Tabung

Sunday, January 22, 2012

Cerita Hantu STJ


setiap sekolah pasti ada cerita hantu masing2. tak terkecuali sekolah aku dulu.
cerita ni bukan rekaan. tapi dengan cara penyampaian aku sendiri. owh well, aku kan suka sangat bercerita. hew hew. *ueww

ada masa aku tak percaya langsung dengan ragam budak2 yang kena rasuk. ok jujurnya aku mengaku, sekolah aku dulu ada beratus cerita dan paling teruk pon kena rasuk je. HAHA. kadang2, memang tak percaya. tapi..... aku tak rasa apa yang dorang rasa.. kalau dah jerit2 bukan dari suara empunya badan, tak ke meremang jugak bulu hidung. 

sejak 2005 sampailah 2009 memang macam2 yang terjadi. 1st sekali yang aku perasan dulu hostel aku penuh hutan keliling. yelah, sekolah kat kampung je, bukan bandar. bila start buat penebangan pokok2 depan hostel tu mulalah makhluk lain takde rumah. haha. ok, kata mudahnya. makhluk tu mengamuk sebab kawasan dia dah dikacau. pergilah bertandang kat sorang kawan aku ni means benda tu masuk dalam badan dia and tell the world that 'i'm homeless'. haha tak tu saje lawak. benda tu cakap rumah dia da takda, ada orang kacau. skarang dia nak kacau kami pulak. sejak tu la permulaan cerita hantu kat sekolah aku sepanjang batch aku kat sana. haha

pernah satu malam berlaku histeria beramai2. tak silap time aku form 4 kot. semua pelajar masih di kelas persediaan (prep). warden arahkan pelajar perempuan balik ke hostel sebab apa aku kurang pasti. bergegas la masing2 balik ke hostel yang tak berapa jauh dari kelas. dalam hati dah cuak habis sebab sejak seminggu tu ada ja benda tu kacau. nak bergurau pulak hantu2 kat stj ni.

dah sampai sana, wah macam pesta ! sini jerit, sana jerit. bila dah nampak benda tu merayau-rayau, terpekik telolong la semua manusia yang dianugerahkan deria ke 6. untunglahhh

nasib baik aku ni kuat semangat sikit. sorang2 aku pergi bacakan ayat kursi. yang paling aku ingat, kejayaan aku yang mampu keluarkan syaitan dalam badan junior aku ni dengan hanya bacaan ayat kursi. aku baca berulang kali. aku pegang badan dia, surutkan ke atas hingga ke muka. sampai budak tu buat gaya ala2 sesuatu dah keluar dari mulut dia dan kembali pengsan. hhehe. hebat tak aku. ngeee -.-

ok, jom hayati kejap maksud ayat kursi. semoga memberi manfaat.



kejadian tu berlaku lebih 2 jam. pelajar lelaki tertanya tanya gak. sampaikan mereka berulang kali melaungkan azan kat musolla utk bantu kami. subhanallah. baik kan? 

yang nampak tu, selamanya begitu. histeria, jerit2. yang lain duk tahan2 kaki n tangan mereka. dengan bantuan ustazah kami, alhamdulillah kembali sihat mereka2 tu.

hostel kami ni punya masalah electric supply. selalu sangat black out tiba2. pernah sekali satu sekolah black out. sumpah gelap gelita ! time prep malam juga. warden arahkan balik ke hostel. berkumpul dulu dpn pejabat asrama utk pastikan semua orang berada kat situ. please imagine, the whole students kena lined up kat situ dan tunggu hingga semua ketua bilik siap diambil kehadiran. dengan hanya bertemankan lampu kereta cikgu2. how scary. 
dan ada jugak yang still nampak benda2 tu. dan tiba2 histeria. duh ~

mcm2 yang aku dengar dari senior. part perigi bawah kolam kat ground floor tu mmg scary n sampai sekarang buat aku meremang kalau teringat. kisahnya sebelum buat kolam air mandi kat ground floor, ada satu perigi kat situ. ade kes pembunuhan (tah macammana terbunuh aku tak pasti) lepas banyak yang kena kacau, terpaksa ditutup dan sebab tu la kolam tu macam tak rata ja. wallahualam. ni senior yang duk cita. aku tak tau lah btul ke tak. ahha

but for your information, dulu ada satu lukisan perempuan kat luar dinding toilet 2nd or 1st floor, aku lupa. sekarang dah dicat dengan kaler baru. malam2 memang seram aku nak g toilet situ sebab..... anak mata perempuan dalam lukisan tu seolah olah mengikut pergerakan aku. fuh. seram kot. dan mungkin jugak perasaan aku je. wehee

sebelum aku keluar stj, heboh dengan kubur tak bertanda tepi padang nun jauh buat kacau malam2. nampak budak kecik main2 kat padang and what so ever. aku tak nampak tapi budak2 form 1 ramai yang keluar dari sekolah tu sebab nampak benda2 gila tu. hahaha. ok, selama aku petang2 main hoki kat tepi padang tu, alhamdulillah tak ada apa2 gangguan. 

my junior bgtau kat my adik dorm, ada suatu malam tu junior nampak satu benda putih dengan rambut hitam panjang ke bawah berpusing, bertawaf dalam dorm aku. dan kemudian makhluk tu duduk kat hujung katil aku sambil tenung dia. ok, ini scary. i dont know how she felt after seeing that. but what i felt was damn it ! itu seram ok. HAHAHA. buat apa pulak pontianak (or whatever la nama dia pon) tu duduk kat hujung katil aku sedangkan aku tengah tidur nyenyak skali. ok, mungkin aku sbgai ktua dorm yang lupa nak suruh anak2 buah baca Al-Mulk. -.-

ada jugak versi bunuh diri gantung diri kat kipas angin, mati dalam locker, askar jepun main kasut malam2 n makcik nasi lemak kejadahnya semua tu. for me, tu semua rekaan yang dibawa dari generation to generation je kot. im not believe it all. :)

ini semua versi yang aku tau la. yang lain2 mungkin banyak lagi story. mungkin aku akan story lagi kenangan2 ni. hehe. tu ja setakat ni. beruntunglah anda dapat deria ke 6 yang tak ramai yang ada. aku percaya, benda tu memang wujud. syaitan yang selalu nak sesatkan anak cucu Adam. tapi setakat mana kebenaran cerita2 yang aku tulis ni, wallahulam. Allah sahaja yang tau. jangan biarkan hidup anda dipenuhi MISTERI....  peace :)

agaknya, ni la hantu STJ yang selalu budak2 ni nampak tu.
wah, tatotnyaaaa. SCARY ! *LOL

6 comments:

En Kentang said...

sweet gila hantu tu. haha
nightmare la malam ni..

winna shinta said...

aik. tak takot pulak tgk gmbr ni. sumber google tu. eheks

p!q4h b@guss said...

my skoll pon ada mcm2 crita hantu.. ntah btol ka x wallahualam..

Mohammad Abu Bakar Kamal said...

huhuhu... serammmm....

hafizudin said...

sewammm mehhhhhh~

hananotgojes said...

Serram kannn hahaha