Tabung

Tuesday, August 20, 2013

Pertama dalam batch LEADS, #MidahWedding


Assalamualikum dearest! Apo kek ateh?

Drop by here just to tell the world, one of my LEADS Family is officially married!
Tahniah, awak orang pertama kahwin dalam batch. *lap air mata*


Dari Gemencheh ke Pontian,
Pandu kereta bersama tersayang,
Kalau tuan orang yang pandai,
Cuba teka sapa yang kahwin?

DAMNAPEBENDAAAAAAPANTUNTAKJADI

Aku gerak dari rumah dalam pukul 3.50 petang dengan Aliana. Pukul 4 Alip dan isteri to be dah bising aku lambat bagai. Eh janji pukul 5 nak datang awal, bukan Hana Zainal la der. Tak suka menunggu tapi suka buat orang tunggu. Kahkah. Okay gerak pukul 5.15 petang. Bukan ape, sampai je Melaka dah Asar, pegi pulak masjid depan K9. Berjemaah sekali. Malas nak riak, apakandaya. You really need an explanation before making an assumption. Tudiaaa. Itu yang lambat sikit. 15 min, apalah sangat. Kan alip? Hihi

Konvoi dimulakan dengan bacaan doa oleh imam Edwan. Dalam kereta aku ada Fairus jugak. Agak eksited sebab tu pertama kali aku drive dekat highway. haha. serius kabo ni. Sepanjang perjalanan, mulut masing2 berhenti takat nak minum air je kot. Lain dari tu, bercerita je. Meriah betul rasa bila mengimbau kenangan lama. Maklumlah, aku, fairus dan aliana satu kelas di tingkatan 5. Riuh rendah mengimbau pasal sapa paling kuat tidur dalam kelas. BAHHAHAHAHA!

Nak pendekkan cerita, sampailah kami ke tempat yang dituju dalam pukul 9.00 malam (berhenti banyak). Abam Miqdad dan Kutek jemput konvoi kita dan terus gerak ke rumah Midah. Pontian Kechil ye. Malangnya pernikahan telah pon berlangsung. Dapat tengok part kiss dan malu malu je. Bhahahha. So tak dapat nak feeling masa the husband akad nikah kans. 

Dah halal woi!


Lepas kenyang perut, beramah mesra dengan kawan2 yang -woi-lama-gila-tak-jumpa-korang-, perasaan dia tu macam baru lepas habis duty hostel hari ahad n lepak dorm kengkawan bergosip sakan. haa gitueww, bahagia bukan? Nak tambah hispter, bahagia macam dulu2, 5 tahun jadi adik beradik lain mak lain ayah. =') Dalam event2 besar ni, benda paling seronok dibuat adalah bercerita pasal hidup masing2 yang selama beberapa tahun terputus hubungan komunikasi secara terus. 



Benda pertama keluar dari mulut aku, 'Ya Allah lawanya Midah'. Effect make up ke atau seri pengantin aku tak berapa nak dapat pastikan. Pasal orang dok kabo nampak seri pengantin, tang mana tu sebenarnya aku tak dapat nak pikap lagi. Mungkin yang ada sixth sense je boleh nampak? Entah. Yang aku tau, kalau lawa aku kabo lawa. Seri tak seri tak pandai nak tengok. Alhamdulillah, Allah jodohkan dia awal. Kita ni? Doakan lah ;)

Maka, rehatkan diri adalah agenda seterusnya setelah beremosi melihat Midah selamat diijabqabul. Kami dibawa ke Tanjung Piai Resort yang cantiknya masyaAllah. Tak pernah sebenarnya berada di atas bangunan yang berlaut ni. Okay maksud aku chalet yang tercanak hebatnya atas lautan. Selalu tempat aku pergi atas laut, karaoke The Jetty je. Wkkwkw

credit to Intan Syafinaz



Cantik! Boleh search Tanjung Piai Resort for more detail. ecewah!

