Tabung

Thursday, November 22, 2012

Futsal LEADS



Assalamualikum.
Tak 'hananotgojes' gua rasa kalau event besar2 dalam hidup ni tak diabadikan dalam blog. Wajib hukumnya.

Khamis, bersamaan 15 November 2012. *ecewah
macammana gua nak mulakan ye? urm oklah. bermula dengan Bismillahhirrahmanirrahim. 
pagi tu gua bersiap awal. adelah dalam pukul 8 gua dah siap2 what's up shilerq. jarang gua nak bangun pagi2 time cuti seminggu ni. tak jumpe matahari pagi lah orang kata. bangun hanya untuk subuh, itu pon matahari tak naik lagi. subhanallah, bila nak berubah ni hana? sebab LEADS, gua bangun awal pagi.

agak2 dalam pukul 10.30 gua dah sampai Kuala Pilah. Janji melayu, 10.30. Janji betul2 pukul 10. jilaka! gua lambat sebab tertinggal duit kat rumah. terpaksa gua patah balik suku jalan. =.=

sampai2, gua perhati sekeliling bus stand Pilah. dalam hati dah menyumpah sebab tak nampak sesapa. sabar, gua perhati lagi untuk round kedua. pap, satu makhluk sengih2 ke gua. ooo sebenarnya shilerq dah lama sampai melambai lambai. keke. maap maap

satu kereta viva putih tetiba menerjah. tengok isi kereta, opocot! azzalia the driver. main raba2 muka dia kejap, kemain lama tak jumpe hawau sorang ni. sejak keluar sekolah rasanya. tengok isi yang lain, alun, jiejie dan popoe. muka bebudak pilah. 

oklah. gua follow azza dari belakang. al-kisah gua mmg tak pernah drive ke Seremban. sebab LEADS, gua beranikan diri drive ke town. 

drive punya drive, sampai dah jaya jusco seremban 2. sembang sembang. makan makan. eh tetiba dah kat karok box. karok karok, dalam pukul 3 gerak ke Giant. haaa bermulalah cerita gua ketemu LEADS yang sempat hadir. berkumpul di dataran medan selera Giant Senawang. belom pernah gua rasa dalam hidup buat reunion dekat Giant. ahaks






ok lah. pergi ke sport planet, layan the heroes main futsal dulu.. main main main, sambil bergambar. main main main lagi, sambil usha abang2 LEADS yang macho main futsal. eh




entah ape gua nak cerita pon sebenarnya, entah. tak terluah dek kata2. apebenda entah. eh entah lahh! yang pasti gua HAPPY. gua tak tau nak cerita benda lain selain menaip perkataan HAPPY. 


ok lah. gua tambah sikit, para jelitawan pon main futsal jugak uoolss! dibahagikan kepada 2 group, La Usurpadora (Women Champion) dan La Intrusa (Runner Up). *nama entah macam hape. gua tak paham sungguh bebudak ni punya keja asalkan gua main atas court* 

satu kumpulan 4 orang. main macam nak mati punya penat. silakeh! berjaya nampaknya lemak memusnahkan stamina gua! maka terkinja-kinja lah jelitawan sekalian bermain dengan kangkang nya. kahkahkah





lalu masing masing pon bergambar dengan riangnyaaaa! kemain ramai pulak LEADS yang sempat hadir event ni. rasa bangga tu kalah bangga dapat kereta warna pink! the best la korang ni. buat event, join! sempoi gilaaaaaaaa!! *jerit




nak gua sambung cerita ke tak ni? alah macam panjang pulak. 

lepas sesi bergambar, semua bertolak ke kedai makan-kejadah-gua-lupa-nama-restoran. kali ni meja memang taknak kalah punya panjang. ade lah dalam 6 ke 7 meja digabungkan. gambar atas ni acah je tu. lepas kena hujan, memasing berteduh bawah atap bawak meja sekali. 

makan makan makan. tetiba magic. ada durian. 



nak dijadikan cerita, lepas habis makan memasing macam taknak berpisah. dalam banyak2 part sehari tuh, part last ni lah macam tacing sikit. yang perempuan risau nak drive sensorang. yang lelaki duk sambung berborak lagi. padahal dah salam salam nih. 

akhirnya, kami pergi nonton wayang. tak ramai. dalam 4 kereta aje. alah tak sampai 10 orang. tengok sinister, ok lah gua ngaku gua tidur dalam wayang pukul 11.30 tuh.

keluar wayang dalam 1.30 pagi. iman kena kuat bila keluar keluar je, parking lot kosong! gelap! setan banyak berlegar. jalan taknak jauh, sebab takut setan munculkan diri. 

nak dijadikan cerita, miqdad kehilangan parking tiket pulak! sudah mamat ni takkan nak dibiarkan tido dalam jusco pulak kan. time tu memang dah betul2 kami 4 kereta je wujud. yang lain entah mana menyorok. maka, plan jahat mula berputik. haa kalau nak tau, tanya miqdad sendiri. malas nak cerita. kahkahkahkah 

lepas tu sampai pilah pukul 3 pagi. ok cukup lah. penat gua cerita. 

Alhamdulillah. Having a great feeling. What the cool event ever!

pada pendapat gua sendiri, kali ni event besar yang boleh dibanggakan pencapaian pengisian dan kehadirannya! bangga dengan kalian semua. kawan dunia akhirat. insyaAllah. =)









2 comments:

Farhan Miqdad said...

Mana ada jaya jusco lagi dah gojes. Aeon lah sekarang ni kekekeke woi woi aritu kemain nak sepatah dua kata ini haram satu apa pun takdak .

hananotgojes said...

alah. susah bona nak sobut AEON. jusco sudah. kahkah