salam semua
Alhamdulillah. akhirnyaaaa. bermula jugak kuliah yang aku tunggu lebih 4 bulan dulu. setelah perit getir ber'minggu haluan siswa', lepas jugak lah seksa tuh. hahahha. aishh. bukan la mhs ni kne dera ke hape. just seksa bila nak tunggu turn bus. nak buat mcm mana kan, ni la namanya dugaan. kalau tak susah bukan kesabaran la yang kita dapat. kenapa pulak nak kena tunggu turn bus, meh aku story sikit. UTeM adalah antara universiti yang baru ditubuhkan iaitu lebih kurang 11 tahun yang lepas. jadi kolej kediaman rasmi di kampus induk masih belum siap sepenuhnya, maka itu, pihak UTeM telah menyediakan rumah sewa untuk pelajar tahun 1 dan 2. memang bersepah la kan dari main campus. so, sebab tu perkhidmatan bus tu adalah penting dan boleh buatkan kita menangis bila tak hade bus.
..................
bermula dari hari pendaftaran... (4sept)
segalanya JUST FINE. sebabnya, sangat professional la kan. serahkan apa2 yang mereka perlukan, just ikot flow dewan tu. senang je dan pantas.
pukul 5 dah get ready kat bawah bangunan hostel, owh ye.. wa dapat kolej kediaman TTU3, sangat dekat dengan kampus industri. tapi nak ke kampus induk, 20 minit jugak laa. makan disediakan sepanjang 6 hari MHS. seronok ok!~ malam dah start MHS. taklimat dan pembahagian kumpulan. group 94, anyone? hhaha. wa tak sempat nak kenal2 mintak fb sume la. LDK (latihan dalam kumpulan) bnyk di skip.
...................
5sept...
aluan dari penolong naib canceler. baru ceramah pertama, ada yang lantang bersuara kan tentang akreditasi kos baru iaitu fakulti teknologi kejuruteraan. wa ingtkan wa sorang je yang pernah rasa tak puas hati tntang ni.. tapi rupanya, ramai lagi.. tapi wa dah tau lah knapa kos ni belum dikreditasi. sebabnya belum ada yang graduate lagi. kalau nak tau lebih lanjut, boleh la cri mana2 sumber k. dulu pon wa ade cerita pasal ni. ceramah2 then malam ada sesi bersama MPP (majlis perwakilan pelajar). terbaik la jugak, kenal dengan MPP, tapi tak hingat sangat lah muke2 nyer. haha.
.....................
6sept
perasmian minggu haluan siswa. YB yang datang adalah Dato' Saifuddin Abdullah. wa niat memang taknak denga lah ceramah dia sebab wa dah ngantuk giler babeng kot. sebelum tu ade ceramah holistik pelajar lah hape kebendanyalah!~ tapi dato was too sempoi la wa bagitau u all. wa lupakan niat nak membute. tekun mendengar. memang seronok. dia bercakap dan melontar idea.
....................
8 sept
hari bersama fakulti, baru la dapat jumpa kawan2 yang 1 kos dengan wa. yang tak boleh blaaa, ade sorang mmber wa ni, kenal pon dekat group utem laa. kat facebook mmg rancak giler berborak sebelum melangkah ke UTeM sampai lupa nak tanya dapat kolej kediaman mana bila dah masuk sini. cuba lah bayangkan, last2 jadi housemate sendiri kot padahal hari khamis tu baru tau yang su adalah housemate wa dan jugak coursemate~. dem. daftar subject jugak time ni. 1st time jumpa coursemates.
....................
9sept
pagi senamrobik dan pengenalan kepada kompleks sukan UTeM. wa teruja sebab ade turf hoki beb. kembang bulu ketiak wa bangga punya pasal.
malam kebudayaan. ok, tak banyak nak cerita sebab wa tertido kot.
..............
DAN BLA BLA BLA. hahha. ekceli wa tak hingat sangat la susunan program tu. banyak lagi bende lain yang wa nak ingat. ceramah memang banyak. ceramah tatatertib, salahgunaan dadah, permakaian mahasiswa/i, ceramah agama dan lain2. yang paling wa tersentuh ialah time ceramah pengalahgunaan dadah. berkesan la jugak pihak sana(idontknowwhattheycallthem) sediakan video2 yang real seorang penagih dan hisap gam berkomunikasi. sangat takot kalau ahli keluarga kita ada yang terjebak. terr. nak nangis jugak la tgk video tu sbb terbayangkan mereka adalah family kita. subhanallah, mintak jauhh.
komen sepanjang MHS? semua nya ok je. part nak tunggu bus tu je lah. kne bersabar sikit. fasilitator? ok ja, tak hade la orientasi macam sekolah dulu. salah sikit terus nak menghukum, tak ade la mcm tu bila dah kat u. everything was fine. tak ada apa yang nak ditakotkan. just relax, and follow the flow. yang tak datang MHS sangat rugi kot. be positive, insyaAllah ok kot.
alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. tak ade masalah, dipermudahkan segalanya. :)
wa story panjang2 ni bukan ape.. ni sebagai satu cerita yang boleh dikongsi bersama dengan pelajar2 baru yang akan ke UTeM. dunia sekarang dah maju beb. nak tau ape je, smua hujung cari. guna tenagaa je. macam wa buat dulu, sangat mengharapkan senior2 akan bercerita kat blog sepanjang MHS. tapi agak hampa sebab yang bercerita dan tersenarai dlm pilihan google tak ramai. so wa tak dapat maklumat mcmmana sebenarnya hala tuju MHS ni supaya senang nak buat preparation. so bagi wa, kalau wa dah tolong publish cerita MHS yang wa dah alami, mungkin la dpt membantu junior2 yang akan masuk ke UTeM ni. insyaAllah. moga manfaat tuk semua :)
Jom usha jap gambar2 yang wa sempat snap
suasana lepas solat berjemaah di masjid UTeM. berebut jugak nak naik bus. |
my roommates and fairus, ex-schoolmate. skodeng la blazer tu.. besar kot. but smart la. haha |
i have the option. to kill everyone there or to shit the camera. i chose to shit this cam -.- taken at 12 to 1 a.m while waiting the bus. |
this is my housemate. please contact them if u want to stalk me by. haha. |
she is my best friend. from we were on thirteen until now.. dari sekolah same2 lap hingus. then in matrik, sama2 layan muvie. n now together will be graduate on the same place |
this is me of cos. |
my best hockeymate. hope dapat main untuk fakulti dan UTeM :DD |
tak banyak gambar la beb. gambar SS je banyak. oklah tu kan. hihi. enjoy everybody. good luck :)