Beboy semua stay UTM, dan agenda diorang main futsal malam tu. The gegirl, tak payah aktiviti gempak2, pakai mulut pon dah happy gila hanj! 

Malam tu, tak payah cerita lah. Bilik punya kecoh dengan 14 gegirl sampai tak tau nak dengar cerita sapa dulu. Pillow talk sampai main baling2 pillow acah acah sweet like the hometown hot ladies. harharhar.

Paling beri effect dalam pillow talk malam tu adalah gelagat bestfriend aku dari sekolah dan matrik ni. (act kat sekolah rapat gituew aje, kat matrik baru gila khin punya rapat :P) taraaaaa, mariam hafid. :* since habis matrik tak jumpa dia, almost 2 years beb. and i was like 'bangang kau tak berubah kan yam'. hahahhaa!




Plus shielerq yang memang gampeng dan si nerd aliana, kami berkongsi katil. Main point here, kau bayangkan lah sorang nerd, sorang gampeng dan sorang bangang. Macammana malam kau tak selaka dengan kehadiran variasi manusia ni? Kahkahkah.

Semua orang dah tidur agaknya aku paling last nyenyak, dalam pkul 4.30 gituew. Apa yang ku fikir? Entah, ekzaited nak tengok member zebaya berzanding mungkin.

Yang paling best, sarapan disediakan weh. Like a boss bangun tido terus makan nasi lemak sambil buat halaqah ramai2. Ya Allah rasa ukhwah dia. Sangat2 terabur gelak pagi tu. Dah lama tak lepak kan. Cerita Intan, Fairus, Maz n Faizzah kene kejar monyet paling kuat aku gelak rasanya. Kelako dia, ya robbi! Hahahaha. Yang paling win, kau gelak kau tak payah kene sound dekat warden sebab bising sangat. Kau free nak buat bising, woi dah habis sekolah woi. HAHAHA!

Well yeah, Midah dah kawen, Jojo dah tunang (insyaAllah majlis nikah 7hb Disember), LEADS lain dah berpasangan dan aku? Masih tak jumpa bayang jodoh dan masih single. Kesiannya kau woi. *tepuk2 bahu* tskk 

Okaylah. Macam boring eh cerita aku. Meh aku share gambar2 sebelum bergerak ke rumah pengantin. 

Cerita dia, kitorang dah siap dulu. So pakat nak keluar awal dan jalan2 keliling resort. 



Shielerq, Mariam, Aliana. Saje bagiatu.









Dah penat bergambar sakan, geraklah kami ke rumah pengantin. Dan poop! Gambar ni terhasil. . . (malas nak taip dah) hewhew


Credit to Qiu

Pandai Qiu amek angle. Nampak tembam. Pfff

Contohi Jie, pandai buat aku nampak kurus. Kahkah

Gegirl yang sempat hadir. Alhamdulillah, penuh pelamin.

Bukan nak mengumpat, tapi hall rumah pengantin ni penuh betul dengan bebudak LEADS. Punya meriah, tak tau lah nak kabo ape. Nasib baik lauk pauk cukup! Dan delicioussss.


Beboy LEADS kacau makan pengantin. Haha. Credit to Jie


Alhamdulillah. Segalanya berjalan lancar. Bagi pihak diri sendiri, aku nak ucapkan tahniah kepada Puan Siti Hamidah dan En Amer. (weh awkwardnya nak panggil puan hihihi). Semoga berbahagia hingga ke syurga dan sabar menembuhi alam perkahwinan. Lepas ni dah ada teman ke mana sahaja. Tahniah =)



Tak lupa buat LEADS Johor yang bekerjasama dalam menentukan penginapan ahli LEADS yg hadir dan juga moral support yang diberikan tak putus2. Terima Kasih banyak2. 


Last word, NAK KAWEN JUGAK WEHHH! *hempas lappy*

Bye, xoxo. 

p/s : banyak gambar gua dlm entri ni kau halalkan lah. gua materialistik dan bombastik sikit. kaitan.

No comments: