Tabung

Sunday, October 9, 2011

Ape Yang Kecoh2 Ni, Bersyukur Je lah!




Sebulan wa kat sini. dem shit la kalau wa kata semua benda positif je. hidup ni nak jujur. tak nak tipu. so wa akan cerita kan luar dalam ape yang wa rasa selama sebulan wa kat tempat baru ni. ahh bukan nak bukak pekung di dada. malu lah. just a diary. boleh terima? kalau tak boleh jawapan engkorang, silalah close page ni sekarang sebelum sakit hati ya. ouh !

firstly wa nak sentuh pasal kemudahan kolej kediaman...
tak sangka utem macam ni. belom ada lagi wa terdengar jiran2 wa jerit perogol masuk rumah. belom lagi ada budak2 bilik wa jatuh tersombol tangga. belom pulak wa jumpa rumah tak berpintu. segalanya cukup bagi wa. alhamdulilah.  kutkm (kolej universiti teknikal kebangsaan malaysia) 10 tahun punya cerita. rumah kedai je beb. untung tak untung utem ni? 

***********

amendeeeee nih! bus cam hampeh. kejap ade kejap takde. pakcik bus makan telur je ke hari2,tak larat nak bawak bus? gaji sah2 gaji buta ?. S**t la tahi ! owh kata si polan kepada si polin . tanpa membuang masa, aku dan kawan2 habiskan sisa2 hidup dengan berjalan je pulang ke rumah. dekat tak dekat, berpeluh jugak ketiak wa kasitau ni. mamat mamat kereta macam tutt tak gentleman langsung nak bagi tompang. ohh. takpe2 tunggulah wa dapat kereta nanti. cit!~

*********

pengangkutan..
bukan wa je bermasalah dengan benda ni. ramai yang merungut. tapi wa buat2 pekak telinga la bila penolong naib canselor kate nak tambahkan bus lagi,in progress. ahh wa tak kira. 
minggu ketiga, wa dah bawak kereta. ape nak jadi jadi lah. baru 1st year dah nak bawak kenderaan sendiri. orang boleh tahan sampai 2 tahun. tapi wa... 2 minggu je wa tahan nok. sungguh lemah tahap kesabaran wa, wa akui. hatttiuhh la! dulik pulak mulut busuk tu nak berkata, janji wa happy, masa wa tak terbuang nak tunggu bus berjam! *padahal lebih masa kat mana? diam*

makanan...
event : breakfast
rabu : mee goreng + teh 'o' secawan (RM2.00)
khamis : kueh tiaw + teh 'o' secawan (RM2.80)
jumaat : kueh tiaw + teh 'o' secawan (RM2.50)
isnin : kueh tiaw seciput + teh 'o' secawan + sosej goreng (RM3.00)
member : kueh tiaw + sosej + air kosong (RM2.20)

tempat : cafe kampus industri.
dem! apahal harga tak tetap? ikot mood kau ke ape kak? wa lawa hari isnin, lu teran wa cukup2. apa jenis berniaga lu nih? tunggu ! wa sabar lagi ni. 

event : tengahari
masak nasi sendiri, beli lauk. cukup jimat!

muka stress wa time spm dulu


belajar..
sape cakap wa tak de masalah pada pelajaran? wa bukan pelajar pintar. kalau pintar dah lama wa fly amek phd kat oxford. wa insan lemah durjana. lagi2 elektrik. ya, wa mention kan di situ! wa lemah bab2 litar elektrik ni. dalam sebulan, boleh dah wa kenal dan tau nak guna breadboard, multimeter, and SO ON. tapi masalah wa, wa bukan pelajar genius. wa tau salah wa,  sape suruh tak makan kismis berbakul time spm dulu. sape suruh bercintan time matrik dulu. sape suruh tengok muvie kat kuliah fizik dulu. sape suruh semua tu? hah padan muka wa! sekarang, amek kau! belajar la sendiri nak kenal litar tu. 

argh tension. budak2 kelas ramai diploma (poli, utem etc) . dorang agak master sebab dah pernah belajar. wa mane boleh tengok orang lain genius. dasar melayu! wa mmg jeles. tapi wa sabar. wa yakin, rezeki wa mmg kat elektrik ni walaupon pada awalnya wa tak suka...... eeeee

kawan...
kawan pura2 baik bersepah wa jumpa. yang kekal tak semua. ahh, ok jah kawan2 kat sini. just 4 weeks, dah boleh berkawan, lepak sama2, makan sama2, susah sama2, gelak sama2. yg tu, wa takde masalah sgt. cuma.... wa tak kenal lagi semua bdak kelas wa espc yg lelaki la. 

kos yang wa amik sekarang...
ramai duk tertanya-tanya dulu. ape beza Engineer Scientist dan Engineer Technologist. kalau engkorang tak tau lagi, UTeM merupakan institut pengajiaan tinggi awam pertama yang mewujudkan fakulti baru iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK). dan dibawahnya ada 4 kos penting atau apatahnamadia. ada kejuruteraan mekanikal, elektrik, komputer dan elektronic. IPTA lain tak ada lagi beb. UTeM is the pioneer ! bangga tak bangga>?? bezanya senang je. scientist design and create something but a technologist renovate the design to be more useful, under creative and innovative. nampak tak permainannya di situ? haha . macamni lah. mana kos yang ade teknologi kejuruteraan tu, technologist la tu. selebihnya adalah scientist. UTeM tercipta memang untuk technologist tapi matlamat tu lari sikit sejak 10 tahun yang lalu,bila tersalah tumpu pada scientist. jangan terkejut kalau tak lama lagi FTK jadi favorite course kat Malaysia ni. berpusu-pusu anak muda nak pilih kos ni sebab apa? sebab dunia kini lebih memerlukan engineer technologist dari scientist. boleh cari sumber dari mana2. wa yakin ni sebab lecturer wa yg bgtau. wa ingt je. 

ape wa bebel lagi pasal FTK nih.. -.- 

duit..
honestly wa cakap, wa memang takde masalah dengan duit. sangkut2 sikit tu alah bisa tegal biasa lah. kat matrik dah terbiasa 20 inggit tahan 3 hari. whatthesmallestmatter je tu sume. kawan2 ramai anak orang berade. ape de hal. pinjam la dulu kan. bhahahha. wa baru niat ni, belum pernah try pinjam nok.

ok dah. penat wa bebel. just a diary. tak setuju, ni makannya...! panggggg. hihi. ape yang kecoh2 ni, bersyukur je lah! wa nak gerak dulu lah. wa penat giler dah ni. kbai

p/s : sumpah wa sayang giler mak ayah wa!



2 comments:

man said...

kebiasaannya pihak pentadbiran tak ambil tindakan masalah student...

winna shinta said...

sbb mcm2 masalah yg timpul. hanya mampu bersabar je. urm