuba lah cari Go Pro ke utk wide lens masa taking photo. Pinjam lah sehari dua Sangat rugi sebenarnya sbb kawasan luas tapi guna lens biasa. Hehe



Kau nak berendam berjam jam lamanya pon boleh. Takde hal. takde limitation pon as long as kau tak hilangkan gelang di tangan. Reminder yaa, ini bekas lombong yang kau tak boleh jangka berapa dalam dia pergi. So, for those who cant swim please use life jacket before entering the water. 

Apa yang boleh aku katakan, tempat ni sangat unik dimana aku boleh rasakan suasana yang jauh dari bandar dan tenang. Perfect place for you to relax and unwind from the hustle and bustle of any town! Get in touch with nature with beautiful view while relaxing in their Bambo Hut ahhh ruginyaaa tak try sleep over kat sana.


Dengar cerita camping packages dia affordable, aku kalau lepas nikah agak2 nak honeymoon husband nak bawak sini pon dah happy sangat sangat dah. Kekeke. 

Aku memang sangat suka suasana ala kampung macam ni. Teringat dulo2 tinggal kat kampung dengan Uwan sangatlah seronok. Main masak2 bawah rumah, nyalakan api dan pasir sebagai ruji utama kami untuk memasak, main panjat2 pokok sampa gedebok jatuh atas tanah. Ahh menggamit kenangan...


Ada pulak buaian tengah Emerald Lake ni. Dah semua ambil peluang laaa nak ligan atas tuh. Tak sedar gemok kau hana ye. Gigih




Bamboo band dia pon boleh tahan kukuh. Jadi kau tak perlu risau kalau gemok ke hape sebab capacity 1 raket boleh kayuh 4 orang. Janji pelan2 kayuh yaa.




Macam dah takde benda nak cerita. so girls, here was the memory of us, may this happiness and relaxing day can be remembered forever. Thank you all for quality time. Miss you girls a lot <3 font="">